بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Ahad, Mac 06, 2011

Kem Kepimpinan KMI 2011

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Syukur2!! Terima kasih Allah.. 3 hari 2 malam aku di Angullia utk Kem Kepimpinan Kelab Minda Islam UiTM KT. Banyak pengisian yg bermanfaat aku kira diperolehi... Kem ini dikendalikan oleh Bimbingan ILMAM Consultant.. Best sgt. Fasilitatornya yg aku kira sporting, open, tapi penuh waspada. Maklumlah, kem ini kem Islamic. Slot2 nya juga tidak membosankan. Dengan celoteh ustaz yang agak nakal, membuatkan para peserta tidak mengantuk. Aku yakin dan percaya, mereka ini bukan calang2 insan. Yg buat aku bangga, ada fasi yg menjawab telefon dlm bahasa Arab.. Bahasa Al-Quran tuh. Kalau lah aku sepetah itu bercakap Arab, MashaAllah.... Sangat mudah lah utk ku memahami kandungan Quran seterusnya dapat beramal dgn lebih tepat. Kem sebigini ku harapkan dapat diteruskan setiap tahun dlm KMI UiTM KT.

Nak check in chalet nih.. Alhamdulillah.. Agak selesa.. hehe

Kemudahan dewan penyaman udara. Demi keselesaan para peserta.

Ustaz Fakhrul Azizi.. Penasihat KMI.

Ustaz Muhamad Ridhwan Mahmud. Antara moderator ILMAM Consultant.
Aktivi yg dijalankan sgt menarik. Bermula dgn sesi muhasabah diri oleh ustaz Fakhrul sendiri, kemudian pecahan kumpulan sebelum slot 'ice breaking' yg mana aktiviti2 sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pemimpin KMI sendiri selain saling mengenali. Tidak diakui, aku sendiri sbg Timb. YDP KMI tidak mengenali semua ajk2 di bawah biro ini. Bukan tidak turun padang melihat mereka bekerja. Mungkin kerana terlalu ramai. Itulah anugerah Allah. Apabila kita ikhlas ingin menghidupkan agama-Nya, ramai hati2 yg terbuka utk turut sama membantu.

Detik manis ku menjaringkan gol ketika aktiviti riadah.
Sukan juga salah satu ibadah. Ya Allah, gembiranya... 

Slot debat mempertahankan pendirian masing2.. Best.. terhibur..
Abg Long di sisi.. salah seorang fasi. Sempoi la Abg Long.. hu3

Para muslimat ria... hepi.. gembira utk ke pantai. 
Slot yg biasa dilihat dlm kem kepimpinan.. Kuliah Maghrib.
Begitu tekun mendengar. ye ke? hehehe :-) 
Agak mengejutkan, kem ini dikunjungi oleh TP HEP UiTM induk kami dari Dungun iaitu En. Azahari. Beliau kebetulan ada urusan rasmi lain di Angullia, turut mencari kesempatan bersama kami bagi sesi soal jawab. Agak professional tindakan beliau. Mencari pelajar sebelum beliau dicari bagi permasalahan para pelajar.

En Azahari diiringi YDP KMI, saudara Muhaimi.
Kak Biha, Kak Suria, & Fatin..
Hidup aku mcm tak lengkap kalau tak khianat 3 org ni dlm 1 hari.
Hahaha... :-)

Bagaimanapun, pada hari terakhir aku x dapat mghadiri beberapa slot kerana terpaksa ke Besut utk bersama Ustaz Nizam dlm majlis ceramah motivasi di SMK Tg Mahmud utk pelajar2 PMR, SPM, & STPM.Satu pengalaman yg cukup manis bagi ku. Namun, aku hadir semula ke Angullia pd sebelah petangnya utk sesi penutup. Agak kepenatan. Bukan agak, tapi sangat kepenatan. Berulang dari Kuala Terengganu ke Besut dlm masa kurang 12 jam.. huhuhu.. Syukur sekali lagi ingin diluahkan kerana diri ini berpeluang menyertai Kem Kepimpinan KMI UiTM KT 2011.. Harapan ku agar para MT, Biro2, dan ajk bawah biro dapat mengaplikasi corak kepimpinan yg didedahkan dlm kem ini di UiTM KT agar makin melebar aura Islam di kampus kita. InsyaAllah...

Banyak yg aku tempuhi. Moga semua ini bermanfaat dlm hidup ku
dan sentiasa diredhai-Mu ya Allah...
Wassalam... :-)

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..