بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Ahad, September 12, 2010

Aidilfitri@Eidulfitri Syawal 1431 Hijrah...

Salam.. Agak lama la aku x update blog ni. Alhamdulillah, Ramadhan 1431 baru saja berlalu. Ternyata terasa amat singkat Ramadhan kali ini. X tahu la knape. Anyway, syukur sangat & harap2 masih ada Ramadhan utk ku di tahun hadapan. Kerana sesungguhnya secara jujur, hanya di bulan Ramadhan sahajalah hatiku akan berasa sangat tenang. Kepenatan, kelaparan, membuatkan aku terfikir tentang nasib insan2 yg fakir serta serba kekurangan diseluruh dunia ini yg mana mereka mungkin x pernah merasai nikmat juadah harian selazat ku. Subhanallah.. amat angkuh & tersangat egolah jika aku masih tidak bersyukur dengan nikmat-Nya. Firman Allah, "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (surah ar-Rahman)...


Dengan berakhirnya Ramadhan ini, menjelmalah Syawal atau hari lebaran yg dinantikan oleh setiap muslim x kira di mana jua berada. Sesungguhnya hari tersebut adalah hari kemenangan bagi umat Islam diseluruh dunia setelah sebulan berpuasa menahan nafsu makan dan lain2 serta mengerjakan ibadat2 bagi mengejar fadhilat Ramadhan serta malam Lailatulqadar. Malam yg dijanjikan amal ibadatnya diberi ganjaran seperti beribadat 1000 bulan. 


Kad raya buat kenalan2 ku.. hehehe
Hari raya pertama, pagi tu aku solat sunat aidilfitri & mendengar khutbah di Surau Kampung Pandan Jaya. Dekat dengan umah aku la tu. Selesai khutbah, balik rumah utk siap2 ke umah tokwan di Kampung Penarik, kira2 10mnit perjalanan dengan kereta. X la jauh sangat. Baru bk bertolak ke umah tokwan, jiran tunggal sebelah umahku datang beraya. Yela, sebelum dorang nk balik ke Kelantan. 1 family tu je jiran aku yg ada kat Lorong Pandan 3 ni. Dorang duk dalam setengah jam jugak. Lepas dorang balik, baru la aku bertolak ke umah tokwan. Sebelum tu ayah ajak singgah di tanah perkuburan Kg. Baru penarik utk menziarahi pusara arwah datuk ku. Aku dgn ayah aku je. Yang lain pegi dgn kete lain. Selesai ziarah, baru je masuk kete ke umah tokwan, kawan aku si Ayen call ajk ikut dia pegi jalan2. Adoiii, klau tolak kecik hati kawan. Dia pun kira baik jgk dengan aku. Sejak masing2 sambung belajar ni jarang sangat leh jumpe. so aku ikut la dia. suh dia pegi ambil aku kat umah tokwan aku. Sampai je kat umah tokwan, salam dgn sume sdare mare yg ada kat situ pastu aku blah ikut Ayen pegi jlan2 kampung sebelah. Pelik sikit nama kampung ni. Iaitu Kampung Mangkuk.. hehehe.. Jgn gelak. de la tu sejarahnya yg tersendiri. hu3.. So pegi kampung tu kutip sorang lagi member aku, Najib. Kitorang pegi la pusing2. Kurangkan minyak kete, buangkan masa yg ada. hahaha.. Sampai la nak masuk waktu solat jumaat. Haaa... Raya tahun ni jatuh hari Jumaat. huhu.. So balik umah la. Siap2 pi sembahyang Jumaat. Selesai solat Jumaat, balik ke Jerteh, Besut. Ni kampung belah mak (Jauh sikit, dlm 50km). Tadi belah ayah. Atok & nenek belah mak aku x sempat. Dorang meninggal sebelum aku lahir lagi. Yg ada hanya mak sdare & pak sdare aku je. So pegi umah mak sdare aku di Pasir Akar. Ziarah pak sdare aku yg sedang tenat mengidap penyakit aneh yg membuatkan beliau lesu & x dapat berjalan seperti manusia normal. Duk la situ sampai petang. balik umah, & malam tu x ada buat apa2. Tgk tv, & tido terus.


Ni la baju raya aku tahun ni. Ungu kilat2. hihihi
Raya kedua, aku mulakan pagi tu mcm x ada pape. Bgun lewat. haha.. Lepas tu kuar umah cari bahan2 utk mak masak nasik minyak. Hidangan tetamu hari tu. Ramai la jugak datang.. Yg special sikit, family besar mak sdare aku dari JB@Raub balik. Bermalam kat umah aku. Riuh lah sikit malam tu. huhuhu..


Raya ketiga, iaitu hari ni.. Mak sdare aku tu dh bertolak balik dlm pkul 10 pagi. Hari ni la paling special sikit coz aku nk pegi jalan2 ke Besut sekali lagi. Tapi kali ni atas sebab ziarah kawan2 sekolah dulu. Maklumla, sekolah kat daerah lain. Dalam kul 11.30 tu hadir openhouse ADUN aku dlu, YB Halim Jusoh. Pukul 12.15 tghari baru bertolak ke besut. Alhamdulillah selamat sampai. Kitorang lepak umah ECOH (Nik Siti Aishah). Dia buat makan besar utk kitorang. hehehe... Then pegi umah ewe (Razwan Razaki). Kebetulan kakak dia bertunang hari ni, so pegi makan2 skali lagi. Penat sgt2.. ye la separuh hari drive. tapi berbaloi jumpe balik kwan2 sekolah. huhuhu... Malam ni pulak mak sdare aku dari Kajang sampai utk bermalam. maaf la, aku penat. So x layan sgt. Pagi esok aku borak2 dgn dorang. k... ngantuk sgt2. tidur dulu.. Wassalam... (^_^)

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..