بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Isnin, April 11, 2011

Kemahiran Insaniah Part2 UiTM KT

Assalamualaikum w.b.t.. Syukur pada Allah.. Masih diberi kesempatan untuk terus menulis diblog ini sebagai wadah perkongsian sesama mukmin sejati. Amin.. Kali ini cerita lagi menarik yg ingin dikongsikan. Iaitu program wajib kolej Kerawang utk pelajar semester 2 UiTM KT. Pengisian yg cukup menarik. Thumbs up buat penganjur dan yg memberikan idea ini. Program ini dinamakan kemahiran insaniah dimana sukatannya diluar daripada sesi akademik dan tertumpu kepada aktiviti insaniah ataupun pembangunan pelajar. Kemahiran insaniah ini telah diadakan 2 hari yg lalu iaitu pada 9 April 2011. Pengisian program tersebut adalah mula2 pelajar berjalan kaki dari kolej kerawang ke Pantai Pandak cendering ni. Dalam 5-7 km kot ataupun 1 jam berjalan kaki untuk Amir Sauti.. Hahaha.. Walaupun keadaan hujan renyai2, program tetap diteruskan. Memang best. Aku pun dah lama x main hujan. Dengan kawan2 plak tu. 300 orang lebih kot. Hu3.. Perjalanan bermula pada pukul 2.30 petang. Setengah jam lewat dari jadual asal.

Mengepalai bacaan doa memulakan
perjalanan. Doa jauh dari bala.
Best jalan kaki macam ni kan? Ramai2.. Bila lagi nak dapat
pluang sebegini. Hu3
  Sampai di Pantai Pandak, setiap pelajar yg telah dibahagikan mengikut kumpulan ini diarahkan membina istana pasir bertemakan 'radioaktif'.. Aku pun x paham sebenarnya. Tapi mujur aku fasi je hari tu. Tak sepenat yg lain kot. Hehe.. Macam2 istana aku jumpa.. hu3

Lawa kan? Kreatif je bdk2 UiTM KT ni. Hu3

Amboi.. Segar tumbuhan di kawasan radioaktif ni. haha
Selesai acara membina istana pasir, bersiaplah kami utk solat asar berjemaah. Kat surau ke? taklah.. di atas pasir pantai pandak tu lah. Haa.. Ini yg menariknya. Banyak kelebihan bila solat begitu. Jangan risau. Ketiga2 unsur yg terdapat masa solat tu iaitu pasir, air laut, dan peluh, semuanya sah dibawa solat. Pelajar2 perlu diberi pendedahan sebegini utk mereka rasai bagaimana rasanya solat dalam keadaan menjaga hubungan manusia dengan alam seperti yg diajar Islam. "Bersyukur tentang solat Asar itu kerana kita kembali sketika kpd zaman solat anbiya'... Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dan ketika itu telah pun masuk waktu Asar. Nabi Yunus bersyukur, lalu menunaikan solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama – Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua – Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga – Kelam dengan malam.
Rakaat keempat – Kelam dengan perut ikan Nun."


Peluang sebegini diharapkan dapat buat lagi masa akan
datang.

Para jemaah muslimah
Walaupun ada yg membantah dengan tindakan penganjur yg mahu semua mendirikan solat di tepi pantai begitu, namun itu bukanlah suatu isu hangat yg wajar dibangkitkan. Mereka masih perlu belajar banyak perkara. Islam ini bukan suatu agama yg menuntut penganutnya hanya solat di dalam masjid yg gah dgn econ, carpet, tapi di mana2 sahaja sebagaimana kita yakin Allah itu sentiasa bersama kita. Jika ada non-muslim yg melihat kami bersolat di tepi pantai masa itu, adalah menjadi kebanggaan buat kita sepatutnya kerana kita membuktikan ibadah wajib (solat) kita pada Allah tidak terhad pada suatu tempat sahaja, bahkan di mana2. Dan ianya solat yg sah mengikut syarak. Alhamdulliah. Aku pernah melihat solat sebegini dalam satu program yg dianjurkan oleh PEMIKIR di Pantai Seberang Takir pada Disember 2010.


Puan Shida selaku warden kolej memberi sepatah dua kata
sebelum bertolak pulang.
 InsyaAllah, jumpa lagi di kemahiran Insaniah part 3 di semester depan.. Wassalam :-)

Ahad, April 10, 2011

Ekspedisi Khalifah Siri 1.. KMI UiTM KT.

Salam sejahtera. Alhamdulillah. Masih diberi kekuatan oleh Allah s.w.t utk terus meng'update' blog ini. Hehe.. kali ni nak cerita pasal benda yg agak seronok. Ekspedisi khalifah? haa.. Inilah satu2nya program yg berunsur luaran atau melibatkan kekuatan fizikal yg dianjurkan oleh Kelab Minda Islam UiTM KT. Biasanya kitorang buat ceramah je. Program kali ini membuktikan bahawa kehidupan Islamic tidak sempit, tidak terlalu tertutup. Lokasi utk siri pertama ni adalah Bukit Cendering. Belakang kampus ni je. Okla tu sebagai permulaan. Pengarah program, Aziezul Haqiem. Biro Tugas2 Khas dan Sukan KMI. Bertolak seawal 8.30 pagi. Mula2 aku kena jaga check point 1. Sesi takruf la lebih kurang, Lepas tu ntah macam mana awal2 lagi aku tinggal check point tu utk sama2 ikut group 1 naik bukit. Ya Allah, hampir 3 tahun aku tinggalkan dunia lasak ni. Last zaman2 aktif Pengakap dulu. Tapi syukur, walaupun sempot giler, sampai jugak aku akhirnya.. Hahaha... Masa naik bukit ni, peserta dinasihatkan agar betulkan niat. Bukan utk tunjuk siapa hebat, bukan utk uji ketahanan fizikal kita, tapi utk sama2 melihat dan menghayati keindahan alam semula jadi ciptaan Ilahi.. :-)

Di puncak Bukit Cendering... hu3
Berhenti rehat kat checkpoint 4...
Ada anak sungai.. hehe.. Mana ibunya?
Semua gambar aku sorang je laki. Mana yg lain? haih... 
Alhamdulillah... Turun bukit dapat nasik.
Ayam tumis kot. Dah tak sempat nak basuh
tepung, bedal nasik dlu. hu3
Part last sebelum balik, aku dilempar tepung oleh fasi lain.. Argh!! habis satu badan. Tapi memang best.. Masa riadah kena sporting semua. Baru enjoy! hehe.. Nantikan Ekspedisi Khalifah siri 2 dan seterusnya dilokasi yg lebih mencabar. InsyaAllah... :-)

Malam Penghayatan Bumi Palestin UiTM KT

Assalamualaikum... Alhamdulillah, masih igt kah para followers blog ini tentang penubuhan pasukan dikir barat UiTM KT? Haa.. Kini mauk semester kedua penubuhan kelabnya. Dan akhirnya kelab ini berjaya mengadakan satu aktiviti yg boleh kata grand la jugak dgn kehadiran 400 orang pelajar UiTM KT. Perancangan awal adalah ingin mengadakan malam kebudayaan 1Kampus 1Keluarga pada 6 April 2011. Namun oleh kerana perintah berkabung selama 40 hari di atas kemangkatan bonda Yang Dipertuan Agong, program tersebut terpaksa ditukar kepada suatu program lain yg berunsur peringatan. Bajet dah dapat ni, takkan nak postpone kot? huhu... Agak lama memikirkan program yg ingin digantikan dgn malam kebudayaan ni. Akhirnya aku teringat pada seorang sahabat iaitu saudara Mus'ab Bin Muzahar yg kini adalah YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Saudara Mus'ab ini adalah salah salah seorang aktivis Aqsa Syarif iaitu sebuah NGO yg menjalankan kempen selamatkan bumi Palestin. lalu aku hubungi beliau utk bertanyakan sedikit maklumat dan cara2 bagi mendapatkan perkhidmatan Aqsa Syarif bagi menjalankan kempen dalam kawasan kampus UiTM KT ni. Alhamdulillah, segala proses perancangan berjalan lancar. Malam tersebut juga aku minta Aqsa Syarif sediakan seorang penceramah. Lalu mereka memperkenalkan Ustaz Munawwar Mohamad. Tidak seperti dijangkakan, awal2 aku just provide kerusi 100 biji. Tapi manusia yg datang hampir 400 org lebih semuanya.. Allahuakhbar.. Begitu mulia hati pelajar2 ini. Yang mengambil peduli tentang saudara2 seIslam di bumi anbiya' sana, iaitu Palestin. Pengarah program kali ni kawan baik aku, Ariff Akram bin Sidek. hu3..


Ni antara orang kuat la. Shafiq & Daniel.
Aku selalu tertukar 2 orang ni. hu3
Pelajar yg memenuhi dewan. Tapi mcm biasa, siswi yg
mendominasi.. huhuhu

Para jawatankuasa yg menjayakan program.
Bergambar bersama wakil Aqsa Syarif selepas program.
Tengah: Encik Asmadi dan hanafi.
 Syukur pd Allah s.w.t... Segalanya berjalan lancar. Semoga bumi UiTM KT terus dirahmati-Nya.. :-)

Rabu, April 06, 2011

Siapa berminat untuk bermain PERKUSI / PERCUSSION?

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Harap sihat2 la utk pembaca blog hamba ni.. Untuk post kali ni aku nak buat iklan pulak.. Bukan iklan minyak urut, bukan iklan minyak gatal2.. Hahaha.. Ni iklan untuk sahabat2 di laman internet khususnya atau seluruh rakyat Malaysia amnya. kalau luar negara tu belum masanya lagi kot. hu3.. Baiklah, berapa ramai sahabat2 kita yang kenal dengan perkusi? Atau lebih mudah dikenali dengan bahasa omputih, percussion.. Haa.. Mesti ada jugak terpinga-pinga kecuali mereka yg muka skima zaman sekolah dulu iaitu bebudak nasyid sekolah. He3.. Ok, antara contoh item atau instrumen percussion adalah kongga, djembe, yenki, darbuka. Dalam nama2 item tu, ada sub-brand lagi. Jenis kulit ke, genting ke, dan banyak lagilah. Selain perkakas2 besar ni, orang jamming percussion jugak guna 'toys', seperti cowbell, shaker, tambourine, dan beberapa lagi. Irama2 percussion pulak seperti untuk kongga ada antaranya diberi nama tumbao, calypso, inang, afro, dan banyak lagi. Bagi aku jamming percussion ni satu cabang hiburan yg berfaedah la daripada melepak, bersosial lebih2, ini mendatangkan satu kepuasan yg lebih lagi sebenarnya. Bermain percussion sampai peluh2. Haha.Lagipun ciri2 alat muzik percussion ini bertepatan dengan ciri2 yg dibenarkan syarak kerana iainya tidak bertali dan boleh dikatakan jauh juga dari unsur2 melalaikan seperti rock2 tu semua. Sebab bermain percussion ni penuh dengan unsur kelembutan.. cewaahhhh.. he3.. Lastly, yg nak diiklankan adalah khidmat sbg pembimbing percussion. Tgk poster iklan kat bawah:-



Lebih kepada perkongsian. Nak kata side income tu boleh la jugak. Ni servis paling murah kot. Haha..  Anyway, kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor 011-19446546 (Celcom)... Atau nombor yg tertera dalam poster tu. K, wassalam :-) 

Sabtu, April 02, 2011

Kejohanan Tertutup Sepak Takraw UiTM KT

Assalamualaikum.. Dalam kesedihan dan kekecewaan aku tak dapat menyertai Lawatan Pembantu Minggu Destini Siswa (OC) ke Pulau Pinang pada 1 & 2 April 2011, Jumaat ku ini terisi dengan program lain iaitu sebagai urusetia Kejohanan Tertutup Sepak Takraw UiTM KT yg melibatkan 4 pasukan UiTM dan 2 pasukan dari TESDEC, sebuah institut pengajian yang berhampiran dengan UiTM KT ni. Kejohanan ini adalah anjuran pelajar kod subjek HSL115T iaitu subjek sepak takraw 2. Aku baru sepak takraw 1 tapi kena jugak terlibat utk ambil markah. Apa yang dapat dirumuskan, boleh tahan la kejohanan ni. Sebab boleh tengok skil2 permainan 'orang sebenar' sepak takraw ni. Tengok cara permainan manusia di posisi Killar, Feeder, dan Tekong yang dengan gayanya tersendiri. Kelajuan bola dorang takdelah macam aku main ni. Semua laju2 kot. Huhuhu.. Pada kejohanan ini juga aku menimba satu pengalaman baru iaitu menjadi pengadil dalam perlawanan rasmi. Kena kat aku pengadil pukul 11.30 pagi. Lepas tu giliran aku ni jugaklah ada set penentu. 3 set kot tengah2 panas tu. Adoii.. Set ke-3 aku dah x boleh tumpu. kepala dah menggelegak + berdenyut2. hentam saja mata kiraan tu. Huh!


Ni team A UiTM KT. Kira paling gempak la. Tapi syg,
dpt naib johan je. Kalah dgn team dari TESDEC.
Apa2 pun dorang mmg hebat. kalah tipis je kot. hu3
Mereka adalah Dani, Hazim, dan Zamir..
Akhirnya selesai pun. Saje bergambar dengan
hamper team UiTM. Kat tengah tu Bidul,
salah sorg tekong & killer UiTM.

Ni lah urusetia dari sepak takraw 1 (sem 2)

Bersama Encik Hamikhairi.. Siapa dia?
Baca perenggan bawah ni. Hehehe

Encik Hamikhairi ni adalah jurulatih utk subjek HSL115T UiTM KT. Aku nak bergambar dengan dia bukan sebab dia jurulatih aku.. hahaha.. Tapiiiiii, dialah antara manusia yg aku kagumi. Ni lah bekas pemain sepak takraw Malaysia. Sekarang tak pasti dah bersara ke belum. Setahu aku dia bawa nama team takraw Malaysia di sukan sea Laos 2009... Kalau salah statement maaf en Hami.. hu3.. Tapi hari kejohanan ni dia main utk team staf UiTM. 3 kali kot sempat tengok dia lipat. Pusing 360 darjah... perghhh!! tengok tuan sempoi je, humble.. tapi bakat. Huh! Apa2 pun en Hami cakap sepak takraw 1 yg sem ni kena buat kejohanan pulak sem depan. Adoii.. Semoga segalanya berjalan lancar. Wassalam... :-)

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..