بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Rabu, November 16, 2011

Bertemu kembali di blog..

Assalamualaikum kawan2 semua.. Teramat lama tak update. Sibuk sangat2 dengan ujian yang semakin hari semakin mencabar. Alhamdulillah diri ini masih sihat untuk mencoret di laman yg tidak seberapa kepunyaan insan yg tak seberapa ini.. Terima kasih Allah. Terima kasih juga buat kawan2 yg setia menjenguk dan tolong tengok2 kan blog saya kebelakangan ini. Tungguuuuu.. banyak hendak diupdate.. Hmm.. :-)

Isnin, April 11, 2011

Kemahiran Insaniah Part2 UiTM KT

Assalamualaikum w.b.t.. Syukur pada Allah.. Masih diberi kesempatan untuk terus menulis diblog ini sebagai wadah perkongsian sesama mukmin sejati. Amin.. Kali ini cerita lagi menarik yg ingin dikongsikan. Iaitu program wajib kolej Kerawang utk pelajar semester 2 UiTM KT. Pengisian yg cukup menarik. Thumbs up buat penganjur dan yg memberikan idea ini. Program ini dinamakan kemahiran insaniah dimana sukatannya diluar daripada sesi akademik dan tertumpu kepada aktiviti insaniah ataupun pembangunan pelajar. Kemahiran insaniah ini telah diadakan 2 hari yg lalu iaitu pada 9 April 2011. Pengisian program tersebut adalah mula2 pelajar berjalan kaki dari kolej kerawang ke Pantai Pandak cendering ni. Dalam 5-7 km kot ataupun 1 jam berjalan kaki untuk Amir Sauti.. Hahaha.. Walaupun keadaan hujan renyai2, program tetap diteruskan. Memang best. Aku pun dah lama x main hujan. Dengan kawan2 plak tu. 300 orang lebih kot. Hu3.. Perjalanan bermula pada pukul 2.30 petang. Setengah jam lewat dari jadual asal.

Mengepalai bacaan doa memulakan
perjalanan. Doa jauh dari bala.
Best jalan kaki macam ni kan? Ramai2.. Bila lagi nak dapat
pluang sebegini. Hu3
  Sampai di Pantai Pandak, setiap pelajar yg telah dibahagikan mengikut kumpulan ini diarahkan membina istana pasir bertemakan 'radioaktif'.. Aku pun x paham sebenarnya. Tapi mujur aku fasi je hari tu. Tak sepenat yg lain kot. Hehe.. Macam2 istana aku jumpa.. hu3

Lawa kan? Kreatif je bdk2 UiTM KT ni. Hu3

Amboi.. Segar tumbuhan di kawasan radioaktif ni. haha
Selesai acara membina istana pasir, bersiaplah kami utk solat asar berjemaah. Kat surau ke? taklah.. di atas pasir pantai pandak tu lah. Haa.. Ini yg menariknya. Banyak kelebihan bila solat begitu. Jangan risau. Ketiga2 unsur yg terdapat masa solat tu iaitu pasir, air laut, dan peluh, semuanya sah dibawa solat. Pelajar2 perlu diberi pendedahan sebegini utk mereka rasai bagaimana rasanya solat dalam keadaan menjaga hubungan manusia dengan alam seperti yg diajar Islam. "Bersyukur tentang solat Asar itu kerana kita kembali sketika kpd zaman solat anbiya'... Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dan ketika itu telah pun masuk waktu Asar. Nabi Yunus bersyukur, lalu menunaikan solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama – Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua – Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga – Kelam dengan malam.
Rakaat keempat – Kelam dengan perut ikan Nun."


Peluang sebegini diharapkan dapat buat lagi masa akan
datang.

Para jemaah muslimah
Walaupun ada yg membantah dengan tindakan penganjur yg mahu semua mendirikan solat di tepi pantai begitu, namun itu bukanlah suatu isu hangat yg wajar dibangkitkan. Mereka masih perlu belajar banyak perkara. Islam ini bukan suatu agama yg menuntut penganutnya hanya solat di dalam masjid yg gah dgn econ, carpet, tapi di mana2 sahaja sebagaimana kita yakin Allah itu sentiasa bersama kita. Jika ada non-muslim yg melihat kami bersolat di tepi pantai masa itu, adalah menjadi kebanggaan buat kita sepatutnya kerana kita membuktikan ibadah wajib (solat) kita pada Allah tidak terhad pada suatu tempat sahaja, bahkan di mana2. Dan ianya solat yg sah mengikut syarak. Alhamdulliah. Aku pernah melihat solat sebegini dalam satu program yg dianjurkan oleh PEMIKIR di Pantai Seberang Takir pada Disember 2010.


Puan Shida selaku warden kolej memberi sepatah dua kata
sebelum bertolak pulang.
 InsyaAllah, jumpa lagi di kemahiran Insaniah part 3 di semester depan.. Wassalam :-)

Ahad, April 10, 2011

Ekspedisi Khalifah Siri 1.. KMI UiTM KT.

Salam sejahtera. Alhamdulillah. Masih diberi kekuatan oleh Allah s.w.t utk terus meng'update' blog ini. Hehe.. kali ni nak cerita pasal benda yg agak seronok. Ekspedisi khalifah? haa.. Inilah satu2nya program yg berunsur luaran atau melibatkan kekuatan fizikal yg dianjurkan oleh Kelab Minda Islam UiTM KT. Biasanya kitorang buat ceramah je. Program kali ini membuktikan bahawa kehidupan Islamic tidak sempit, tidak terlalu tertutup. Lokasi utk siri pertama ni adalah Bukit Cendering. Belakang kampus ni je. Okla tu sebagai permulaan. Pengarah program, Aziezul Haqiem. Biro Tugas2 Khas dan Sukan KMI. Bertolak seawal 8.30 pagi. Mula2 aku kena jaga check point 1. Sesi takruf la lebih kurang, Lepas tu ntah macam mana awal2 lagi aku tinggal check point tu utk sama2 ikut group 1 naik bukit. Ya Allah, hampir 3 tahun aku tinggalkan dunia lasak ni. Last zaman2 aktif Pengakap dulu. Tapi syukur, walaupun sempot giler, sampai jugak aku akhirnya.. Hahaha... Masa naik bukit ni, peserta dinasihatkan agar betulkan niat. Bukan utk tunjuk siapa hebat, bukan utk uji ketahanan fizikal kita, tapi utk sama2 melihat dan menghayati keindahan alam semula jadi ciptaan Ilahi.. :-)

Di puncak Bukit Cendering... hu3
Berhenti rehat kat checkpoint 4...
Ada anak sungai.. hehe.. Mana ibunya?
Semua gambar aku sorang je laki. Mana yg lain? haih... 
Alhamdulillah... Turun bukit dapat nasik.
Ayam tumis kot. Dah tak sempat nak basuh
tepung, bedal nasik dlu. hu3
Part last sebelum balik, aku dilempar tepung oleh fasi lain.. Argh!! habis satu badan. Tapi memang best.. Masa riadah kena sporting semua. Baru enjoy! hehe.. Nantikan Ekspedisi Khalifah siri 2 dan seterusnya dilokasi yg lebih mencabar. InsyaAllah... :-)

Malam Penghayatan Bumi Palestin UiTM KT

Assalamualaikum... Alhamdulillah, masih igt kah para followers blog ini tentang penubuhan pasukan dikir barat UiTM KT? Haa.. Kini mauk semester kedua penubuhan kelabnya. Dan akhirnya kelab ini berjaya mengadakan satu aktiviti yg boleh kata grand la jugak dgn kehadiran 400 orang pelajar UiTM KT. Perancangan awal adalah ingin mengadakan malam kebudayaan 1Kampus 1Keluarga pada 6 April 2011. Namun oleh kerana perintah berkabung selama 40 hari di atas kemangkatan bonda Yang Dipertuan Agong, program tersebut terpaksa ditukar kepada suatu program lain yg berunsur peringatan. Bajet dah dapat ni, takkan nak postpone kot? huhu... Agak lama memikirkan program yg ingin digantikan dgn malam kebudayaan ni. Akhirnya aku teringat pada seorang sahabat iaitu saudara Mus'ab Bin Muzahar yg kini adalah YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Saudara Mus'ab ini adalah salah salah seorang aktivis Aqsa Syarif iaitu sebuah NGO yg menjalankan kempen selamatkan bumi Palestin. lalu aku hubungi beliau utk bertanyakan sedikit maklumat dan cara2 bagi mendapatkan perkhidmatan Aqsa Syarif bagi menjalankan kempen dalam kawasan kampus UiTM KT ni. Alhamdulillah, segala proses perancangan berjalan lancar. Malam tersebut juga aku minta Aqsa Syarif sediakan seorang penceramah. Lalu mereka memperkenalkan Ustaz Munawwar Mohamad. Tidak seperti dijangkakan, awal2 aku just provide kerusi 100 biji. Tapi manusia yg datang hampir 400 org lebih semuanya.. Allahuakhbar.. Begitu mulia hati pelajar2 ini. Yang mengambil peduli tentang saudara2 seIslam di bumi anbiya' sana, iaitu Palestin. Pengarah program kali ni kawan baik aku, Ariff Akram bin Sidek. hu3..


Ni antara orang kuat la. Shafiq & Daniel.
Aku selalu tertukar 2 orang ni. hu3
Pelajar yg memenuhi dewan. Tapi mcm biasa, siswi yg
mendominasi.. huhuhu

Para jawatankuasa yg menjayakan program.
Bergambar bersama wakil Aqsa Syarif selepas program.
Tengah: Encik Asmadi dan hanafi.
 Syukur pd Allah s.w.t... Segalanya berjalan lancar. Semoga bumi UiTM KT terus dirahmati-Nya.. :-)

Rabu, April 06, 2011

Siapa berminat untuk bermain PERKUSI / PERCUSSION?

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Harap sihat2 la utk pembaca blog hamba ni.. Untuk post kali ni aku nak buat iklan pulak.. Bukan iklan minyak urut, bukan iklan minyak gatal2.. Hahaha.. Ni iklan untuk sahabat2 di laman internet khususnya atau seluruh rakyat Malaysia amnya. kalau luar negara tu belum masanya lagi kot. hu3.. Baiklah, berapa ramai sahabat2 kita yang kenal dengan perkusi? Atau lebih mudah dikenali dengan bahasa omputih, percussion.. Haa.. Mesti ada jugak terpinga-pinga kecuali mereka yg muka skima zaman sekolah dulu iaitu bebudak nasyid sekolah. He3.. Ok, antara contoh item atau instrumen percussion adalah kongga, djembe, yenki, darbuka. Dalam nama2 item tu, ada sub-brand lagi. Jenis kulit ke, genting ke, dan banyak lagilah. Selain perkakas2 besar ni, orang jamming percussion jugak guna 'toys', seperti cowbell, shaker, tambourine, dan beberapa lagi. Irama2 percussion pulak seperti untuk kongga ada antaranya diberi nama tumbao, calypso, inang, afro, dan banyak lagi. Bagi aku jamming percussion ni satu cabang hiburan yg berfaedah la daripada melepak, bersosial lebih2, ini mendatangkan satu kepuasan yg lebih lagi sebenarnya. Bermain percussion sampai peluh2. Haha.Lagipun ciri2 alat muzik percussion ini bertepatan dengan ciri2 yg dibenarkan syarak kerana iainya tidak bertali dan boleh dikatakan jauh juga dari unsur2 melalaikan seperti rock2 tu semua. Sebab bermain percussion ni penuh dengan unsur kelembutan.. cewaahhhh.. he3.. Lastly, yg nak diiklankan adalah khidmat sbg pembimbing percussion. Tgk poster iklan kat bawah:-



Lebih kepada perkongsian. Nak kata side income tu boleh la jugak. Ni servis paling murah kot. Haha..  Anyway, kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor 011-19446546 (Celcom)... Atau nombor yg tertera dalam poster tu. K, wassalam :-) 

Sabtu, April 02, 2011

Kejohanan Tertutup Sepak Takraw UiTM KT

Assalamualaikum.. Dalam kesedihan dan kekecewaan aku tak dapat menyertai Lawatan Pembantu Minggu Destini Siswa (OC) ke Pulau Pinang pada 1 & 2 April 2011, Jumaat ku ini terisi dengan program lain iaitu sebagai urusetia Kejohanan Tertutup Sepak Takraw UiTM KT yg melibatkan 4 pasukan UiTM dan 2 pasukan dari TESDEC, sebuah institut pengajian yang berhampiran dengan UiTM KT ni. Kejohanan ini adalah anjuran pelajar kod subjek HSL115T iaitu subjek sepak takraw 2. Aku baru sepak takraw 1 tapi kena jugak terlibat utk ambil markah. Apa yang dapat dirumuskan, boleh tahan la kejohanan ni. Sebab boleh tengok skil2 permainan 'orang sebenar' sepak takraw ni. Tengok cara permainan manusia di posisi Killar, Feeder, dan Tekong yang dengan gayanya tersendiri. Kelajuan bola dorang takdelah macam aku main ni. Semua laju2 kot. Huhuhu.. Pada kejohanan ini juga aku menimba satu pengalaman baru iaitu menjadi pengadil dalam perlawanan rasmi. Kena kat aku pengadil pukul 11.30 pagi. Lepas tu giliran aku ni jugaklah ada set penentu. 3 set kot tengah2 panas tu. Adoii.. Set ke-3 aku dah x boleh tumpu. kepala dah menggelegak + berdenyut2. hentam saja mata kiraan tu. Huh!


Ni team A UiTM KT. Kira paling gempak la. Tapi syg,
dpt naib johan je. Kalah dgn team dari TESDEC.
Apa2 pun dorang mmg hebat. kalah tipis je kot. hu3
Mereka adalah Dani, Hazim, dan Zamir..
Akhirnya selesai pun. Saje bergambar dengan
hamper team UiTM. Kat tengah tu Bidul,
salah sorg tekong & killer UiTM.

Ni lah urusetia dari sepak takraw 1 (sem 2)

Bersama Encik Hamikhairi.. Siapa dia?
Baca perenggan bawah ni. Hehehe

Encik Hamikhairi ni adalah jurulatih utk subjek HSL115T UiTM KT. Aku nak bergambar dengan dia bukan sebab dia jurulatih aku.. hahaha.. Tapiiiiii, dialah antara manusia yg aku kagumi. Ni lah bekas pemain sepak takraw Malaysia. Sekarang tak pasti dah bersara ke belum. Setahu aku dia bawa nama team takraw Malaysia di sukan sea Laos 2009... Kalau salah statement maaf en Hami.. hu3.. Tapi hari kejohanan ni dia main utk team staf UiTM. 3 kali kot sempat tengok dia lipat. Pusing 360 darjah... perghhh!! tengok tuan sempoi je, humble.. tapi bakat. Huh! Apa2 pun en Hami cakap sepak takraw 1 yg sem ni kena buat kejohanan pulak sem depan. Adoii.. Semoga segalanya berjalan lancar. Wassalam... :-)

Rabu, Mac 30, 2011

BM1112C Ke Sekayu..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah. Walaupun sudah hampir 3 minggu ianya  berlalu, namun masih mekar di hati ini kegembiraannya dan teringin nak kongsi dengan follower blog ku yg tak seberapa ini. Cewahhh!!!.. hehe.. Post kali ni pasal barbeku kelas business studied ku yg kat UiTM ni. Kalau semester lepas kami ke pantai Tok Jembal yang berada betul2 di belakang UMT, tapi semester ni dari pantai beralih ke daratan iaitu di pusat air terjun Sekayu. SubhanaAllah. Best sgt2 ke tempat sebegitu. Sudah lama ku nantikan saat ke tempat ada air terjun ni sbb aku jarang boleh dapat peluang ni. Maklumlah, rumah kat kawasan pantai, masuk tadika pun pinggir laut, duk sekolah rendah pun boleh rasa lagi angin laut, masuk sekolah menengah dekat kawasan perlabuhan kapal (Kuala Besut), dan hari ni melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti pun kawasan pantai juga. Last sekali pergi Sekayu masa perkhemahan Pengakap peringkat negeri Terengganu tahun 2003 dulu. Darjah 5. Lama kot. Adoii.. Bila aku nak berada dekat2 kawasan air terjun ni? huhuhu... Harap2 rumah mentua la nanti dekat kawasan begitu. Cewaahhh... hehehe... Rombongan kami semester ni tak ramai sangat. Namun berbaloi lah. Dalam 20 orang lebih kot. Upss!!! lupa, kejadian berlaku pada 12 Mac 2011 iaitu hari Sabtu. Semester lepas aku bawak Toyota Unser ayah, semester ni mujur dapat kereta Proton Saga kak long yg tak sampai lagi 4 bulan. hehe.. Kami bertolak pukul 8 pagi lebih2 kot dari kampus, dan sampai di sana dalam pukul  10.30 pagi tak silapnya. Tak lewat sgt, tak awal sgt. Walaupun suasana hujat lebat di pertengahan perjalanan, aku dan kawan2 ni bertekad jugak nak pergi. Aku sendiri pun mmg dah tak sabar2 kot nak terjun dalam air sungai Sekayu yg sgt2 sejuk tuh. Huhu... Tambahan menu utk barbeku hari tu mmg top! Ayam bakar, bihun, keropok, dan byk lagi lah makanan2 ringan.

Bestnyerrrr!!!!.... hu3

Pentingnya bagi aku jamuan semester ni. Sebab ni lah.
Merapatkan ukhuwah sesama kami.
(p/s: Geli aku tgk faiz. hahaha..)

Ni acara wajib lah! huhuhu

Hanya Allah sahaja yg mengetahui lukisan hati ini bila dapat peluang sebegini. Syukur pada-Mu ya Allah mengurniakan kami saat kebahgiaan ber'ukhuwah' sebegini. Rugi siapa2 tak pergi hari tu taw. Hu3.. Kami bertolak balik dalam pukul 3 ptg rasanya. Tapi tak terus balik lah. Ada makan lagi kat rumah Nor. Fuhhh!! kali ni lagi gempak makanan2. Mak dia masak ayam tumis+ayam gulai+ikan goreng+ lauk2 lain lah. Walaupun dah makan banyak kat Sekayu, aku tetap tambah nasi lagi kot. Dalam 2 jam juga kat rumah dia. Lepas nasi, mak dia hidang lagi kuih2 pencuci mulut. Tapi tak rasa mcm pencuci mulut, pemberat perut kot.Banyak sgt. Lepas keropok lekor, ketupat, lepas tu ada lagi kuih apa ntah. Lupa nama.. hehe...
Kat rumah Nor

Siap.. Tangan kanan sudah di basuh.
Perang nafsu akan bermula.. hehe

Desert lagi?? huhuhu

Keseluruhannya memang best. Teringin nak pergi lagi. Suasana persekitaran air terjun ni sangat nyaman, menyegarkan. Memang kalau ada peluang, aku tak kan lepaskan. Boleh hilang stres ni. Tapi ingatlah, tempat2 begitu utk riadah, bukan melakukan maksiat macam kita biasa tengok muda-mudi ke tempat macam tu.Ingat tu ye kawan-kawan. :-)

Bajet dikelilingi wanita aku nih. huhuhu
(tengok sera)

The end at SEKAYU...

Moga semester akan datang ada lagi program sebegini.. :-)
Ukhuwah fillah abadan abada.. Wassalam...

Ahad, Mac 06, 2011

Kem Kepimpinan KMI 2011

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Syukur2!! Terima kasih Allah.. 3 hari 2 malam aku di Angullia utk Kem Kepimpinan Kelab Minda Islam UiTM KT. Banyak pengisian yg bermanfaat aku kira diperolehi... Kem ini dikendalikan oleh Bimbingan ILMAM Consultant.. Best sgt. Fasilitatornya yg aku kira sporting, open, tapi penuh waspada. Maklumlah, kem ini kem Islamic. Slot2 nya juga tidak membosankan. Dengan celoteh ustaz yang agak nakal, membuatkan para peserta tidak mengantuk. Aku yakin dan percaya, mereka ini bukan calang2 insan. Yg buat aku bangga, ada fasi yg menjawab telefon dlm bahasa Arab.. Bahasa Al-Quran tuh. Kalau lah aku sepetah itu bercakap Arab, MashaAllah.... Sangat mudah lah utk ku memahami kandungan Quran seterusnya dapat beramal dgn lebih tepat. Kem sebigini ku harapkan dapat diteruskan setiap tahun dlm KMI UiTM KT.

Nak check in chalet nih.. Alhamdulillah.. Agak selesa.. hehe

Kemudahan dewan penyaman udara. Demi keselesaan para peserta.

Ustaz Fakhrul Azizi.. Penasihat KMI.

Ustaz Muhamad Ridhwan Mahmud. Antara moderator ILMAM Consultant.
Aktivi yg dijalankan sgt menarik. Bermula dgn sesi muhasabah diri oleh ustaz Fakhrul sendiri, kemudian pecahan kumpulan sebelum slot 'ice breaking' yg mana aktiviti2 sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pemimpin KMI sendiri selain saling mengenali. Tidak diakui, aku sendiri sbg Timb. YDP KMI tidak mengenali semua ajk2 di bawah biro ini. Bukan tidak turun padang melihat mereka bekerja. Mungkin kerana terlalu ramai. Itulah anugerah Allah. Apabila kita ikhlas ingin menghidupkan agama-Nya, ramai hati2 yg terbuka utk turut sama membantu.

Detik manis ku menjaringkan gol ketika aktiviti riadah.
Sukan juga salah satu ibadah. Ya Allah, gembiranya... 

Slot debat mempertahankan pendirian masing2.. Best.. terhibur..
Abg Long di sisi.. salah seorang fasi. Sempoi la Abg Long.. hu3

Para muslimat ria... hepi.. gembira utk ke pantai. 
Slot yg biasa dilihat dlm kem kepimpinan.. Kuliah Maghrib.
Begitu tekun mendengar. ye ke? hehehe :-) 
Agak mengejutkan, kem ini dikunjungi oleh TP HEP UiTM induk kami dari Dungun iaitu En. Azahari. Beliau kebetulan ada urusan rasmi lain di Angullia, turut mencari kesempatan bersama kami bagi sesi soal jawab. Agak professional tindakan beliau. Mencari pelajar sebelum beliau dicari bagi permasalahan para pelajar.

En Azahari diiringi YDP KMI, saudara Muhaimi.
Kak Biha, Kak Suria, & Fatin..
Hidup aku mcm tak lengkap kalau tak khianat 3 org ni dlm 1 hari.
Hahaha... :-)

Bagaimanapun, pada hari terakhir aku x dapat mghadiri beberapa slot kerana terpaksa ke Besut utk bersama Ustaz Nizam dlm majlis ceramah motivasi di SMK Tg Mahmud utk pelajar2 PMR, SPM, & STPM.Satu pengalaman yg cukup manis bagi ku. Namun, aku hadir semula ke Angullia pd sebelah petangnya utk sesi penutup. Agak kepenatan. Bukan agak, tapi sangat kepenatan. Berulang dari Kuala Terengganu ke Besut dlm masa kurang 12 jam.. huhuhu.. Syukur sekali lagi ingin diluahkan kerana diri ini berpeluang menyertai Kem Kepimpinan KMI UiTM KT 2011.. Harapan ku agar para MT, Biro2, dan ajk bawah biro dapat mengaplikasi corak kepimpinan yg didedahkan dlm kem ini di UiTM KT agar makin melebar aura Islam di kampus kita. InsyaAllah...

Banyak yg aku tempuhi. Moga semua ini bermanfaat dlm hidup ku
dan sentiasa diredhai-Mu ya Allah...
Wassalam... :-)

Isnin, Februari 21, 2011

Kepimpinan??

 Assalamualaikum w.b.t... Jarang sgt aku update blog kebelakangan ni. Maklumlah, masa aku just utk kuliah, study, kelab, & takraw.. hahaha.. apa2 pun ada sedikit masa ni aku rase nak guna utk sesi perkongsianlah. Tentang apa yg didefinisikan dgn 'kepimpinan'.. Sebenarnya aku skrg kat rumah. Lutut ku injured brmain takraw.  Lepas pergi mngurut smlm, aku rase ok sikit..  Sepanjang berada di UiTM ni brmacam ragam manusia yg aku temui. Kebanyakkannya yg aku x pernah jumpa lah sebelum ni. Aku bukan mengkritik, namun berkongsi disebalik luahan. Bak kata pepatah, 'sambil menyelam minum air'. kan? kan? huhu.. Kecewa, terharu, sedih apabila diri aku ni selalu jugaklah dihina, dipandang lekeh, diherdik.. Tapi tak kurang juga yg memuji. Pujian itulah aku jadikan penawar mujarab utk bisa racun semburan kata hina org pada diriku. Bukan riak dgn pujian, tapi dijadikan semangat dlm meneruskan perjuangan. Aku tidak brkuasa menutup mulut siapa2 dlm brkata2. Apa yg boleh dikatakan hanyalah pekakkan telinga, kebalkan hati.. Ramai manusia disekililingku hari ini bercakap seperti dia tahu semuanya.. Sedangkan pd hakikat, mereka buta dan kosong dlm penilaian secara terperinci pd insan ini. Semester lepas, result final exam ku sgt mngecewakan, tapi rezeki Allah masih memberiku status sbg pelajar di menara gading ini.. Mungkin itulah antara balasan Allah di atas apa yg aku usahakan kerana sesungguhnya Dia lah yg maha mengetahui. Apa2 yg aku usahakan di bumi UiTM ini berpaksikan pd yg 1, iaitu Allah s.w.t.. Aku tekad utk tingkatkan prestasi akademik ku. InsyaAllah.. Penubuhan kelab, pengurusan, dan lain2, ada segelintir yg mnganggap itu adalah kepuasanku semata2.. Yg agak keterlaluan, mgkin mnganggap itu sume usahaku utk mndapatkan publisiti shingga melupakan pelajaran. Biarlah! mulut org. Dalam kesibukan aku mnguruskan kelab, pertubuhan, organisasi, tdak pernah aku ponteng kelas kerana kepenatan selepas mngurus semua itu. Malahan, smenjak smester 1, aku cuba hadir kuliah tepat pada waktunya ataupun sebelum lecturer masuk memulakan kuliah. Kerana aku sgt dahagakan waktu. 24jam sehari, 7 hari sminggu bagaikan tidak ckup bagiku. Aku cuba manfaatkan sesuatu dlm setiap detik kehidupan ini. Apa yg ku harapkan, dgn kepadatan masa ini, aku trhindar dari perkara yg sia2 sperti maksiat, dan dosa2 lain. Nauzubillah... Mereka di luar sana senang bercakap tentang pengurusan atau kpimmpinan, namun tiada kondusi yg berubah hasil gerak kerja mereka. Igt lah, 'kepimpinan itu bukan dgn lisan, tapi kerahan tenaga serta pengorbanan masa dan harta'. Kerana itu, dlm konsep kepimpinan ini, aku tidak suka banyak berbicara, namun lebih fokus kpd perlaksanaan. Mereka boleh merancang, namun bukan lisan yg mghasilkan. Teringat aku pd pesan ayah, 'jangan berasa kita sudah mnjadi pemimpin tanpa pngorbanan 3 perkara iaitu TENAGA, MASA, & HARTA'.. Mungkin ramai tidak sedar bahawa lisan itu teramat jauh lagi dgn perkara yg pertama iaitu tenaga. Sesiapa shaja boleh brcakap, namun siapa sanggup mengerahkan tenaga mngorbankan masa tidurnya, masa sosialnya, masa keseronokkannya demi melaksanakan sesuatu yg dikira 'tanggungjawab' ini. Jawatan yg aku pegang hari ini adalah pengerusi surau, timbalan yg dipertua Kelab Minda Islam, dan setiausaha pertubuhan seni dikir barat di uitm ini. Kesemua ini tidak ku pinta kerana sedarkan kekurangan diri. Namun ku kira ini adalah tanggungjawab daripada Allah utk dilaksanakan semata2 kerana agamaNya. Walaubagaimanapun kpd sesiapa yg merasakan dirinya lebih brsedia memikul tanggungjawab ini, aku sedia berundur dgn syarat si dia itu mesti bekerja dgn kerahan keringat, bukan lisan seperti yg aku sebutkan tadi. Kebaikan yg aku perolehi disebalik jawatan ini semua hari ini adalah menyedarkan aku utk sentiasa memperbaiki diri agar tidak orang melihat aku sbg seorang pemimpin yg jahil dgn jawatannya. Dalam kita menganalisis keperibadian org, tidak wjar kita mengagungkan pepatah barat iaitu,'don't judge a book by its cover' kerana Islam menyebut, 'penampilan melambangkan keperibadian'. Jika kita memandang remeh isu luaran, ianya akan melarat ke dlm hati. Sesuatu yg mungkar di sisi Allah, akan tidak terlihat oleh kita kerana sikap yg memandang remeh trhadap hukum agama itu. :-)  


Pertubuhan Seni Dikir Barat UiTM KT

Ahad, Januari 30, 2011

Penutup 2010, Sebagai OC Minggu Destini Siwa UiTMKT

 Assalamualaikum.. Allahuakbar. Maaf buat semua follower blog ni. Apa kabor kawan2? hehe.. Dah lebih sbulan blog ini tak di update. Memang betol2 sbuk. nanti aku update satu persatu. Skrg dh nk bulan 2 2011, p bru nak citer sal penutup 2010. haha.. ntah pape. Dalam cuti sem bulan 12 2010, aku mnerima pnggilan dari en Azrol salah seorang staf HEP UiTM KT. Agak trkejut prtnyaan beliau iaitu, 'Amir, awok buleh jdi OC (pembantu orientasi la lebih kurang) utk intake ni? Ke ade kije lain doh?'.. aku senyap 3 saat. Lalu dgn excitednye aku jwab, 'bereh!!!!'.. haha.. suke woo.. cuti yg membosankan mse tu terisi jugak. en Azrol pun suruh aku masuk kolej pada 21/12/2010 sbelum bertolak ke Anggulia Beach resort keesokannya. Anggulia lagi?? klau anda perasan, genap sebulan sebelum tu aku dh ke resort tu. Tgk post kat bawah sikit. Kem patriotik tu. Kat Anggulia la. Tp xpelah, janji jadi OC. huhu.. Kat Anggulia tu aku duk 3 hari 2 malam bersama dengan OC2 UiTM Dungun jugak. Habis persediaan tu, balik kolej semula lakukan persiapan. Packing dokumen2 utk bagi kat pelajar baru nanti. MDS kali ni agak panjang iaitu selama 7 hari. Tp agak best sbab MDS kali ni lain berbanding zaman aku dan sebelumnya. Ini kerana oc2 xde nak marah2. Apa2 hal slow talk dgn dorang. Yeah!!! itu lah sepatutnya. Kerana marah2 ni meninggalkan kesan negatif sperti junior dendam dgn senior, sukar utk menjalinkan ukhuwah, dan byk lagi lah. Orang akan hrmat kita apabila kita menampakkan penghormatan kita pada mereka.. So aku kira 7 hari MDS tu lancar. Pelajar baru ni mula patah tengkok apabila dgr ceramah. hahaha.. same la mase aku dlm MDS dulu pun. Tp bestnye MDS kali ni ada sukaneka.. huhuhu. Slot sukaneka tu sgt bermakna bagi semua oc dan pelajar baru. Kami same2 enjoy dalam lumpur tgh pdang.. haha.. Alamak! terlupa.. Setiap oc MDS ni ada nama panggilannya tersendiri tidak menggunakan nama sebenar. Apa nama aku erk? Dalam MDS ni aku guna nama ABANG NEMO selaku biro kerohanian.. Sebab apa? sbb aku perasan cute mcm nemo. hak3.. xde lah. Sebab aku suke tgk nemo.. Comel.. :-)

MDS ni sgt bermakne kerana telah buat aku rapat dgn akak2 & abg2 senior cam kaknik, kak mun, kak siti, angoh, kacak, & ramai lagi lah. mmg best giler. Tp belum sempat MDS kami terpakse berpisah dgn angoh dan kaknik sebab mereka kena lapor diri utk praktikal kat tmpat masing2.. rindu dorang. huhuhu.. Angoh, mung keje sgt professional. hehe..

Inilah aku, abg nemo.. biro kerohanian.
Sesuai ke? Err.. hahaha
Barisan oc.. posing sebelum post mortem. hehe
Kalau nak kenal.. Belah kiri ni Sayyid pengarah, dan
 Angah Timb. pengarah. Dorang same2 masuk air.
Kak ain dgn Kacak kat belakang tu pun nak msuk jgk.
huhuhu....
Barisan oc siswi, kcuali wadi yg sesat kat belakang tu.
Eh, budak tu pun ade? suke3..
hahaha.. ngade2 aku nih.
Padan muke.. hahahaha
Sukaneka.. Best. huhuhu
 Ikutkan hati nak upload byk lagi gmbar. Tapi blog aku ni aku create bukan utk MDS saje. Hahaha.. MDS ni aku bukan enjoy2 je. Byk yg aku blaja.. Nak handle program, nak meeting, buat post mortem, dan byk lagi lah tntang pngurusan. Buat pelajar UiTM KT, isi lah borang utk jadi oc. Daripada lepak je cuti sem tu, baik cri smething yg brfaedah ni. Sekian dulu, wassalam... :-)

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..