بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Sabtu, Oktober 09, 2010

Apa pula selepas ini?

Assalamualaikum.. hampir 2 mggu x update blog.. Sibuk sikit. hihi.. mggu depan last lecture & stdy week la lpas tu. wlaupun muke rileks je dlm kelas, tp aku berdebar jgk sbenarnya. Takut2 ade sbjek kena repeat. adoii.. Nway, aku xkan ptus asa utk trus berusaha. aku akan manfaatkan stdy week nanti betul2.. Aku xkan balik ileks2 kat umah. Result ni penting utk aku trus buktikan pada pelajar2 lain yg penglibatan aku dlm kokurikulm di UiTM ni x mengganggu study aku. X dinafikan, aku sgt2 aktif di UiTM ni. Tubuhkan dikir barat, pegang JPK Kolej, & yg latest aku pergi interview AJK Kelab Minda Islam.. Haaa, mai nak citer sikit pasal ni. Mesti org ckap aku ni gila kuasa ke apa. Tp aku nak diorang tahu yg aku buat ni bukan atas sifat berkepentingan peribadi semata-mata. Hari ni aku cuba menarik rakan2 & pelajar2 di UiTM KT ni utk terjun ke satu bidang yg aku fikir mampu membuatkan mereka terjebak dgn aktiviti yg lebih berfaedah skaligus terhindar daripada masalah gejala sosial yg melampau yg biasa aku lihat di kampus aku ni. Antaranya berdua-duaan dalam gelap, yg teruk lagi ada yg dating tu smpai pegang2 plak. MasyaAllah... Klau la si mati dapat hidup kmbali hari ni dan diceritakan oleh mereka azab kubur kepada manusia atas muka bumi ni.. hmm.... Ok la, klau org ckap aku ni just nak publisiti dlm melakukan pembaharuan pd kampus ini, xkan aku skadar meletakkan diri aku ni pd tangga SETIAUSAHA shaja dlm organisasi Kelab Dikir Barat UiTM KT yg aku asaskan. Mesti aku lantik diri aku sebagai PRESIDEN. Namun yg penting bagi aku adalah kualiti sesuatu usaha itu. Sebagai contoh, alhamdulillah para ahli dikir barat yg aku tubuhkan itu telah mula mencintai seni ini selepas menyertai pertandingan baru2 ini. Aku harapkan mereka aku terus bergiat pada semester depan dan berjaya meninggalkan perkara2 yg x berfaedah dengan pergi latihan dikir barat yg akan aku tetapkan setiap mggu. InsyaAllah. Sama juga tujuan aku cuba terjun ke dlm Kelab Minda Islam. Apa yg aku fikirkan ialah aku boleh jadikan kelab ini sebagai platform utk menubuhkan pasukan nasyid rasmi UiTMKT yg bernaung di bawah kelab ini. Pasukan nasyid yg aku ingin tampilkan adalah sebuah pasukan asli, yg tidak menggunakan muzik minus one, namun diiringi oleh percussion yg dimainkan oleh pelajar2 UiTM itu sendiri. Kerana apa? Best ke?.. Haaa, sebenarnya, live percussion ni lagi mantop dan lebih mencapai kepuasan. Kerana bila vokalis itu bersama permain muzik, akan wujud keserasian yg lebih utuh utk mencapai kesepaduan antara suara & muzik berbanding menggunakan minus one. Selain itu, bila guna percussion kuota penyertaan lebih ramai. Mungkin 10 orang dalam 1 pasukan. (3 org percussion, 7 vokalis).. InsyaAllah... Tetapi, andai kata aku x berjaya join Kelab Minda Islam ni, aku akan tetap teruskan proposal penubuhan nasyid percussion ni. Hadir aku di bumi UiTM KT ini kerana ingin menuntut ilmu kerana Allah, merasakan adalah tanggungjawab aku juga cuba mengindahkan kampus ini dengan nilai2 Islam & mencegah kemungkaran. Aku percaya, Allah akan membantu hamba-Nya bilamana hamba-Nya berusaha menyebarkan tuntutan agama-Nya & mencegah larangan-Nya. Namun, aku TIDAK berprinsipkan kerja seorang diri. Siapa2 yg nak join dlm usaha murni ni dipersilakan. Datanglah berjumpa & kita boleh duduk berbincang semeja. Apa2 pun, doakan semoga aku berjaya dalam segala usaha serta berjaya dlm final exam nanti. Amin.. Terima kasih buat mereka yg memahami situasi di atas. Ingatlah, Islam itu syumul & cabang dakwah itu pelbagai. :-)

'Final' wa Amar makruf fi UiTM KT.
Pelajarnya ramai, jadi banyak peluang yang boleh dicipta.
Bersama usahakannya.
InsyaAllah :-)

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..