بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Isnin, Oktober 18, 2010

Bersama Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum.. Syukur.. Syukur.. Syukur alhamdulillah. Kelmarin, 17 Oktober 2010 menjadi sejarah paling bermakna dalam hidup aku. Tidak aku berjumpa artis paling popular Berita Harian, tidak aku bersama bekas2 juara Akademi Fantasia, tapi aku berpeluang duduk di dalam dewan utama UiTM Kampus Kuala Terengganu bagi mendengar satu sesi ceramah motivasi daripada penceramah yg sgt tersohor di kaca TV, dada akhbar, corong2 radio, & lain2 media iaitu al-Fadhil Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah. Seperti bermimpi di siang hari, insan yg aku kagumi, yg aku jadikan salah seorang idolaku, yg selama bertahun-tahun aku hanya berpeluang melihat beliau dalam TV, tapi hari ini berada lebih kurang 1 meter di sebelah ku. Allahuakhbar.. Syukur pada-Mu ya Allah menjadikan aku salah seorang insan yg terpilih utk hadir ke program tersebut. InsyaAllah, segala yg aku perolehi daripada beliau akan aku manfaatkan ke jalan agama-Mu, akan ku curahkan ke minda generasi pemuda Islam-Mu, agar membangun kami sebagai ummat yg gemilang.

Program ini telah berlangsung selam 4 jam. Tergamam aku memerhatikan beliau. Haji mampu bercakap tanpa henti selama hampir 4 jam setengah. Upss! terlupa. Dato' Dr Fadzilah Kamsah berpesan, kalau kita adalah sahabat beliau, panggil la beliau 'Haji'. Beliau lebih selesa dgn panggilan tersebut. Haji tersangat la unik orangnya. Ilmu yg dimiliki sgt luas & beliau seorang yg tawadhuk. Menceritakan kelebihan beliau, namun bukan atas dasar riak atau sombong tapi pembakar semangat kepada kami generasi pemuda utk mengejar kehebatan setaraf beliau bersesuaian dgn tema ceramah tersebut, 'Transformasi Menjadi Pelajar IPT Terbilang'. Antara kandungan ceramah motivasi beliau, org2 bahagia sentiasa senyum serta mendoakan guru2nya, buat baiklah seperti akan mati esok hari, ilmu itu cahaya dan ianya x akan turun ke hati yg gelap, berlaku adil setakat yg mampu, nama kita adalah doa harian, orang yg dua hari berturutan tidak berubah pasti menuju ke arah kegagalan, belajar utk tidak mencari kesalahan org lain, jika kita berubah dalaman & luaran Allah akan ubah semua makhluk disekeliling kita, tabiat baru bertindak dalam masa 40 hari, & banyak lagi.InsyaAllah aku akan kongsikan di lain hari. Namun ada beberapa point yg jarang kita dapat, aku ingin kongsikan. Haji telah menyampaikan 1 amalan nabi yakni sunnah bagaimana nabi Muhammad s.a.w buang air besar. Beliau memberitahu caranya ialah meletakkan tangan kanan di atas kepala, tangan kiri memegang pinggang kiri sambil duduk mencangkung. Ilmu yg sangat bermanfaat utk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, ada lagi point yg juga menarik. Beliau menerangkan bahawa org yg bukan Islam itu tidak patut digelar kafir selagi belum didakwahkan kerana kafir itu bermaksud 'ingkar'. Mereka dilahirkan di dalam keturunan yg bukan Islam, jadi adalah menjadi kemestianlah mereka diserapkan dengan ilmu2 agama keturunan mereka utk di amalkan dalam kehidupan seharian. Subhanallah, silapnya pandangan kebanyakkan kita pada hari ini. Kita sepatutnya berdakwah kepada mereka sebelum menggelarkan mereka kafir. Itu antara sedikit pengisian di dalam program yg aku hadiri. Syukur sekali lagi pd Allah S.W.T.. Segala yg baik itu datang daripada Allah taala, segala keburukkan itu datangnya daripada diri ini sendiri. Wassalam..
                                   
Haji memang pandai buat lawak. Tak kering gusi kami dibuatnya.
hehehe... 

Beliau kelihatan lebih muda hari ni. =)

Alahai, rugi. Tak sempat nak bergambar macam ni dengan beliau.
Tak ada kamera masa pergi bersalam dengan Haji.
Tak apalah, dah jumpa tu pun kira ok.
Ok la, that's all..
Selamat jalan Haji.
(^_^) 

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..