بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Isnin, April 11, 2011

Kemahiran Insaniah Part2 UiTM KT

Assalamualaikum w.b.t.. Syukur pada Allah.. Masih diberi kesempatan untuk terus menulis diblog ini sebagai wadah perkongsian sesama mukmin sejati. Amin.. Kali ini cerita lagi menarik yg ingin dikongsikan. Iaitu program wajib kolej Kerawang utk pelajar semester 2 UiTM KT. Pengisian yg cukup menarik. Thumbs up buat penganjur dan yg memberikan idea ini. Program ini dinamakan kemahiran insaniah dimana sukatannya diluar daripada sesi akademik dan tertumpu kepada aktiviti insaniah ataupun pembangunan pelajar. Kemahiran insaniah ini telah diadakan 2 hari yg lalu iaitu pada 9 April 2011. Pengisian program tersebut adalah mula2 pelajar berjalan kaki dari kolej kerawang ke Pantai Pandak cendering ni. Dalam 5-7 km kot ataupun 1 jam berjalan kaki untuk Amir Sauti.. Hahaha.. Walaupun keadaan hujan renyai2, program tetap diteruskan. Memang best. Aku pun dah lama x main hujan. Dengan kawan2 plak tu. 300 orang lebih kot. Hu3.. Perjalanan bermula pada pukul 2.30 petang. Setengah jam lewat dari jadual asal.

Mengepalai bacaan doa memulakan
perjalanan. Doa jauh dari bala.
Best jalan kaki macam ni kan? Ramai2.. Bila lagi nak dapat
pluang sebegini. Hu3
  Sampai di Pantai Pandak, setiap pelajar yg telah dibahagikan mengikut kumpulan ini diarahkan membina istana pasir bertemakan 'radioaktif'.. Aku pun x paham sebenarnya. Tapi mujur aku fasi je hari tu. Tak sepenat yg lain kot. Hehe.. Macam2 istana aku jumpa.. hu3

Lawa kan? Kreatif je bdk2 UiTM KT ni. Hu3

Amboi.. Segar tumbuhan di kawasan radioaktif ni. haha
Selesai acara membina istana pasir, bersiaplah kami utk solat asar berjemaah. Kat surau ke? taklah.. di atas pasir pantai pandak tu lah. Haa.. Ini yg menariknya. Banyak kelebihan bila solat begitu. Jangan risau. Ketiga2 unsur yg terdapat masa solat tu iaitu pasir, air laut, dan peluh, semuanya sah dibawa solat. Pelajar2 perlu diberi pendedahan sebegini utk mereka rasai bagaimana rasanya solat dalam keadaan menjaga hubungan manusia dengan alam seperti yg diajar Islam. "Bersyukur tentang solat Asar itu kerana kita kembali sketika kpd zaman solat anbiya'... Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dan ketika itu telah pun masuk waktu Asar. Nabi Yunus bersyukur, lalu menunaikan solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama – Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua – Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga – Kelam dengan malam.
Rakaat keempat – Kelam dengan perut ikan Nun."


Peluang sebegini diharapkan dapat buat lagi masa akan
datang.

Para jemaah muslimah
Walaupun ada yg membantah dengan tindakan penganjur yg mahu semua mendirikan solat di tepi pantai begitu, namun itu bukanlah suatu isu hangat yg wajar dibangkitkan. Mereka masih perlu belajar banyak perkara. Islam ini bukan suatu agama yg menuntut penganutnya hanya solat di dalam masjid yg gah dgn econ, carpet, tapi di mana2 sahaja sebagaimana kita yakin Allah itu sentiasa bersama kita. Jika ada non-muslim yg melihat kami bersolat di tepi pantai masa itu, adalah menjadi kebanggaan buat kita sepatutnya kerana kita membuktikan ibadah wajib (solat) kita pada Allah tidak terhad pada suatu tempat sahaja, bahkan di mana2. Dan ianya solat yg sah mengikut syarak. Alhamdulliah. Aku pernah melihat solat sebegini dalam satu program yg dianjurkan oleh PEMIKIR di Pantai Seberang Takir pada Disember 2010.


Puan Shida selaku warden kolej memberi sepatah dua kata
sebelum bertolak pulang.
 InsyaAllah, jumpa lagi di kemahiran Insaniah part 3 di semester depan.. Wassalam :-)

4 ulasan:

anafatmaelzahra berkata...

ehh,,'istana' group fatma tuu hok atas skali tu! ngee~ =))

Amir Sauti berkata...

Eleh.. Bukan dia tlong pun.. tmpang glemer je kot tema nih... Hu3

nurul_iman berkata...

salaam ziarah mir,kat jemaah muslimah,ad sor tu pelik sket,len dr y len..perhati elok2..:)

Amir Sauti berkata...

Ramai sgt yg pelik.. Mane 1?? tudung biru tu ke?? Hahaha

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..