بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Jumaat, Oktober 11, 2013

Herbalife Bahaya

Assalamualaikum... Have u had your Herbalife Shake today? Hehe... Jangan lupa untuk minum shake setiap hari. Jaga kesihatan luar dan dalaman, fizikal dan emosi. Mudah2an. Cuaca di suku terakhir tahun 2013 ni agak tak menentu. Kenalah jaga kesihatan dan menitikberatkan setiap apa yg dimasukkan dalam badan. Tahniah bagi yg memilih Herbalife walaupun ada yg mengatakan Herbalife ini merbahaya kerana boleh memberi kesan, tapi anda tidak mudah termakan dengan dakwaan2 yg tidak berasas. Saya sendiri agak terkejut dengan isu yg diketengahkan baru2 ini iaitu Herbalife memberi kesan buruk pada organ tubuh badan manusia melalui satu artikel yg tidak pasti dari mana datang dan ditulis serta disahkan oleh siapa. Sepatutnya artikel tersebut seharusnya datang bersama orang yg bertanggungjawab menyebarkan kononnya fakta sahih ini, namun masih belum ada sesiapa yg tampil mengemukakan dakwaan ini secara rasmi di saluran yg sepatutnya.

Sememangnya saya bukan doktor atau seseorang yg berpengajian di peringkat tertinggi. Namun saya berpegang ada fakta. Dulu saya pun rgu2 dengan Herbalife ni. Tapi sekarang setelah menghadiri events demi events. HOM, STS, Zero To Hero, Spectacular, dan Extravaganza, keyakinan saya pada Herbalife makin bertambah kerana saya melihat sendiri di dengan mata kepala saya wajah2 disebalik pembangunan Herbalife. Seperti di Bangkok baru2 ini saya berkesempatan untuk berjumpa dengan Micheal O Johnson, Herbalife CEO dan Dr David Heber, salah seorang doktor yg terlibat dalam penghasilan produk.







Antara sedikit latar belakang mereka yang terlibat dalam penghasilan produk Herbalife yg terdiri dari para doktor dan saintis. Di Malaysia juga kita masih mempunyai doktor yg percaya dengan Herbalife.

Executive President's Team Member




Antara doktor di Malaysia yg mengamalkan Herbalife. Mereka doktor. Boleh jumpa live di event Herbalife. Tanya mereka. Pelik kan? Bila keburukkan itu mudah kita telan, tapi kebaikkan Herbalife susah untuk kita terima hakikat. Herbalife dalam market global hari ini sudah 33 tahun sejak 1980, dan di Malaysia sudah hampir 8 tahun sejak 2006. Tidakkah menjadi persoalan jika Herbalife ini betul2 merbahaya, akan di haramkan kemasukkannya ke dalam negara. Ingat, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tidak bodoh. Ada sahaja produk yg merbahaya disekat dan dihebahkan di media massa. Tapi kenapa tidak Herbalife? Kerana diakui kualiti produk. Di Herbalife kita menampilkan wajah2 doktor. Tapi bagaimana pula dipihak yg mendakwa? Seperti yg saya bangkit diawal post ini. Ada yg kata sudah mendapat kesan buruklah. Siapa mereka tu? Mana mereka kenapa tak saman Herbalife? Sebenarnya apa yg boleh dirumuskan adalah, ini salah satu agenda menjatuhkan Herbalife. Seperti kita tahu, banyak di luar sana produk slimming lain yg sedia maklum tentang peningkatan hasil jualan produk Herbalife setiap tahun sehingga mencecah 6.4 billion USD pada 2012. Apa pun, saya percaya pada rezeki yg Allah tetapkan bagi kami para jurulatih di Herbalife. Alhamdulillah walaupun sedang hangat isu ini, namun pendapatan saya dari bulan September dan Oktober meningkat hampir 30%. Syukur pada Allah. Hanya kerana niat ingin bantu Malaysia lebih sihat. Bagi yg rajin menyebarkan artikel tentang keburukkan Herbalife demi menyelamatkan orang ramai kononnya, sebarkan juga kempen mengurangkan minuman manis, makanan yg berlemak serta berkolestrol tinggi dan lain2. Hehe... 


Bagi anda yg berminat ingin mencuba Herbalife, boleh hubungi saya 01119446546. SMS/Whatsapp. Selamat mencuba :)

Khamis, Oktober 10, 2013

Membina Impian Bersama Herbalife

Alhamdulillah. Dapat lagi tambah entry blog ni setelah sekian lama menyibukkan diri dengan beberapa tuntutan kehidupan seharian terutamanya berkaitan Herbalife setelah menjadikan ia sebagai karier. Hehe. Kawan2 ramai bertanya. Kenapa Herbalife? Kenapa? Sebab dalam Herbalife kita boleh berimpian tanpa batasan. Apa kekuatan saya? Impian. Tak salah berimpian. Tak berdosa. Orang yang alim ilmu agamanya pun berimpian. Iaitu syurga. Allah janjikan syurga untuk hambaNya agar menjadi impian seluruh umat manusia untuk dicapai dengan cara hidup berlandaskan Quran & Sunnah. Mereka yg jelas ingin mencapai impiannya berusaha tanpa kenal erti jemu dan penat.

Bila sebut tentang impian, pasti sinonim dengan ejekkan. Orang ketawakan kita. Orang cakap kita berangan. Dulu saya lemah sangat. Malu sangat bila diketawakan, sedar diri tidak setaraf dengan orang lain. Itu dulu. Tapi sekarang alhamdulillah. Setiap kali diketawakan, setiap kali itulah semangat makin kuat dan terasa dekat sahaja untuk capai impian saya. Syukur. Terima kasih Allah atas kekuatan itu.

Tahukah anda. Sewaktu berusia 18 tahun, saya sukar keluar jalan2 macam kawan2 saya yg lain yg ada motor. Sebab kat rumah ni tak ada motor. Mak melarang keras anak2nya menunggang motor. Lagi sedih, kawan2 yg ada motor tadi mcm tak ikhlas nak tumpangkan saya apabila kami keluar bersama lepak tepi pantai sebab saya badan besar. Semua sayangkan tayar motor takut pancit atau rim motor bengkok. Selalu ketinggalan. Terperap dalam rumah. Nak keluarkan kereta, mak ayah tak bagi. Bazirkan minyak kereta. Nak isi minyak kereta guna duit sendiri, tak ada duit lebih. Cukup2 untuk topup RM10 seminggu. Jadi bila dah tersepit macam tu sekali, mendorong untuk diri ini berfikir 'kalaulah ada kereta sendiri'. Lalu terus saya berniat (berimpian tanpa sedar) nak ada kereta sendiri sebelum usia 20 tahun. Masa tu saya cakap, kalau secondhand pun tak apa. Dapat kancil or kelisa yg harga RM3000-RM4000. Hahaha. Nampak sangat terdesak nak kereta. Memanglah. Nak beli motor, tak ada lesen motor. Masa tu habis2an digelak oleh kawan2. Semua cakap 'mana mu nak cari mir 3 4 ribu tu. 3 4 ratus pun belum tentu. Lagi2 kalau jadi student kat IPT nanti. Tak ada masa nak buat part time, duit banyak habis kat belanja makan dan keperluan study'. Tapi saya percaya je saya akan buat. Saya ada 2 pilihan waktu tu. Nak lupakan apa yg saya cakap pada mereka dan mereka akan terus ingat serta ketawa apabila saya tak buat/dapat apa saya cakap ATAU saya believe pada impian saya tadi, kejar dan capai, dan buat mereka terdiam. YES! Alhamdulillah. Pada usia 19 tahun saya berjaya keluarkan sebuah viva saya sendiri, Menggunakan nama saya sendiri. Pada tahun 2007, ketika tingkatan 4. Saya cakap pada kawan2, saya tak minat apply kerja lepas habis belajar sebab saya tak pandai mcm orang lain dan selalu kena marah kat cikgu. Saya fikir kalau kerja dengan orang, mesti selalu kena maki kat bos. Hehe. Jadi saya cakap nak kerja sendiri je. Buat bisnes apa2. Alhamdulillah, pada usia 18 tahun, saya rasa saya perlukan duit dan rasa tak tergamak nak bergantung sepenuhnya pada mak ayah sebab belajar pun bukan pandai sangat. kat UiTM waktu tu. Jadi macam2 bisnes saya cuba. Dari minyak wangi, jual topup, aksesori komputer, hinggalah cetak baju dan macam2 lagi. Bayar rumah sewa, perbelanjaan harian dengan duit sendiri hasil perniagaan kecil-kecilan selama setahun (2011) di UiTM. Sedar tak sedar, tahun 2011 dah daftarkan syarikat sendiri secara rasmi. Amir Imtiyaaz Enterprise. Syukur, siap boleh berurusan dengan jabatan secara rasmi. Terima cek, LO dan sebagainya. Bila rasa ada tapak dalam bisnes, teringin sangat ke luar negara. Walau Indonesia yg sebelah ni je pun, syukur sangat kalau boleh sampai. Saya berimpian, sebelum umur 25 tahun nak melancong ke luar negara. Tapi kita hanya merancang, Allah yg menentukan. Pada tahun 2012 saya dijodohkan dengan Herbalife hanya untuk sihat. Namun apabila turun berat badan, terjebak pula dengan bisnes. Hahaha. Syukur, tak sampai 3 bulan di Herbalife berpeluang ke Padang Indonesia. Sebelum Herbalife, tak ada passport. 2 hari nak fly, baru pergi buat passport dan beli tiket penerbangan. So far, sekarang dah lebih kurang setahun di Herbalife pada usia 21 tahun sudah 4 kali ke luar negara. 3 kali ke Indonesia, sekali ke Bangkok, Thailand dan InshaAllah bulan depan November sekali lagi akan berangkat ke Indonesia. Sepatutnya bulan ni ke Bangkok lagi sekali, tapi kena akur dengan tuntutan semasa. Mak dan ayah berada di Mekah mengerjakan ibadah haji selama 45 hari. Jadi sepanjang tempoh tu, diamanahkan untuk jaga rumah dan adik2.

Apabila satu persatu impian tercapai, bukan bermakna saya dah berjaya. Impian itu hanya gol, tapi bukan destinasi. Saya mula berimpian dengan sesuatu yg lebih besar. Hampir semua impian itu mesti capai sebelum umur 25 tahun. Kenapa 25 tahun? Kerana waktu itu adalah hampir kemuncak dizaman remaja dan sempadan ke alam dewasa. Itu definisi peribadi, bukan fakta umum. Jadi saya nak di saat itu saya mempunyai waktu yg cukup untuk membina hidup dengan lebih baik. Sebagai bos kepada diri sendiri, boleh bersama keluarga, melihat anak membesar di depan mata (tak perlu hantar ke pusat asuhan), boleh pergi melancong ke luar negara. Saya suka tengok movie mat saleh. Dalam tu banyak ditunjukkan tempat2 menarik. Saya sangat tertarik untuk ke Itali dan Sepanyol. Hehe. Pasti ada berpendapat, 'jahil betul, bukan nak pergi Mekah ke apa'. Spesis hari ini, lebih kepada menghukum daripada membina. Impian saya juga, lepas kahwin nak berangkat mengerjakan umrah bersama zaujah tercinta dan kedua ibubapa kami. Mudah2an. Amin ya Allah.

Bestkan berimpian? Hehe. Apa yg penting, bila sudah tetapkan impian mesti meletakkan komitmen. Korbankan masa demi impian. Kata ada impian, tapi gunakan masa untuk melepak tanpa tujuan, berjumpa dengan orang yg salah, dan membuang terlalu banyak masa dengan berfikir 'kalaulah... kalaulah.. kalaulah....'. Hehehe.

Di Herbalife selalu ada promosi. Promosi yang hangat baru dikeluarkan adalah percutian percuma ke BALI. Semua ditanggung Herbalife. Yang pasti, layanan di sana nanti VVIP. Bilik, makan minum, lawatan, semua 5 bintang. Ya Allah, bestnya. Ada juga dengar mengatakan Extravaganza yg diadakan di Bangkok baru2 ini akan diadakan di Singapore tahun depan dan Herbalife University 2014 di Korea. MashaAllah.

BMW selamanya dihati. Kerja kuat.
Tiada siapa boleh halang keinginan kita melainkan ketakutan diri sendiri.
Atasi ketakutan dengan keyakinan!!!
InshaAllah.... Sampai masa tibanya waktu. Amin ya Allah. 2014. :)
Venice, Italy.... Wow!!!!!
Saya percaya pada impian. The Power of Dreams. Allah jadikan manusia dengan keinginan tertentu. Kalau orang lain boleh, kita pasti boleh. Sakit dalam mengejar impian, sekejap je. Diketawakan, down, penat, frust adalah proses. Apa yg penting, jangan sesekali berputus asa! 

Berminat nak tahu tentang peluang kesihatan dan menjana pendapatan, boleh hubungi saya. Saya sedia berkongsi dengan anda secara percuma. 01119446546. Jom bersama saya hadirkan diri ke Herbalife Spectacular. Yeay!!

Assalamualaikum... :)

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..