بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Sabtu, April 02, 2011

Kejohanan Tertutup Sepak Takraw UiTM KT

Assalamualaikum.. Dalam kesedihan dan kekecewaan aku tak dapat menyertai Lawatan Pembantu Minggu Destini Siswa (OC) ke Pulau Pinang pada 1 & 2 April 2011, Jumaat ku ini terisi dengan program lain iaitu sebagai urusetia Kejohanan Tertutup Sepak Takraw UiTM KT yg melibatkan 4 pasukan UiTM dan 2 pasukan dari TESDEC, sebuah institut pengajian yang berhampiran dengan UiTM KT ni. Kejohanan ini adalah anjuran pelajar kod subjek HSL115T iaitu subjek sepak takraw 2. Aku baru sepak takraw 1 tapi kena jugak terlibat utk ambil markah. Apa yang dapat dirumuskan, boleh tahan la kejohanan ni. Sebab boleh tengok skil2 permainan 'orang sebenar' sepak takraw ni. Tengok cara permainan manusia di posisi Killar, Feeder, dan Tekong yang dengan gayanya tersendiri. Kelajuan bola dorang takdelah macam aku main ni. Semua laju2 kot. Huhuhu.. Pada kejohanan ini juga aku menimba satu pengalaman baru iaitu menjadi pengadil dalam perlawanan rasmi. Kena kat aku pengadil pukul 11.30 pagi. Lepas tu giliran aku ni jugaklah ada set penentu. 3 set kot tengah2 panas tu. Adoii.. Set ke-3 aku dah x boleh tumpu. kepala dah menggelegak + berdenyut2. hentam saja mata kiraan tu. Huh!


Ni team A UiTM KT. Kira paling gempak la. Tapi syg,
dpt naib johan je. Kalah dgn team dari TESDEC.
Apa2 pun dorang mmg hebat. kalah tipis je kot. hu3
Mereka adalah Dani, Hazim, dan Zamir..
Akhirnya selesai pun. Saje bergambar dengan
hamper team UiTM. Kat tengah tu Bidul,
salah sorg tekong & killer UiTM.

Ni lah urusetia dari sepak takraw 1 (sem 2)

Bersama Encik Hamikhairi.. Siapa dia?
Baca perenggan bawah ni. Hehehe

Encik Hamikhairi ni adalah jurulatih utk subjek HSL115T UiTM KT. Aku nak bergambar dengan dia bukan sebab dia jurulatih aku.. hahaha.. Tapiiiiii, dialah antara manusia yg aku kagumi. Ni lah bekas pemain sepak takraw Malaysia. Sekarang tak pasti dah bersara ke belum. Setahu aku dia bawa nama team takraw Malaysia di sukan sea Laos 2009... Kalau salah statement maaf en Hami.. hu3.. Tapi hari kejohanan ni dia main utk team staf UiTM. 3 kali kot sempat tengok dia lipat. Pusing 360 darjah... perghhh!! tengok tuan sempoi je, humble.. tapi bakat. Huh! Apa2 pun en Hami cakap sepak takraw 1 yg sem ni kena buat kejohanan pulak sem depan. Adoii.. Semoga segalanya berjalan lancar. Wassalam... :-)

2 ulasan:

Ummi Zayyani berkata...

waaa ! bangganye ngan encik hami tu. rugi ta dpt tgk die lipat. =(

Amir Sauti berkata...

Takpe2.. next sem nanti ade kejohanan takraw dalam UiTM ni datanglah tengok. Awal2 permainan lawak sbb masing2 just main biase, dkat2 final gempak la.. huhuhu.. tgk blog en hami ni,http://hamietakrawlife.blogspot.com/... :-)

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..