بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Isnin, Disember 31, 2012

Success Training Seminar (STS) GenH East Coast

Assalamualaikum... Siapa di sini berumur 30 tahun dan ke BAWAH??? Maka bertuahlah anda kerana anda dijemput menyertai Success Training Seminar (STS) untuk GenH (30 tahun ke bawah)... Program Herbalife pantai timur ini diadakan bertujuan untuk memberi latihan lengkap dan memotivasikan anda ke arah yang lebih baik dalam usaha memajukan diri sendiri.. Jom bersama menuju kejayaan..


Jom baca blog beliau.. amalina-peter.blogspot.com ... Sangat luar biasa perkongsian mereka. Mereka antara motivasi saya untuk selalu berusaha. Kita masih muda, banyak peluang yang kita boleh cuba. Jom sama-sama.. Hubungi saya 011-19446546.. :-)

Jumaat, Disember 28, 2012

Ujian Terhebat 2012 Tetapi Buat Aku Kuat

Alhamdulillah... 2012 hampir menutup tirai.. Kurang dari seminggu dari sekarang. Buat aku termenung. Ya Allah, sekejap je masa berlalu. Banyak sungguh impian yang tak dapat tercapai. Perlu ke nak give up? Tak! Sebab Allah masih lagi bagi aku bernafas ni. Maknanya Dia masih memberi aku peluang, dan rugilah kalau tak gunakan peluang ni. Apa yang nak dikongsi kali ini, kisah pengalaman ngeri aku sepanjang 2012. Semua orang tahu aku beli kereta awal tahun ni selepas decide full time menjalankan perniagaan ku, Amir Imtiyaaz Enterprise. Walaupun sekadar viva, tapi diusia 19 tahun, dengan titik peluh ku sendiri, berbaloi bukan? Alhamdulillah... Dengan adanya kereta ni, perniagaan dilihat semakin lancar dan berkembang. Senang nak ke mana-mana, mesyuarat, jumpa pegawai-pegawai minta projek. Semua ok. Boleh kata aku berada di comfort zone. Tetapi itu yang Allah nak uji. Takut aku makin hanyut, makin leka. Lalu terjadi satu kejadian yang akan aku ingat sampai bila-bila...

Hampir genap 6 bulan usianya.. 

Bayangkan.. baru 6 bulan kot. Tak sampai.. Kereta ni keluar 10 Januari, kemalangan 5 Jun.. Ia berlaku apabila aku berada dilorong tengah jalan Kuala Berang - Kuala Terengganu, di Wakaf Tapai. Dalam hujan yang tak berapa lebat, dengan kelajuan 70km/jam. Tiba-tiba lori disebelah kiri masuk ke tengah secara mengejut kerana dia hampir terlepas u-turn disebelah kanan aku. Dia masuk macam tu je. Tak perasaan aku dibelakang belah kanan dia ni. Aku hanya sempat break, tapi apa guna kalau dah jalan basah licin macam tu. Dengan jarak hanya tak sampai 10 meter aku kira, kereta aku menggelongsor terpelosok bawah lori yang penuh muatan sawit tu. Lori 6 tayar beb. Bila buka mata, belakang lori hanya sejengkal dari muka. Kalau tak pakai seatbelt, confirm bersepai kepala hari tu. Tapi Allah maha penyayang. Terima kasih Allah. Allah datangkan peringatan utk aku selalu pakai seatbelt utk drive ke mana-mana. 

Kerosakkan kereta dianggarkan 3/5. Depan habis

Pergaduhan dengan insurans bermula. Sebab terlalu baru, mereka seperti tak nak bagi total lost. Kereta ni layak dikira total lost jika kerosakkan sebanyak 65% ke atas dari nilai kereta atau RM21,000 ke atas. Sebab nilai kereta RM32,000. Viva 850 kot. Bila masuk workshop dan buat anggaran, kerosakkan secara kasar bernilai RM17,000 pada peringkat awalnya. tetapi bajet diluluskan insurans hanya RM12,000. Serius aku bengang dan tak nak dah pakai AmBank Assurance lepas ni. Teruk. Bila proceed baiki, sbenarnya nilai sebenar adalah RM21,000. Ya! Layak dah total lost. Tapi insurans punya kerja, dia lepaskan bajet RM17,000 pulak. Sakit hati tak yah cakap lah. 

Sayu bila tengok dekat...

Kereta aku 3 bulan setengah dalam workshop di Chendering. Apa terjadi sepanjang tempoh kereta dibaiki? Aku jatuh sejatuhnya. Bisnes drop. Hampir setiap hari menitiskan air mata. Stres. Orang tu call, orang ni call. Tapi apa boleh buat? aku gagal submit projek yang sedia ada. Dan aku tak berani nak terima order sebab tak tahu bila boleh submit. Hancur. Aku sabar bagi tempoh 3 bulan setengah. Tetapi sedar tak sedar, waktu itu sangat bermakna. Dalam masa yang sama, aku sedar. Allah sedang mendidik kekuatan dalaman aku. Dengan ujian hebat ni, aku rasa makin hari makin kuat. Aku confident untuk bertahan dan hadapi ujian. Bukan sombong, tapi itulah hikmah Allah yang dianugerahkan tanpa disedari. Segala kebaikkan itu dari Allah. 2 bulan lepas keluar kereta ni, aku kemalangan lagi. Balik dari KL. Di Paka, Dungun. Tak cedera apa pun. Langgar belakang kereta Vios. Yang ni salah aku. Baiki kereta aku RM300 lebih, bayar bumper vios RM750. Tapi alhamdulillah, kali ini aku hadapi dengan tenang hasil ujian Allah sebelumnya buat aku berfikir matang dan anggap sebagai ujian dari Allah yang maha adil. 

 Alhamdulillah, kini aku mula menapak kembali dalam bisnes. Tambahan pula rezeki dalam Herbalife yang tak putus-putus. Hanya secara part time. bantu orang sihat, turunkan dan tambah berat badan, aku dibayar tidak kurang 4 angka sebulan melalui royalti dan untung runcit. Kalau ada projek yang melibatkan LO, aku terima. Tetapi untuk keuntungan bersih bernilai RM1000 ke atas sahaja. Sakit oo main LO kalau modal kecil. Lambat masuk duit, ternganga tau. Huhuhu.. 

Dalam post ni, hanya nak tekankan REDHA.. Redha di atas setiap dugaan. Syukur, hati lebih tenang sekarang. Bila ditimpa musibah, aku duduk. Tarik nafas dalam-dalam. Aku pujuk hati aku dengan berkata 'Amir, bukankah sebelum ini kamu menerima ujian yang lebih besar, dan kamu mampu hadapi. Cari kekuatanmu'.. Ya, itu dinamakan pujuk diri. Kita kena pujuk diri kita. Sebagaimana wanita perlu pujukkan dari seorang lelaki untuk mendapatkan kekuatan balik. Kalau kita boleh cinta pada wanita atau pasangan, kenapa tidak untuk diri sendiri? Semoga aku lebih kuat menghadapi ujian mendatang. Bukan aku je, kita semua. Ingat, 2013 baru nak bermula. Boleh jadi ujian lagi, boleh jadi nikmat pula kali ni. Berdoa pada Allah dan bersangka baik padaNya. :-)

Nak tahu Herbalife tu macam mana? Whatsapp boleh, sms pun boleh. Nak call borak panjang lebar pun boleh. 011-19446546.. Amir Sauti menjawab panggilan anda. Lose weight now, ask me how. :-)

Khamis, Disember 27, 2012

Hidup Kena Ada WHY...

Assalamualaikum.... Dengan nama Allah aku menambah post dalam blog yang tak seberapa ni. Tempat hati beradu bersama kata-kata penulisan... Tiada perkara yang sangat hebat untuk dikongsi kerana aku bukan professor, doktor, atau sesiapa dalam bidang professional. Bulan ketiga sebagai distributor dan consumer Herbalife.. Aku selalu hadiri HOM, STS, Supervisor workshop dan sebagainya... Dan aku amat tertarik dengan perkataan yang selalu leader-leader gunakan iaitu WHY... Mereka selalu cakap, 'nak berjaya dalam Herbalife kena ada WHY'... Mula-mula bingung juga, tetapi bila didefinisikan dengan kata hati barulah aku dapat gambaran jelas iaitu terpancar di dalam benak fikiran wajah-wajah insan yang aku sayang, yang aku hargai dalam hidup ini, yang aku takkan tinggalkan dalam hidup ini, yang akan selalui aku ingati.

Gambar keluarga tahun 2007. Memang la aku kurus tahun ni. Atlit katakan.
WHY itu kenapa... Kenapa kita belajar? Kenapa kita kerja? Kenapa kita ingin waktu bersama? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Jawapannya mestilah KERANA... Ya, kerana kita ada SAYANG... Sayang itu menjadi kenapa kita, WHY kita... Dan WHY aku adalah KELUARGA... Keluarga yang dibina sekarang dan juga masa depan... Aku membangunkan dan mengembangkan perniagaan sebelum ini kerana  mahu memberi segalanya kepada insan yang aku sayang setakat termampu. Aku kerja, kerja, kerja, dan kerja... Bukan demi sesiapa, kecuali keluarga. Terima kasih Allah kerana memberi aku satu rasa. Rasa cinta pada keluarga. Tidak melebihkan cinta kepada lain-lain manusia yang sia-sia...

Kini bulan ke-3 aku bersama Herbalife... Aku belajar dengan melihat pelbagai ragam di dalam dan di luar golongan distributor Herbalife. Ada yang sikapnya terpuji, terbuka, ikhlas membantu, rendah diri, setia mendengar, memberi motivasi, dan banyak lagi. Namun tak kurang juga sebaliknya. Tetapi dalam mencapai WHY aku, aku wajib menghadapi golongan ini semua. Kerana mereka adalah normal sebagai pro & kontra dalam perjalanan hidup aku sebagai manusia biasa yang hina. Kejayaan itu Allah bagi kepada insan terpilih. Bagaimana nak jadi terpilih disisi Allah itu? Kita lihat dan belajar dari manusia disekeliling ini dan putuskan, ambil yang baik dari setiap mereka. Tiada seorang pun yang sempurna. Suci macam mana pun kita lihat seseorang itu, pasti telah ada dosanya yang tercatat. Namun apa yang baik darinya itu, kita ambil contohi.

Dalam mengejar WHY, selalu ada 2 sahaja pilihan.. Ya, hanya 2. Baik atau buruk, teruskan atau putus asa, azam yang makin kuat atau cetek pemikiran yang berkuasa melemahkan. Aku putuskan untuk selalu memilih positif walaupun ia perit untuk dihadapi. Bersabarlah. Dugaan itu bersifat sementara selagi mana kita meletakkan rasa yakin pada yang Maha Esa. Dia mengetahui hambaNya ini mampu melalui ujian yang diberi. Bersanka baik pada Allah. Apa yang cuba dikongsi, cuba renung sejenak, cari WHY kita. Disaat kita lemah, datangkan WHY dalam fikiran. Serius, aku pernah down gila. Jatuh sejatuhnya rasa diri ini. Menitis air mata. Dan aku pernah update status di FB, bunyi lebih kurang mcm ni la 'kalau nak nangis, nangis betul2. Jangan tahan. Sebab nangis tu suatu luahan yang terpendam.' Selesai nangis, ok kata pada diri 'jom mulakan balik'. Selagi Allah bagi kita nafas untuk bernyawa, selagi tu kita ada masa untuk berjuang. Demi sesuatu yang ingin dijulang. Jom set WHY kita dari sekarang dan keep it updated. :-)

Gambar 2011.. Hiasan ... 

Hidayah Itu Sangat Indah

Assalamualaikum... Baru je update post, update lagi.. Rajin pula nak update 2 3 hari ni. Rasa kembali suatu perasaan seperti dulu yang meluahkan dalam blog seperti meluahkan terhadap rakan2. Sebab yang baca blog ini adalah rakan2 saya... kan? Terima kasih daun keladi, saya update post baca lagi... Hehe.. Kebelakangan ni selalu je rasa seperti ada masa. Bukan kerana hidup sedang senang lenang, tapi mungkin banyak waktu untuk diri ini tergamam. Memikirkan lepas satu, satu ujian menimpa.. Ujian ini bukan tanda Allah benci kita, tapi itu tanda Allah sayang. Ada sesuatu disebalik kejadian itu. Kan? Ujian adalah, tarbiyah dari Allah.. Salah satu bait lirik dalam nasyid yang kita biasa dengar dalam IKIM.FM.. Cewwahhh.. Padahal dalam kereta  asyik tune 94.8 je. Hot FM. Got cha!!... Astaghfirullahalazim... Amir.. Amir... Sebenarnya bila fikir masalah2 ni, cuba husnuzdon kepada Allah. Barangkali dicelah-celah kesulitan hidup itu terselit secebis hidayah dan rahmat yang bakal menyerikan hati seorang mukmin ini.. Dalam herbalife pun saya selalu diajar, 'POSITIF! POSITIF! POSITIF!'... Haa... So, kena selalu positif. Bila sebut hidayah, teringat dulu bagaimana kali pertama merasakan atau sedar datangnya hidayah itu atau petunjuk. Manusia ini seperti kita tahu, sifatnya alpa, leka, lalai.. Itulah saya sendiri. Kadang-kadang rasa sempurna hanya dengan mendirikan solat. Namun hati ini selalu terpesong bila akal tidak terlintas untuk perkara2 ibadah yang jelas seperti jasa kepada ibubapa, menghindari maksiat, membantu agama Allah, dan banyak lagi... Saya dulu seorang yang saaaaaangat agresif dan negatif. Terutama bila meningkat remaja. Zaman sekolah menengah. Walaupun sekolah agama, SMKA Nurul Ittifaq tapi perangai ya Allah... Teruk... Tidur lewat, melepak, tak turun solat subuh kat surau dgn penghuni asrama lain, subuh pukul 7 pagi tu dah biasa, malas study, tak siapkan homework, kenakan junior, buat orang sakit hati, dan banyak lagilah.. Tak habis sampai esok nak bagitahu semua. Itulah cabaran besar buat diri ini bila berada jauh nun di sana dari keluarga. Keluarga di Setiu, tinggal kat asrama di Besut. 50KM kot. 1 jam perjalanan dengan kereta.

Bila diingatkan balik, ada satu ketika yang sangat istimewa dalam hidup bagi saya. Berjumpa seorang insan yang luar biasa. Ustaz Mizan... Kenal?
Alhamdulillah. Jumpa juga ustaz dalam google.

Tuannya kecik molek. Tapi berjiwa besar dan mampu menawan hati keras ini. Suatu hari pada 2008 sekolah menjemput beliau untuk satu kendalian program. Dari situlah bermula satu kesedaran yang amat luar biasa dalam hati kotor ini. Ustaz Mizan menceritakan perit beliau sewaktu zaman kecil dulu. Bagaimana kehilangan ibu tercinta, hidup dalam serba kekurangan, melanjutkan pelajaran ke timur tengah dan tidak punya wang untuk pulang ke Malaysia, ditimpa penyakit kronik di sana.. SubhanaAllah.. Diri ini mula malu pada Allah. Betapa banyak Allah memberikan nikmat, tapi baru sedar... Sebenarnya panjang lagi detik bersama ustaz yang boleh dikongsi. Tetapi biarlah dulu. Sesiapa yang pernah mengikuti program bersama beliau akan mengerti. Jatuh air mata membasahi bumi bila kata2 beliau meresap ke dalam fikiran dan hati kita semua. Wajah Ustaz Mizan akan diingati hingga akhir hayat. Ustaz, doakan saya ke syurga ustaz, doakan saya menjadi salah seorang insan yang terpilih olehNya, yang diakui ummat oleh Baginda s.a.w...

Saat yang paling mencurahkan air mata menanggung sebak, apabila memeluk tubuh ustaz. Berbisik ditelinga ustaz mengatakan 'ustaz, saya banyak dosa, saya banyak melakukan maksiat, saya mahu bertaubat ustaz'... Setiap hari masih melakukan dosa juga. Tapi sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha pengasihani. Masih memberikan pelbagai nikmat walau diri ini sering melakukan dosa. Allahurabbi...

Ampunkanku ya Allah!

Jumaat, Disember 07, 2012

Antara Cinta & Cita-Cita Ku

Assalamualaikum... Selamat pagi sahabat-sahabat blogger dan follower.. Terima kasih.. Kalian menjenguk blog ini, satu perhargaan pada saya. Itu dinamakan sokongan moral. Hati anda terlintas untuk melayari blog ini, mata anda terbuka untuk membaca entri di dalamnya. Terima kasih. Semoga istiqomah melayari blog ni sebagai pemerhati juga bagi menasihati sekiranya tersilap mana-mana kata isi. Pukul 2 pagi, tiba-tiba terfikir akan cita-cita yang sekian lama telah dilakarkan dan dalam proses merealisasikan. Melakar cita-cita tak semudah melakar bangunan walaupun bangunan itu kelihatan jauh lebih gah berbanding manusia melihat cita-cita seorang manusia lain. Seorang jurutera melakar rekabentuk bangunan, dapat ditetapkan bila tarikh atau waktu lakaran itu menjadi realiti. Tetapi lakaran cita-cita memberi satu keputusan waktu yang belum pasti. Walaubagaimanapun, cita-cita itu nadi kepada proses kejayaan. Cita-cita itu adalah target. Apa cita-cita sahabat saya yang sebaya dan remaja hari ini? Terutama sama status dengan saya (belum berkahwin). Apakah kahwin atau berumahtangga itu menjadi keinginan utama? Atau membalas jasa kedua ibubapa yang utama pada kita? Saya tak dapat mengetahui jawapan hati anda. Apa yang cuba dikongsikan adalah antara 2 matlamat hidup saya yang berkaitan rapat antara cinta dan cita-cita.

Diawal melangkah keluar zaman persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke universiti, saya mula terdetik perasaan seperti 'wah, dah habis SPM. Bila-bila masa boleh kahwin. sebab sekarang ramai je yang kahwin masa masing-masing masih dalam kampus'.. konon2nya. Itu salah satu proses keremajaan saya. Normal kan? Tapi bila saya melangkah masuk ke satu tahap kehidupan seterusnya iaitu kerjaya (perniagaan), saya mula sedar bahawa kahwin ini tak semudah kita baca dan sekadar rasa. Itu pandangan kita hanya dari sudut cinta dan membelakangkan cita-cita. Dari situ, saya mula melakar cita-cita. mula-mula melakar cita-cita kearah cinta. Nak kerja kuat, supaya dapat bagi segalanya bila dan berumahtangga. Saya silap lagi!!! Kenapa perlu fikir berumahtangga sahaja? Bagaimana dengan cita-cita saya kepada ibubapa sebagai simbol cinta saya kepada mereka? 2 insan bertanggungjawab membesarkan saya sebagai manusia yang punya pakaian, cukup makan, ada pelajaran walau tidak setinggi ramai orang. Ya Allah... Setelah lebih 20 tahun dibesarkan mudahnya remaja membelakangkan cita-cita utama ini. Saya dapat rasa, betapa sukarnya untuk mencari RM1, RM10, RM100, RM1000, & seterusnya. Bagaimana ibubapa saya melakukannya? Mereka cukup hebat. Kita boleh menjadi tidak keruan dengan hutang yang mungkin RM10, tetapi bagaimana ibubapa kita berusaha mencari sejumlah wang untuk menyuap kepada lebih 2 mulut bila dikira kita dan adik beradik yang lain

Zaman sekarang RM1 macam tisu je orang pandang..
.
Saya semakin tekad untuk melakarkan cita-cita terhadap mereka. Saya berjanji pada diri ini seikhlas hati.. 'Sesungguhnya kedua ibubapaku mempunyai impian seperti lain2 org tua. Mereka ingin menjejakkan kaki ke Baitullah, menjadi tetamu Allah. Maka aku berjanji, akan bekerja kuat untuk menghantar mereka ke sana 100% ditanggung olehku dan mungkin juga adik beradik yang lain. Dengan izin Allah. Aku meletakkan ibubapaku dalam dunia remaja sepertiku hari ini, semestinya mereka ada impian ingin memiliki sesuatu yang berharga. Seperti mana aku ingin memiliki sebuah kereta yang selesa bila dipandu kemana sahaja tempat  yang ingin dituju. Lalu aku nekad lagi, akan bekerja kuat menghadiahkan ibubapaku sebuah kereta yang mungkin diidamkan olah seorang manusia yang sebaya mereka. Toyota kah? BMW kah? Honda kah? Merc kah? Tak dapat putuskan mana satu kerana yang utama sekarang adalah USAHA.' Mereka tidak mampu merealisasikan hal kebendaan mereka ini demi siapa jika bukan anak-anak. Cuba kita buat pengiraan segala perbelanjaan kita dan ahli keluarga kita yg lain sudah mencecah berapa Ringgit Malaysia. Tidakkah dengan jumlah itu mereka mampu memiliki impian di atas tadi? Tetapi kenapa ianya tidak terjadi? Kerana mereka mengutamakan perbelanjaan itu kepada kita. Setuju atau setuju? (Tiada pilihan untuk tidak setuju). Kerana memikirkan hal ini, lebih membakar semangat saya ke arah cita-cita untuk mereka. Saya tak mampu bagi Straight A's kepada mereka di dalam mana-mana peperiksaan awam zaman persekolahan. Dan masa itu tidak dapat diundur melainkan saya menebusnya dengan pilihan jalan BARU. Dan saya berkata lagi pada diri, 'Aku tidak akan menyebut tentang kahwin, atau komitmen cinta bakal pasangan hidup, selagi aku belum mampu merealisasikan cita-cita ku kepada ibubapa seperti tadi iaitu menghantar mereka menjadi tetamu rumah Allah dan menghadiahkan mereka sebuah kereta.' Jika saya sudah mempunyai calon, dan si dia mengatakan saya mengambil masa terlalu lama untuk menghalalkan dia buat saya, saya akan redha dia tinggalkan saya kerana keluarga segalanya pada saya. Walaupun saya seorang anak yang tidak banyak bercakap dengan ibubapa kerana komitmen kerja antara kami, tidak bermakna saya tidak mengingati tentang mereka. Malahan setiap detik jasad ini melakukan kerja (dalam perniagaan) adalah dalam sedang memikirkan mereka, ibubapa.

Bukan sekadar harapan. Tapi tanggungjawab sebagai seorang anak.


Kalaulah dapat tengok ayah drive kereta ni. Sesuai dengan zaman beliau.


Asasnya bagi saya, bila zaman remaja ini bukan sewenang-wenangnya kita melepaskan tanggungjawab besar seorang anak kepada ibubapa dengan alasan mempunyai keluarga sendiri setelah berumahtangga. Sebelum melangkah ke zaman itu, cuba renung sejenak apa sudah besar yang kita sumbangkan pada ibubapa? Secara peribadi, saya kurang bersetuju jika kahwin terlalu muda itu dengan alasan 'elak zina'. Sedangkan Nabi Muhamad s.a.w meninggalkan kepada kita sunnah utk diamalkan dan Allah menurunkan al-Quran sbg panduan. Zina itu hasutan syaitan. Dan jika tidak mampu mengelaknya dengan ayat Allah dan sunnah Rasulullah, maka lemah lagilah iman kita dan wajarkah dilantik menjadi seorang suami, pembimbing isteri, dan ketua kepada keluarga? Bila belum bekerja sudah berumahtangga, tidak sempat merasa ibubapa gaji pertama kita kerana pastinya ia satu titik permulaan perbelanjaan besar kepada sebuah keluarga baru kita sendiri. APA YANG CUBA DISAMPAIKAN, SIMPAN DULU RASA CINTA KEPADA MANUSIA YANG INGIN KITA HIDUP BERSAMA, UTAMAKAN CITA-CITA UNTUK MEMBALAS JASA IBUBAPA YANG  SEJAK SEDIA ADA BERSAMA KITA. PERTAMA, BAHAGIAKAN IBUBAPA, BUKAN PAKWE/MAKWE...

Ayah nak tengok aku jutawan
pada usia 30 tahun.

Luahan hati seorang anak yang merasakan belum pernah membahagiakan ibubapa. -Amir Sauti, Dis 2012...

Selasa, November 27, 2012

Latar Belakang Herbalife

Bismillah... InsyaAllah post hari ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang kompeni Herbalife. Pertama-tama sekali tahniah diucapkan kepada pembaca blog ini yang dah membuat keputusan utk mencuba pemakanan nutrisi Herbalife. Tak kurang juga yg mengambil peluang bisnes dalam Herbalife.

Herbalife adalah sebuah syarikat pemakanan nutrisi dan celullar yang diasaskan oleh MARK HUGHES pada tahun 1980 (cuba cari syarikat nutrisi lebih awal dari Herbalife.. Hehe) di LOS ANGELES (LA)..


Beliau memulakan misi nutrisi Herbalife ini hanya pada usia 24 tahun. Luar Biasa.. Hanya bermula dari menjual produk dalam bonet kereta, dan kini...


Syarikat Koperat Herbalife di LA
Herbalife 32 tahun di dalam perniagaan (sehingga 2012)
Mempunyai lebih 70 juta pelanggan setia dan berpuashati
Lebih 2 juta pengedar seluruh dunia
Mencapai jualan tertinggi 5.4 Billion USD pada tahun 2011
Tersenarai di Bursa Saham New York (NYSE)
Di 87 buah negara seluruh dunia

Kini Herbalife diterajui oleh seorang yang juga luar biasa iaitu MICHEAL O JOHNSON


Siapakah beliau?
Bekas President Walt Disney selama 17 tahun.
Menerajui Herbalife sejak tahun 2000
Seorang Tri-atlit yang berjaya..

Doktor dan saintis disebalik Herbalife..


Hebat tak Herbalife... Dan kerana itulah saya dari seorang yang sangat tidak percaya kepada produk kesihatan pengurusan berat badan, berani mencuba Herbalife.. kerana saya tak mampu nafikan dengan Herbalife saya sudah turun 18kg!!!!!

Terima Kasih Allah, Terima Kasih Herbalife!!! :-)
Berminat hubungi: 01119446546

Rabu, Oktober 24, 2012

Amir Sauti & Herbalife

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!!
Walaupun dah petang tapi itu yang diajar dalam Herbalife.. Walau malam sekalipun, tetap selamat pagi.. Kenapa? Sebab Mereka yg mengamalkan nutrisi herbalife ni sihat sepanjang hari macam baru nak mula kerja pagi.. Hehe

InsyaAllah hari ini perkongsian saya mengenai kesihatan. FIRST TIME HABAQ HANG CRITA PASAI KESIHATAN!!! Hehe.. Tapi seriously, saya tak mampu lagi menafikan keberkesanan produk nutrisi herbalife selepas 2 bulan mengamalkan berbanding sebelum ni yg sangat SKEPTIKAL (tak percaya langsung produk kesihatan)... Ramai je yang iklan tu, iklan ni, suggest tu, suggest ni pasal Herbalife dan lain2 produk. Tapi bila rasa macam perubahan 360 darjah dalam diri ni, saya membuat keputusan untuk mengamalkan nutrisi Herbalife seumur hidup. Dengan izin Allah. Kerana apa???

Sebelum (kiri) 130kg. Selepas (kanan) 115kg.. Hanya dalam masa kurang 2 bulan.
TQ ALLAH TQ HERBALIFE :-)
Ada insan2 negatif yang mempertikaikan perbandingan gambar di atas. Dia cakap kiri tu dekat dan di penyet2kan, dan gambar kanan tu jauh... Tapi Allah dan tuan punya badan lebih mengetahui..

Aidilfitri 2012 raya ke-7.. Nampak muka tu? ada Penyet2 (crop) gambar??

Bila pos gambar perbandingan tu, saya buat tak tahu je dengan insan2 negatif yg mempertikaikan dan juga cuba utk kondem. Buat apa kita nak dengar mereka? Kita yg amalkan nutrisi Herbalife. Bukan mereka. Kita yg rasa improvement dalam badan kita. Mereka tak rasa apa2.. So, teruskan usaha kita untuk sihatkan tubuh badan diri sendiri dan orang lain yg sama2 nak sihat. Dulu UMUR 18 TAHUN DAN ADA DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS. Yess... Itulah Amir Sauti. Yang nampak ceria diluar, namun cukup seksa di dalam. Buat kerja sikit penat.. huhuhu..

Ini kejayaan insan2 yg saya kenal dalam HERBALIFE NUTRITION FOR BETTER LIFE...


Dah jumpa.. Hehehe


Abg Anuar.. Antara upline dan coach saya.

Herbalife bukan UBAT.. Tapi MAKANAN NUTRISI. Kita pilih nak makanan yang lazat tak berkhasiat dan mudharat ATAU makanan lazat dan sangat berkhasiat seperti herbalife. Bukannya bila makan Herbalife, tak boleh makan nasi. SALAH!!! Ada jadualnya. Kerana tu kita perlukan COACH. Faham? :-)













Ni contoh 2 produk asas Herbalife.. Herbalife ada banyak lagi produk inner dan outter untuk manusia yang mahu sihat. InsyaAllah, pos lepas ni saya akan ceritakan latar belakang kompeni Herbalife yang sudah bertapak sejak 1980 ni, bermakna sudah lebih dari 32 tahun.

Mamat ni insurans anggota badan jutaan AS Dollar,
Tetapi berani masukkan Herbalife dalam badannya.

David Beckam and the geng, LA Galaxy...


Para atlit Malaysia tajaan Herbalife. Herbalife tidak menaja artis atau model.
Tetapi ia untuk mereka yang perlukan tenaga dan kesihatan yang sempurna. 


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya Amir Sauti di talian 011-19446546. Whatsapp pun boleh. 24/7. :-)

Jumaat, April 27, 2012

Aku Kini.... Terasa Kelainan...

Assalamualaikum buat sahabat2 yg masih sudi menjenguk blog usang ini. Lama sangat tak aktif blogging. Dulu semua benda aku nak cerita. Terutama pengalaman kepimpinan, berpersatuan, berorganisasi, pengurusan, dan macam-macam lagilah. Bukan nak 'show off'.. Tapi ia sekadar perkongsian dengan harapan dapat memberi informasi kepada kawan-kawan walaupun sedikit cuma.. Alhamdulillah. Lebih kurang setahun tinggalkan blogging ni.. Aku rasa kelainan pada diri aku kini. Ada sesuatu yang lebih baik, dan tak kurang juga beberapa aspek yang buat aku rasa sangat rendah berbanding kawan-kawan lain. Suka duka itu asam garam kehidupan. YES!!! aku mesti akuinya.. Sekarang aku bukan lagi pelajar UiTM. Tak apalah, Allah dah tetapkan yg terbaik untuk diriku. Kini aku menceburkan diri dalam perniagaan. Bermula dengan part time zaman study yang aku anggap mungkin sementara semasa belajar untuk melatih diri aku berdikari. Aku cuba untuk survive.. Aku tak nak jadi seorang anak yang tidak menyumbang apa-apa pada kedua ibubapanya, malahan bergantung harap sekaligus dikhuatiri menjadi beban pada ibubapa.. Hari ini bidang perniagaan menjadi karier utama dalam hidup aku. Alhamdulillah sebuah kompeni kecil naunganku AMIR IMTIYAAZ ENTERPRISE baru beberapa minggu mencapai usia genap setahun. Terima kasih Allah. Tak lupa pada keluarga, saudara, dan kawan-kawan yg selalu support. Aku insan lemah yg tidak mampu berbuat apa-apa tanpa pertolongan Allah dan insan sekelilingku. AMIR IMTIYAAZ Enterprise adalah sebuah kompeni yang menjalankan perkhidmatan membekal dan membaikpulih komputer. Atas beberapa faktor, aku terpaksa meluaskan lagi skop perkhidmatan kompeni aku ini iaitu melibatkan diri dalam perniagaan pengiklanan (Advertising).. Alhamdulillah. Beberapa projek pengiklanan seperti signboard, berjaya disiapkan. Betul apa yang aku pernah fikirkan suatu ketika dulu. Proses pembelajaran itu tidak semestinya di dalam bilik darjah atau kuliah, Malahan skop pelajaran di dunia realiti kehidupan ini lebih mencabar untuk mencapai tahap LULUS... Dalam karier perniagaan ku hari ini, aku belajar bagaimana pengurusan perniagaan, perhubungan awam, dan 1 prinsip dalam diri yang aku mesti terapkan adalah KEBERANIAN. Berani menerima risiko, berani bersemuka dengan pegawai tertinggi jabatan, dan orang awam iaitu pelanggan selaku nadi sebuah perniagaan. 

Alhamdulillah.. Impain 1 tercapai. Memiliki sebuah kereta pada usia 19 tahun
dari hasil titik peluh sendiri. 



Antara projek terbesar buat kompeni kecil seperti
AMIR IMTIYAAZ Enterprise
Lokasi: Dewan Besar SMKA Sheikh Abdul Malek, KT.

Amir bermaksud Ketua
Imtiyaaz bermaksud Berjaya
Amin ya Rabb...


Rendahkan dirimu serendah mutiara di lautan,
Tinggikan cita-citamu setinggi bintang di awan.. 

Doakan semoga KITA SEMUA terus maju dan medapat redha Allah selalu.. InsyaAllah. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut perkhidmatan AMIR IMTIYAAZ Ent boleh hubungi 011-19446546. InsyaAllah, Amir Sauti akan menjawab panggilan anda. 

Antara servis lain:
*Print T-shirt
*Cenderahati

Terima kasih.. Wallahua'lam... :-)


Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..