بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Jumaat, Disember 28, 2012

Ujian Terhebat 2012 Tetapi Buat Aku Kuat

Alhamdulillah... 2012 hampir menutup tirai.. Kurang dari seminggu dari sekarang. Buat aku termenung. Ya Allah, sekejap je masa berlalu. Banyak sungguh impian yang tak dapat tercapai. Perlu ke nak give up? Tak! Sebab Allah masih lagi bagi aku bernafas ni. Maknanya Dia masih memberi aku peluang, dan rugilah kalau tak gunakan peluang ni. Apa yang nak dikongsi kali ini, kisah pengalaman ngeri aku sepanjang 2012. Semua orang tahu aku beli kereta awal tahun ni selepas decide full time menjalankan perniagaan ku, Amir Imtiyaaz Enterprise. Walaupun sekadar viva, tapi diusia 19 tahun, dengan titik peluh ku sendiri, berbaloi bukan? Alhamdulillah... Dengan adanya kereta ni, perniagaan dilihat semakin lancar dan berkembang. Senang nak ke mana-mana, mesyuarat, jumpa pegawai-pegawai minta projek. Semua ok. Boleh kata aku berada di comfort zone. Tetapi itu yang Allah nak uji. Takut aku makin hanyut, makin leka. Lalu terjadi satu kejadian yang akan aku ingat sampai bila-bila...

Hampir genap 6 bulan usianya.. 

Bayangkan.. baru 6 bulan kot. Tak sampai.. Kereta ni keluar 10 Januari, kemalangan 5 Jun.. Ia berlaku apabila aku berada dilorong tengah jalan Kuala Berang - Kuala Terengganu, di Wakaf Tapai. Dalam hujan yang tak berapa lebat, dengan kelajuan 70km/jam. Tiba-tiba lori disebelah kiri masuk ke tengah secara mengejut kerana dia hampir terlepas u-turn disebelah kanan aku. Dia masuk macam tu je. Tak perasaan aku dibelakang belah kanan dia ni. Aku hanya sempat break, tapi apa guna kalau dah jalan basah licin macam tu. Dengan jarak hanya tak sampai 10 meter aku kira, kereta aku menggelongsor terpelosok bawah lori yang penuh muatan sawit tu. Lori 6 tayar beb. Bila buka mata, belakang lori hanya sejengkal dari muka. Kalau tak pakai seatbelt, confirm bersepai kepala hari tu. Tapi Allah maha penyayang. Terima kasih Allah. Allah datangkan peringatan utk aku selalu pakai seatbelt utk drive ke mana-mana. 

Kerosakkan kereta dianggarkan 3/5. Depan habis

Pergaduhan dengan insurans bermula. Sebab terlalu baru, mereka seperti tak nak bagi total lost. Kereta ni layak dikira total lost jika kerosakkan sebanyak 65% ke atas dari nilai kereta atau RM21,000 ke atas. Sebab nilai kereta RM32,000. Viva 850 kot. Bila masuk workshop dan buat anggaran, kerosakkan secara kasar bernilai RM17,000 pada peringkat awalnya. tetapi bajet diluluskan insurans hanya RM12,000. Serius aku bengang dan tak nak dah pakai AmBank Assurance lepas ni. Teruk. Bila proceed baiki, sbenarnya nilai sebenar adalah RM21,000. Ya! Layak dah total lost. Tapi insurans punya kerja, dia lepaskan bajet RM17,000 pulak. Sakit hati tak yah cakap lah. 

Sayu bila tengok dekat...

Kereta aku 3 bulan setengah dalam workshop di Chendering. Apa terjadi sepanjang tempoh kereta dibaiki? Aku jatuh sejatuhnya. Bisnes drop. Hampir setiap hari menitiskan air mata. Stres. Orang tu call, orang ni call. Tapi apa boleh buat? aku gagal submit projek yang sedia ada. Dan aku tak berani nak terima order sebab tak tahu bila boleh submit. Hancur. Aku sabar bagi tempoh 3 bulan setengah. Tetapi sedar tak sedar, waktu itu sangat bermakna. Dalam masa yang sama, aku sedar. Allah sedang mendidik kekuatan dalaman aku. Dengan ujian hebat ni, aku rasa makin hari makin kuat. Aku confident untuk bertahan dan hadapi ujian. Bukan sombong, tapi itulah hikmah Allah yang dianugerahkan tanpa disedari. Segala kebaikkan itu dari Allah. 2 bulan lepas keluar kereta ni, aku kemalangan lagi. Balik dari KL. Di Paka, Dungun. Tak cedera apa pun. Langgar belakang kereta Vios. Yang ni salah aku. Baiki kereta aku RM300 lebih, bayar bumper vios RM750. Tapi alhamdulillah, kali ini aku hadapi dengan tenang hasil ujian Allah sebelumnya buat aku berfikir matang dan anggap sebagai ujian dari Allah yang maha adil. 

 Alhamdulillah, kini aku mula menapak kembali dalam bisnes. Tambahan pula rezeki dalam Herbalife yang tak putus-putus. Hanya secara part time. bantu orang sihat, turunkan dan tambah berat badan, aku dibayar tidak kurang 4 angka sebulan melalui royalti dan untung runcit. Kalau ada projek yang melibatkan LO, aku terima. Tetapi untuk keuntungan bersih bernilai RM1000 ke atas sahaja. Sakit oo main LO kalau modal kecil. Lambat masuk duit, ternganga tau. Huhuhu.. 

Dalam post ni, hanya nak tekankan REDHA.. Redha di atas setiap dugaan. Syukur, hati lebih tenang sekarang. Bila ditimpa musibah, aku duduk. Tarik nafas dalam-dalam. Aku pujuk hati aku dengan berkata 'Amir, bukankah sebelum ini kamu menerima ujian yang lebih besar, dan kamu mampu hadapi. Cari kekuatanmu'.. Ya, itu dinamakan pujuk diri. Kita kena pujuk diri kita. Sebagaimana wanita perlu pujukkan dari seorang lelaki untuk mendapatkan kekuatan balik. Kalau kita boleh cinta pada wanita atau pasangan, kenapa tidak untuk diri sendiri? Semoga aku lebih kuat menghadapi ujian mendatang. Bukan aku je, kita semua. Ingat, 2013 baru nak bermula. Boleh jadi ujian lagi, boleh jadi nikmat pula kali ni. Berdoa pada Allah dan bersangka baik padaNya. :-)

Nak tahu Herbalife tu macam mana? Whatsapp boleh, sms pun boleh. Nak call borak panjang lebar pun boleh. 011-19446546.. Amir Sauti menjawab panggilan anda. Lose weight now, ask me how. :-)

1 ulasan:

wany berkata...

dirimu hebat Amir Sauti

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..