بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Rabu, Disember 22, 2010

Sebagai pembimbing pemain perkusi Soutul Fida'iy, Kemaman

Assalamualaikum... Alhamdulillah. 18 Dis 2010 aku telah mula menamatkan cuti semester aku dengan agenda pertama iaitu memenuhi undangan saudara Syamil selaku jurulatih pasukan nasyid dari SMK Binjai, Kemaman utk memberi sedikit tunjuk ajar kepada pemain perkusi (percussion) pasukannya itu. Saudara Syamil mencadangkan kpd ku utk hadir pada 19 & 20 Dis, namun aku tiba di Kemaman sehari lebih awal iaitu malam 18 hb kerana sesi 19 hb itu akan ku mulakan pd waktu pagi. Tempat penginapanku smestinya rumah beliau. Ini kali ke-2 aku menjejakkan kaki ke rumahnya. Pertama kali semasa Nasyid Camp anjuran saudara Syamil ini sendiri pada Jun lalu. Menginap di rumah beliau 1 kepuasan bagi ku. Rumah bersaiz sederhana, namun cantik indah tersusun hiasan dalamannya. Alhamdulillah.. Hari pertama, aku meredah hujan renyai2 ke SMK Binjai bersama saudara Syamil dgn motosikal beliau. Hari pertama itu, Soutul Fida'iy turut menerima kehadiran pasukan nasyid luar iaitu Cahaya Hati yg dibimbing oleh Ustaz Roslan Darus namanya... Kami sama2 memulakan latihan sehingga tengahari. Sebelah petangnya dirancang hanya bersama Soutul Fida'iy, namun kami tidak dapat meneruskan latihan seperti biasa kerana hujan lebat menyebabkan ahli Soutul Fida'iy ramai yg tak dapat hadir.. Ooo, hampir terlupa. Sebenarnya latihan nasyid kali ini adalah sebagai persediaan Soutul Fida'iy ke pertandingan nasyid anjuran Rakan Muda Kemaman pada 31 Dis 2010 ini sempena sambutan tahun baru. Latihan diteruskan sehingga malam iaitu pukul 11.40 malam. Petang itu juga sebenarnya aku telah dibawa oleh saudara Syamil, Syafiq, & Ismadi ke pantai peranginan tersohor di sebelah pantai timur ini iaitu pantai Cherating yg terletak hanya kira2 setengah jam dari Binjai. Sempat menonton aksi 'surfing'.. Best jgk layan. baru ku tahu di Malaysia ni pun ada juga org main benda tu. hehehe :-)

Kenangan di  Pantai Cherating
Tengok orang surfing!!! huhuhu...

Hari kedua iaitu 20hb, latihan bermula sebelah pagi. Syukur, usaha mereka dilihat makin berhasil apabila peningkatan kualiti persembahan mereka semakin mantap. Tugas aku sebenarnya melatih pemain kongga mereka yang baru berusia hampir 15 tahun utk menguasai irama2 asas seperti TUMBAO, CALYPSO, MASRI, & beberapa irama biasa yg lain. Hari tersebut merupakan hari terakhir, aku push betul2 budak2 ni.. hehehe.. Harapan aku agar mereka terus maju jaya dlm bidang seni dakwah ini.

Saudara Syamil selaku jurulatih
Soutul Fida'iy

Sedikit tazkirah sebelum memulakan sesi latihan
bagi membetulkan niat & peringatan. :-)


Zharfan, Redzuan, Syahiran (solo), Saufiyuddin, & Shafiq.
Barisan vokal Soutul Fida'iy..

Syam.. Keje aku latih dia la.. hehe

Korum utk jamming percussion.. :-)

Posing bersama instrument percussion
Soutul Fida'iy
Bersama djembe.. hehe

Lawa kan? landskap SMK Binjai...

Sesi bergambar...
Aku pulang dari Kemaman pada pagi 21hb. Alhamdulillah, segalanya selesai dengan baik. Selepas ini aku akan berada di kampus sebagai petugas orientasi kemasukkan pelajar baru. Sesiapa yg memerlukan khidmat tunjuk ajar teknik asas bermain kongga (juga yenki, djembe, & beberapa lagi) dengan irama2 seperti calypso, tumbao, masri, inang, & lain2 emelkan kpd amir_sauti@yahoo.com atau 'add' di facebok utk dapatkan no. telefon bagi memudahkan lagi urusan. Wassalam... :-)




Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..