بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Isnin, Februari 21, 2011

Kepimpinan??

 Assalamualaikum w.b.t... Jarang sgt aku update blog kebelakangan ni. Maklumlah, masa aku just utk kuliah, study, kelab, & takraw.. hahaha.. apa2 pun ada sedikit masa ni aku rase nak guna utk sesi perkongsianlah. Tentang apa yg didefinisikan dgn 'kepimpinan'.. Sebenarnya aku skrg kat rumah. Lutut ku injured brmain takraw.  Lepas pergi mngurut smlm, aku rase ok sikit..  Sepanjang berada di UiTM ni brmacam ragam manusia yg aku temui. Kebanyakkannya yg aku x pernah jumpa lah sebelum ni. Aku bukan mengkritik, namun berkongsi disebalik luahan. Bak kata pepatah, 'sambil menyelam minum air'. kan? kan? huhu.. Kecewa, terharu, sedih apabila diri aku ni selalu jugaklah dihina, dipandang lekeh, diherdik.. Tapi tak kurang juga yg memuji. Pujian itulah aku jadikan penawar mujarab utk bisa racun semburan kata hina org pada diriku. Bukan riak dgn pujian, tapi dijadikan semangat dlm meneruskan perjuangan. Aku tidak brkuasa menutup mulut siapa2 dlm brkata2. Apa yg boleh dikatakan hanyalah pekakkan telinga, kebalkan hati.. Ramai manusia disekililingku hari ini bercakap seperti dia tahu semuanya.. Sedangkan pd hakikat, mereka buta dan kosong dlm penilaian secara terperinci pd insan ini. Semester lepas, result final exam ku sgt mngecewakan, tapi rezeki Allah masih memberiku status sbg pelajar di menara gading ini.. Mungkin itulah antara balasan Allah di atas apa yg aku usahakan kerana sesungguhnya Dia lah yg maha mengetahui. Apa2 yg aku usahakan di bumi UiTM ini berpaksikan pd yg 1, iaitu Allah s.w.t.. Aku tekad utk tingkatkan prestasi akademik ku. InsyaAllah.. Penubuhan kelab, pengurusan, dan lain2, ada segelintir yg mnganggap itu adalah kepuasanku semata2.. Yg agak keterlaluan, mgkin mnganggap itu sume usahaku utk mndapatkan publisiti shingga melupakan pelajaran. Biarlah! mulut org. Dalam kesibukan aku mnguruskan kelab, pertubuhan, organisasi, tdak pernah aku ponteng kelas kerana kepenatan selepas mngurus semua itu. Malahan, smenjak smester 1, aku cuba hadir kuliah tepat pada waktunya ataupun sebelum lecturer masuk memulakan kuliah. Kerana aku sgt dahagakan waktu. 24jam sehari, 7 hari sminggu bagaikan tidak ckup bagiku. Aku cuba manfaatkan sesuatu dlm setiap detik kehidupan ini. Apa yg ku harapkan, dgn kepadatan masa ini, aku trhindar dari perkara yg sia2 sperti maksiat, dan dosa2 lain. Nauzubillah... Mereka di luar sana senang bercakap tentang pengurusan atau kpimmpinan, namun tiada kondusi yg berubah hasil gerak kerja mereka. Igt lah, 'kepimpinan itu bukan dgn lisan, tapi kerahan tenaga serta pengorbanan masa dan harta'. Kerana itu, dlm konsep kepimpinan ini, aku tidak suka banyak berbicara, namun lebih fokus kpd perlaksanaan. Mereka boleh merancang, namun bukan lisan yg mghasilkan. Teringat aku pd pesan ayah, 'jangan berasa kita sudah mnjadi pemimpin tanpa pngorbanan 3 perkara iaitu TENAGA, MASA, & HARTA'.. Mungkin ramai tidak sedar bahawa lisan itu teramat jauh lagi dgn perkara yg pertama iaitu tenaga. Sesiapa shaja boleh brcakap, namun siapa sanggup mengerahkan tenaga mngorbankan masa tidurnya, masa sosialnya, masa keseronokkannya demi melaksanakan sesuatu yg dikira 'tanggungjawab' ini. Jawatan yg aku pegang hari ini adalah pengerusi surau, timbalan yg dipertua Kelab Minda Islam, dan setiausaha pertubuhan seni dikir barat di uitm ini. Kesemua ini tidak ku pinta kerana sedarkan kekurangan diri. Namun ku kira ini adalah tanggungjawab daripada Allah utk dilaksanakan semata2 kerana agamaNya. Walaubagaimanapun kpd sesiapa yg merasakan dirinya lebih brsedia memikul tanggungjawab ini, aku sedia berundur dgn syarat si dia itu mesti bekerja dgn kerahan keringat, bukan lisan seperti yg aku sebutkan tadi. Kebaikan yg aku perolehi disebalik jawatan ini semua hari ini adalah menyedarkan aku utk sentiasa memperbaiki diri agar tidak orang melihat aku sbg seorang pemimpin yg jahil dgn jawatannya. Dalam kita menganalisis keperibadian org, tidak wjar kita mengagungkan pepatah barat iaitu,'don't judge a book by its cover' kerana Islam menyebut, 'penampilan melambangkan keperibadian'. Jika kita memandang remeh isu luaran, ianya akan melarat ke dlm hati. Sesuatu yg mungkar di sisi Allah, akan tidak terlihat oleh kita kerana sikap yg memandang remeh trhadap hukum agama itu. :-)  


Pertubuhan Seni Dikir Barat UiTM KT

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..