بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Jumaat, Disember 07, 2012

Antara Cinta & Cita-Cita Ku

Assalamualaikum... Selamat pagi sahabat-sahabat blogger dan follower.. Terima kasih.. Kalian menjenguk blog ini, satu perhargaan pada saya. Itu dinamakan sokongan moral. Hati anda terlintas untuk melayari blog ini, mata anda terbuka untuk membaca entri di dalamnya. Terima kasih. Semoga istiqomah melayari blog ni sebagai pemerhati juga bagi menasihati sekiranya tersilap mana-mana kata isi. Pukul 2 pagi, tiba-tiba terfikir akan cita-cita yang sekian lama telah dilakarkan dan dalam proses merealisasikan. Melakar cita-cita tak semudah melakar bangunan walaupun bangunan itu kelihatan jauh lebih gah berbanding manusia melihat cita-cita seorang manusia lain. Seorang jurutera melakar rekabentuk bangunan, dapat ditetapkan bila tarikh atau waktu lakaran itu menjadi realiti. Tetapi lakaran cita-cita memberi satu keputusan waktu yang belum pasti. Walaubagaimanapun, cita-cita itu nadi kepada proses kejayaan. Cita-cita itu adalah target. Apa cita-cita sahabat saya yang sebaya dan remaja hari ini? Terutama sama status dengan saya (belum berkahwin). Apakah kahwin atau berumahtangga itu menjadi keinginan utama? Atau membalas jasa kedua ibubapa yang utama pada kita? Saya tak dapat mengetahui jawapan hati anda. Apa yang cuba dikongsikan adalah antara 2 matlamat hidup saya yang berkaitan rapat antara cinta dan cita-cita.

Diawal melangkah keluar zaman persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke universiti, saya mula terdetik perasaan seperti 'wah, dah habis SPM. Bila-bila masa boleh kahwin. sebab sekarang ramai je yang kahwin masa masing-masing masih dalam kampus'.. konon2nya. Itu salah satu proses keremajaan saya. Normal kan? Tapi bila saya melangkah masuk ke satu tahap kehidupan seterusnya iaitu kerjaya (perniagaan), saya mula sedar bahawa kahwin ini tak semudah kita baca dan sekadar rasa. Itu pandangan kita hanya dari sudut cinta dan membelakangkan cita-cita. Dari situ, saya mula melakar cita-cita. mula-mula melakar cita-cita kearah cinta. Nak kerja kuat, supaya dapat bagi segalanya bila dan berumahtangga. Saya silap lagi!!! Kenapa perlu fikir berumahtangga sahaja? Bagaimana dengan cita-cita saya kepada ibubapa sebagai simbol cinta saya kepada mereka? 2 insan bertanggungjawab membesarkan saya sebagai manusia yang punya pakaian, cukup makan, ada pelajaran walau tidak setinggi ramai orang. Ya Allah... Setelah lebih 20 tahun dibesarkan mudahnya remaja membelakangkan cita-cita utama ini. Saya dapat rasa, betapa sukarnya untuk mencari RM1, RM10, RM100, RM1000, & seterusnya. Bagaimana ibubapa saya melakukannya? Mereka cukup hebat. Kita boleh menjadi tidak keruan dengan hutang yang mungkin RM10, tetapi bagaimana ibubapa kita berusaha mencari sejumlah wang untuk menyuap kepada lebih 2 mulut bila dikira kita dan adik beradik yang lain

Zaman sekarang RM1 macam tisu je orang pandang..
.
Saya semakin tekad untuk melakarkan cita-cita terhadap mereka. Saya berjanji pada diri ini seikhlas hati.. 'Sesungguhnya kedua ibubapaku mempunyai impian seperti lain2 org tua. Mereka ingin menjejakkan kaki ke Baitullah, menjadi tetamu Allah. Maka aku berjanji, akan bekerja kuat untuk menghantar mereka ke sana 100% ditanggung olehku dan mungkin juga adik beradik yang lain. Dengan izin Allah. Aku meletakkan ibubapaku dalam dunia remaja sepertiku hari ini, semestinya mereka ada impian ingin memiliki sesuatu yang berharga. Seperti mana aku ingin memiliki sebuah kereta yang selesa bila dipandu kemana sahaja tempat  yang ingin dituju. Lalu aku nekad lagi, akan bekerja kuat menghadiahkan ibubapaku sebuah kereta yang mungkin diidamkan olah seorang manusia yang sebaya mereka. Toyota kah? BMW kah? Honda kah? Merc kah? Tak dapat putuskan mana satu kerana yang utama sekarang adalah USAHA.' Mereka tidak mampu merealisasikan hal kebendaan mereka ini demi siapa jika bukan anak-anak. Cuba kita buat pengiraan segala perbelanjaan kita dan ahli keluarga kita yg lain sudah mencecah berapa Ringgit Malaysia. Tidakkah dengan jumlah itu mereka mampu memiliki impian di atas tadi? Tetapi kenapa ianya tidak terjadi? Kerana mereka mengutamakan perbelanjaan itu kepada kita. Setuju atau setuju? (Tiada pilihan untuk tidak setuju). Kerana memikirkan hal ini, lebih membakar semangat saya ke arah cita-cita untuk mereka. Saya tak mampu bagi Straight A's kepada mereka di dalam mana-mana peperiksaan awam zaman persekolahan. Dan masa itu tidak dapat diundur melainkan saya menebusnya dengan pilihan jalan BARU. Dan saya berkata lagi pada diri, 'Aku tidak akan menyebut tentang kahwin, atau komitmen cinta bakal pasangan hidup, selagi aku belum mampu merealisasikan cita-cita ku kepada ibubapa seperti tadi iaitu menghantar mereka menjadi tetamu rumah Allah dan menghadiahkan mereka sebuah kereta.' Jika saya sudah mempunyai calon, dan si dia mengatakan saya mengambil masa terlalu lama untuk menghalalkan dia buat saya, saya akan redha dia tinggalkan saya kerana keluarga segalanya pada saya. Walaupun saya seorang anak yang tidak banyak bercakap dengan ibubapa kerana komitmen kerja antara kami, tidak bermakna saya tidak mengingati tentang mereka. Malahan setiap detik jasad ini melakukan kerja (dalam perniagaan) adalah dalam sedang memikirkan mereka, ibubapa.

Bukan sekadar harapan. Tapi tanggungjawab sebagai seorang anak.


Kalaulah dapat tengok ayah drive kereta ni. Sesuai dengan zaman beliau.


Asasnya bagi saya, bila zaman remaja ini bukan sewenang-wenangnya kita melepaskan tanggungjawab besar seorang anak kepada ibubapa dengan alasan mempunyai keluarga sendiri setelah berumahtangga. Sebelum melangkah ke zaman itu, cuba renung sejenak apa sudah besar yang kita sumbangkan pada ibubapa? Secara peribadi, saya kurang bersetuju jika kahwin terlalu muda itu dengan alasan 'elak zina'. Sedangkan Nabi Muhamad s.a.w meninggalkan kepada kita sunnah utk diamalkan dan Allah menurunkan al-Quran sbg panduan. Zina itu hasutan syaitan. Dan jika tidak mampu mengelaknya dengan ayat Allah dan sunnah Rasulullah, maka lemah lagilah iman kita dan wajarkah dilantik menjadi seorang suami, pembimbing isteri, dan ketua kepada keluarga? Bila belum bekerja sudah berumahtangga, tidak sempat merasa ibubapa gaji pertama kita kerana pastinya ia satu titik permulaan perbelanjaan besar kepada sebuah keluarga baru kita sendiri. APA YANG CUBA DISAMPAIKAN, SIMPAN DULU RASA CINTA KEPADA MANUSIA YANG INGIN KITA HIDUP BERSAMA, UTAMAKAN CITA-CITA UNTUK MEMBALAS JASA IBUBAPA YANG  SEJAK SEDIA ADA BERSAMA KITA. PERTAMA, BAHAGIAKAN IBUBAPA, BUKAN PAKWE/MAKWE...

Ayah nak tengok aku jutawan
pada usia 30 tahun.

Luahan hati seorang anak yang merasakan belum pernah membahagiakan ibubapa. -Amir Sauti, Dis 2012...

Tiada ulasan:

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..