بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Khamis, Disember 27, 2012

Hidup Kena Ada WHY...

Assalamualaikum.... Dengan nama Allah aku menambah post dalam blog yang tak seberapa ni. Tempat hati beradu bersama kata-kata penulisan... Tiada perkara yang sangat hebat untuk dikongsi kerana aku bukan professor, doktor, atau sesiapa dalam bidang professional. Bulan ketiga sebagai distributor dan consumer Herbalife.. Aku selalu hadiri HOM, STS, Supervisor workshop dan sebagainya... Dan aku amat tertarik dengan perkataan yang selalu leader-leader gunakan iaitu WHY... Mereka selalu cakap, 'nak berjaya dalam Herbalife kena ada WHY'... Mula-mula bingung juga, tetapi bila didefinisikan dengan kata hati barulah aku dapat gambaran jelas iaitu terpancar di dalam benak fikiran wajah-wajah insan yang aku sayang, yang aku hargai dalam hidup ini, yang aku takkan tinggalkan dalam hidup ini, yang akan selalui aku ingati.

Gambar keluarga tahun 2007. Memang la aku kurus tahun ni. Atlit katakan.
WHY itu kenapa... Kenapa kita belajar? Kenapa kita kerja? Kenapa kita ingin waktu bersama? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Jawapannya mestilah KERANA... Ya, kerana kita ada SAYANG... Sayang itu menjadi kenapa kita, WHY kita... Dan WHY aku adalah KELUARGA... Keluarga yang dibina sekarang dan juga masa depan... Aku membangunkan dan mengembangkan perniagaan sebelum ini kerana  mahu memberi segalanya kepada insan yang aku sayang setakat termampu. Aku kerja, kerja, kerja, dan kerja... Bukan demi sesiapa, kecuali keluarga. Terima kasih Allah kerana memberi aku satu rasa. Rasa cinta pada keluarga. Tidak melebihkan cinta kepada lain-lain manusia yang sia-sia...

Kini bulan ke-3 aku bersama Herbalife... Aku belajar dengan melihat pelbagai ragam di dalam dan di luar golongan distributor Herbalife. Ada yang sikapnya terpuji, terbuka, ikhlas membantu, rendah diri, setia mendengar, memberi motivasi, dan banyak lagi. Namun tak kurang juga sebaliknya. Tetapi dalam mencapai WHY aku, aku wajib menghadapi golongan ini semua. Kerana mereka adalah normal sebagai pro & kontra dalam perjalanan hidup aku sebagai manusia biasa yang hina. Kejayaan itu Allah bagi kepada insan terpilih. Bagaimana nak jadi terpilih disisi Allah itu? Kita lihat dan belajar dari manusia disekeliling ini dan putuskan, ambil yang baik dari setiap mereka. Tiada seorang pun yang sempurna. Suci macam mana pun kita lihat seseorang itu, pasti telah ada dosanya yang tercatat. Namun apa yang baik darinya itu, kita ambil contohi.

Dalam mengejar WHY, selalu ada 2 sahaja pilihan.. Ya, hanya 2. Baik atau buruk, teruskan atau putus asa, azam yang makin kuat atau cetek pemikiran yang berkuasa melemahkan. Aku putuskan untuk selalu memilih positif walaupun ia perit untuk dihadapi. Bersabarlah. Dugaan itu bersifat sementara selagi mana kita meletakkan rasa yakin pada yang Maha Esa. Dia mengetahui hambaNya ini mampu melalui ujian yang diberi. Bersanka baik pada Allah. Apa yang cuba dikongsi, cuba renung sejenak, cari WHY kita. Disaat kita lemah, datangkan WHY dalam fikiran. Serius, aku pernah down gila. Jatuh sejatuhnya rasa diri ini. Menitis air mata. Dan aku pernah update status di FB, bunyi lebih kurang mcm ni la 'kalau nak nangis, nangis betul2. Jangan tahan. Sebab nangis tu suatu luahan yang terpendam.' Selesai nangis, ok kata pada diri 'jom mulakan balik'. Selagi Allah bagi kita nafas untuk bernyawa, selagi tu kita ada masa untuk berjuang. Demi sesuatu yang ingin dijulang. Jom set WHY kita dari sekarang dan keep it updated. :-)

Gambar 2011.. Hiasan ... 

Hidayah Itu Sangat Indah

Assalamualaikum... Baru je update post, update lagi.. Rajin pula nak update 2 3 hari ni. Rasa kembali suatu perasaan seperti dulu yang meluahkan dalam blog seperti meluahkan terhadap rakan2. Sebab yang baca blog ini adalah rakan2 saya... kan? Terima kasih daun keladi, saya update post baca lagi... Hehe.. Kebelakangan ni selalu je rasa seperti ada masa. Bukan kerana hidup sedang senang lenang, tapi mungkin banyak waktu untuk diri ini tergamam. Memikirkan lepas satu, satu ujian menimpa.. Ujian ini bukan tanda Allah benci kita, tapi itu tanda Allah sayang. Ada sesuatu disebalik kejadian itu. Kan? Ujian adalah, tarbiyah dari Allah.. Salah satu bait lirik dalam nasyid yang kita biasa dengar dalam IKIM.FM.. Cewwahhh.. Padahal dalam kereta  asyik tune 94.8 je. Hot FM. Got cha!!... Astaghfirullahalazim... Amir.. Amir... Sebenarnya bila fikir masalah2 ni, cuba husnuzdon kepada Allah. Barangkali dicelah-celah kesulitan hidup itu terselit secebis hidayah dan rahmat yang bakal menyerikan hati seorang mukmin ini.. Dalam herbalife pun saya selalu diajar, 'POSITIF! POSITIF! POSITIF!'... Haa... So, kena selalu positif. Bila sebut hidayah, teringat dulu bagaimana kali pertama merasakan atau sedar datangnya hidayah itu atau petunjuk. Manusia ini seperti kita tahu, sifatnya alpa, leka, lalai.. Itulah saya sendiri. Kadang-kadang rasa sempurna hanya dengan mendirikan solat. Namun hati ini selalu terpesong bila akal tidak terlintas untuk perkara2 ibadah yang jelas seperti jasa kepada ibubapa, menghindari maksiat, membantu agama Allah, dan banyak lagi... Saya dulu seorang yang saaaaaangat agresif dan negatif. Terutama bila meningkat remaja. Zaman sekolah menengah. Walaupun sekolah agama, SMKA Nurul Ittifaq tapi perangai ya Allah... Teruk... Tidur lewat, melepak, tak turun solat subuh kat surau dgn penghuni asrama lain, subuh pukul 7 pagi tu dah biasa, malas study, tak siapkan homework, kenakan junior, buat orang sakit hati, dan banyak lagilah.. Tak habis sampai esok nak bagitahu semua. Itulah cabaran besar buat diri ini bila berada jauh nun di sana dari keluarga. Keluarga di Setiu, tinggal kat asrama di Besut. 50KM kot. 1 jam perjalanan dengan kereta.

Bila diingatkan balik, ada satu ketika yang sangat istimewa dalam hidup bagi saya. Berjumpa seorang insan yang luar biasa. Ustaz Mizan... Kenal?
Alhamdulillah. Jumpa juga ustaz dalam google.

Tuannya kecik molek. Tapi berjiwa besar dan mampu menawan hati keras ini. Suatu hari pada 2008 sekolah menjemput beliau untuk satu kendalian program. Dari situlah bermula satu kesedaran yang amat luar biasa dalam hati kotor ini. Ustaz Mizan menceritakan perit beliau sewaktu zaman kecil dulu. Bagaimana kehilangan ibu tercinta, hidup dalam serba kekurangan, melanjutkan pelajaran ke timur tengah dan tidak punya wang untuk pulang ke Malaysia, ditimpa penyakit kronik di sana.. SubhanaAllah.. Diri ini mula malu pada Allah. Betapa banyak Allah memberikan nikmat, tapi baru sedar... Sebenarnya panjang lagi detik bersama ustaz yang boleh dikongsi. Tetapi biarlah dulu. Sesiapa yang pernah mengikuti program bersama beliau akan mengerti. Jatuh air mata membasahi bumi bila kata2 beliau meresap ke dalam fikiran dan hati kita semua. Wajah Ustaz Mizan akan diingati hingga akhir hayat. Ustaz, doakan saya ke syurga ustaz, doakan saya menjadi salah seorang insan yang terpilih olehNya, yang diakui ummat oleh Baginda s.a.w...

Saat yang paling mencurahkan air mata menanggung sebak, apabila memeluk tubuh ustaz. Berbisik ditelinga ustaz mengatakan 'ustaz, saya banyak dosa, saya banyak melakukan maksiat, saya mahu bertaubat ustaz'... Setiap hari masih melakukan dosa juga. Tapi sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha pengasihani. Masih memberikan pelbagai nikmat walau diri ini sering melakukan dosa. Allahurabbi...

Ampunkanku ya Allah!

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..