بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Isnin, Oktober 13, 2014

Percutian Ke Pulau Redang

Assalamua'laikum....

Alhamdulillah. Post seterusnya selepas setahun... SETAHUN???? Seriously??? MashaAllah. Begitu lama tidak menulis rupanya. Post sebelum ni dicatat pada 11 Oktober 2013 yg lalu. Sekarang dah 13 Oktober 2014. Fuhhh,,,,

Apa pun jutaan terima kasih buat sahabat yg sudi mengikuti dan membaca di blog yg tidak seberapa ini. InshaAllah, setiap catatan yg dikongsi mudah-mudahan sedikit sebanyak memberi informasi. Jika ada sebarang catatan yg kurang senang utk dibaca atau ditonton, mohon dimaklumkan kpd saya.

Kali ni saya nak post tentang tempat pelancongan yg terdekat dengan rumah saya iaitu PULAU REDANG. Saya pasti, semua rakyat Malaysia pernah dengar nama pulau ni. Pelik sgt lah kalau tak kenal. Pertama kali ke Pulau Redang pada tahun 2009 ketika tingkatan 5 bersama rombongan sekolah ketika itu. Masih ingat waktu tu, Pulau Redang memang AWESOME... Sekarang pun tiada kurangnya.

Long Beach Pulau Redang. Ada 9 buah resort dari 3-5 bintang di sini.
Alhamdulillah... Bezanya saya dengan Pulau Redang hari ini adalah kami lebih kerap 'bersua' kerana secara langsung saya terlibat sebagai salah seorang ejen pelancongan bagi mereka yg ingin bercuti di sini. Pada awalnya saya hanyalah rakan kepada seorang ejen pelancongan bagi Pulau Perhentian, dan beliau membawa saya ke Pulau Perhentian bersama satu kumpulan besar yg ingin bercuti. SubhanaAllah, sgt teruja dgn keindahan kehidupan bawah laut dan pesisir pantai yg cantik, sy belajar sedikit sebanyak dgn beliau utk membawa pelancong ke sini dan sekaligus sy boleh datang sekali. Hehe... Setelah menimba ilmu sedikit sebanyak (selebihnya dari pengalaman pemasaran), saya cuba buat di Pulau Redang yg lebih dekat dengan tempat tinggal saya.

Alhamdulillah. Mendapat sambutan.
Saya bermula dgn membuat satu 'page' di FB iaitu:

https://www.facebook.com/PulauRedangTerengganu

sbg platform utk mempromosi pakej yg ditawarkan. InshaAllah tahun 2015 mencapai 100,000 like. Amin.

Antara pakej yg ditawarkan adalah Day Trip Snorkeling dgn harga serendah RM125 seorang. Anda boleh lihat detail pakej tersebut di sini

http://amirpulauredang.blogspot.com/2014/08/day-trip-snorkeling-pakej-sehari.html

utk rujukan bagi merancang percutian anda.

Pusat Taman Laut. Tempat tumpuan umum.
Semua dapat tengok secara live ketika aktiviti snorkeling nanti.
Skyview Pulau Redang. Kelihatan Pusat Taman Laut & Terminal
Lapangan Terbang
Keindahan menenangkan jiwa. SubhanaAllah.
Percutian paling bermakna bersama keluarga.
Boleh juga snorkeling depan resort je.
Kejernihan air laut hanya di depan bilik penginapan anda.
Walau dah berpuluh kali, saya sendiri tidak pernah bosan
untuk ke sini.

Banyak lagi gambar di

https://www.facebook.com/PulauRedangTerengganu/photos_stream

InshaAllah, pakej percutian ke Pulau Redang ini salah satu perniagaan saya. Semoga segala usaha ini diberkati dan dipermudahkan Allah s.w.t. Amin ya Rabbal a'lamin.

Jadi kalau ada rakan-rakan saya di sini berminat utk bercuti di Pulau Redang, boleh hubungi saya di talian 011-19446546 (Whatsapp lagi senang, boleh tunjuk gambar resort). Doakan saya ya sahabat semua. Wassalam. :-)

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..