بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Ahad, September 26, 2010

Ooo.. Baru ku tahu. Nabi melarang kita berkongsi selimut bila sejantina...

Salam.. hari ini aku nak kongsikan 1 lagi ilmu agama yang aku sendiri baru mengetahuinya. Sebagai pelajar yang sudah memasuki alam asrama sejak berusia 13 tahun (tingkatan 1) lagi, adalah menjadi kebiasaan melihat kawan-kawan lelaki ini tumpang tidur dikatil orang lain yang kadang-kadang sekali gus berkongsi selimut. Betul jika mereka katakan yang mereka tidak berada di dalam keadaan syahwat bila berkongsi selimut begitu kerana masih 'normal', namun jika telah mengetahui sesuatu itu dilarang oleh nabi, wajiblah mereka tinggalkan serta-merta & tidak mengulanginya lagi. Isu ini telah dijelaskan oleh hadis berikut:

Amr bin Abdul Mun’im
Dari Abu Said Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda.
Ertinya : Tidak diperbolehkan bagi orang laki-laki melihat aurat laki-laki, dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang laki-laki dengan orang laki-laki lain dalam satu selimut, dan wanita dengan wanita lain dalam satu selimut .

Imam Nawawi Rahimahullahu mengatakan:
Dalam hadis tersebut terdapat larangan bagi orang laki-laki melihat aurat laki-laki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Larangan ini sama sekali tidak dapat diganggu gugat .

Selanjutnya Imam Nawawi mengatakan : Mengenai sabda Rasulullah s.a.w, ‘Dan tidak boleh seorang laki-laki bergabung dengan orang laki-laki lain dalam satu selimut, dan wanita bergabung dengan wanita lain dalam satu selimut’, merupakan larangan yang sifatnya haram apabila diantara keduanya tidak terdapat pemisah. Dan itu menunjukkan larangan penyentuhan aurat bahagian tubuh mana pun, baik laki-laki maupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulama. Banyak orang yang meremehkan masalah itu, di mana mereka banyak yang mandi dalam satu kamar mandi. Oleh kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh lainnya dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh oleh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingatkannya.

Nauzubillahiminzaliq.. peringatan buat diriku juga... Wassalam

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..