بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Jumaat, April 27, 2012

Aku Kini.... Terasa Kelainan...

Assalamualaikum buat sahabat2 yg masih sudi menjenguk blog usang ini. Lama sangat tak aktif blogging. Dulu semua benda aku nak cerita. Terutama pengalaman kepimpinan, berpersatuan, berorganisasi, pengurusan, dan macam-macam lagilah. Bukan nak 'show off'.. Tapi ia sekadar perkongsian dengan harapan dapat memberi informasi kepada kawan-kawan walaupun sedikit cuma.. Alhamdulillah. Lebih kurang setahun tinggalkan blogging ni.. Aku rasa kelainan pada diri aku kini. Ada sesuatu yang lebih baik, dan tak kurang juga beberapa aspek yang buat aku rasa sangat rendah berbanding kawan-kawan lain. Suka duka itu asam garam kehidupan. YES!!! aku mesti akuinya.. Sekarang aku bukan lagi pelajar UiTM. Tak apalah, Allah dah tetapkan yg terbaik untuk diriku. Kini aku menceburkan diri dalam perniagaan. Bermula dengan part time zaman study yang aku anggap mungkin sementara semasa belajar untuk melatih diri aku berdikari. Aku cuba untuk survive.. Aku tak nak jadi seorang anak yang tidak menyumbang apa-apa pada kedua ibubapanya, malahan bergantung harap sekaligus dikhuatiri menjadi beban pada ibubapa.. Hari ini bidang perniagaan menjadi karier utama dalam hidup aku. Alhamdulillah sebuah kompeni kecil naunganku AMIR IMTIYAAZ ENTERPRISE baru beberapa minggu mencapai usia genap setahun. Terima kasih Allah. Tak lupa pada keluarga, saudara, dan kawan-kawan yg selalu support. Aku insan lemah yg tidak mampu berbuat apa-apa tanpa pertolongan Allah dan insan sekelilingku. AMIR IMTIYAAZ Enterprise adalah sebuah kompeni yang menjalankan perkhidmatan membekal dan membaikpulih komputer. Atas beberapa faktor, aku terpaksa meluaskan lagi skop perkhidmatan kompeni aku ini iaitu melibatkan diri dalam perniagaan pengiklanan (Advertising).. Alhamdulillah. Beberapa projek pengiklanan seperti signboard, berjaya disiapkan. Betul apa yang aku pernah fikirkan suatu ketika dulu. Proses pembelajaran itu tidak semestinya di dalam bilik darjah atau kuliah, Malahan skop pelajaran di dunia realiti kehidupan ini lebih mencabar untuk mencapai tahap LULUS... Dalam karier perniagaan ku hari ini, aku belajar bagaimana pengurusan perniagaan, perhubungan awam, dan 1 prinsip dalam diri yang aku mesti terapkan adalah KEBERANIAN. Berani menerima risiko, berani bersemuka dengan pegawai tertinggi jabatan, dan orang awam iaitu pelanggan selaku nadi sebuah perniagaan. 

Alhamdulillah.. Impain 1 tercapai. Memiliki sebuah kereta pada usia 19 tahun
dari hasil titik peluh sendiri. 



Antara projek terbesar buat kompeni kecil seperti
AMIR IMTIYAAZ Enterprise
Lokasi: Dewan Besar SMKA Sheikh Abdul Malek, KT.

Amir bermaksud Ketua
Imtiyaaz bermaksud Berjaya
Amin ya Rabb...


Rendahkan dirimu serendah mutiara di lautan,
Tinggikan cita-citamu setinggi bintang di awan.. 

Doakan semoga KITA SEMUA terus maju dan medapat redha Allah selalu.. InsyaAllah. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut perkhidmatan AMIR IMTIYAAZ Ent boleh hubungi 011-19446546. InsyaAllah, Amir Sauti akan menjawab panggilan anda. 

Antara servis lain:
*Print T-shirt
*Cenderahati

Terima kasih.. Wallahua'lam... :-)


Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..