بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Selasa, Julai 09, 2013

Kuasa Pemikiran. Jom Jadi Positif Selalu.

Alhamdulillah. Allah bagi lagi peluang mencoret di blog ini. Apa yang ingin dikongsikan adalah tentang POSITIF. Saya yakin pada pemikiran positif dan kesan pada keadaan sekeliling. Saya belajar menjadi positif ini di Herbalife.. Pejam celik dah hampir setahun. SubhanaAllah... Bukan senang nak kawal pemikiran ini. Namun kita ambil kisah-kisah terdahulu sebagai panduan. Rasulullah begitu hebat ditentang menyebarkan Islam, namun baginda seorang yg positif dan beriman pada Allah dan akhirnya Islam berkembang dengan gahnya sehingga hari ini. Allah lantik seorang Rasul dikalangan manusia agar menjadi 'Qudwah Hasanah'.

Contoh lain yg lebih dekat adalah mereka-mereka yg mencapai kejayaan di dunia hari ini. Banyak kita dengar kisah tentang Bill Gates, Jim Rohn, Donald Trump, dan tidak ketinggalan pengasas Herbalife iaitu Mark Hughes. Di Malaysia kita ada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan yang terbaru Dr Azizan Osman. Mereka adalah ikon dalam dunia kejayaan terutama dalam bidang perniagaan. Dan jika dibaca kisah-kisah mereka, terbukti mereka bermula dari bawah. Apabila tonton video Mark Hughes yang dirakamkan sekitar 80-an dan 90-an, beliau selalu menceritakan tentang impian yg positif seperti membantu ramai orang. Mungkin pada zaman itu orang cakap pada beliau, 'oh, dia ni suka sangat berangan'. Tapi lihatlah Herbalife hari ni melahirkan lebih 1000 orang President's Team yang berpendapatan melebihi RM100,000 sebulan diseluruh dunia. Marh Hughes begitu positif pada impiannya. POSITIVE ATTRACK POSITIVE.

Pada diri saya, apabila selalu berfikiran positif saya seperti tidak tertarik untuk melayan perkara negatif. Bagi saya segala yang negatif seperti bukan untuk saya kerana SAYA POSITIF. Saya dihina, diherdik, disindir, diperli, dikutuk, malahan ditinggalkan kawan-kawan kerana saya membangunkan diri di Herbalife. Namun saya fikir, ini untuk diri saya. Orang tidak faham, tak mengapa. Kerana belum tentu mereka akan bersama menghulur tangan disaat saya memerlukan. Bila nak capai kejayaan diri, kita takut orang kata macam-macam pada kita sedangkan apabila kita jatuh bukan sesiapa hirau pun. Belum tentu. Belum tentu. Belum tentu. Jadi, kenapa tidak capai sesuatu yang penting untuk diri kita.Yakinlah. Ramai saya tengok mereka berputus asa ditengah jalan kerana beberapa kawan tidak setuju. Tetapi apabila tidak punya apa-apa, tetap ditinggalkan.

Dulu saya seorang yg baran, sensitif dengan mulut orang sekeliling, makin dikata makin menjadi amarah yang mengawal diri, beremosi. Tapi hari ini makin saya redha dengan setiap dugaan yg Allah berikan, namun dalam masa yg sama saya meneruskan dan menggandakan usaha untuk dalam mecapai sesuatu.





Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..