بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Ahad, November 28, 2010

Kem Rakan Remaja Patriotik 2010 (Terengganu)

 Assalamualaikum... Fuh, penat betul. Alhamdulillah, aku berjaya mengikuti Kem Rakan Remaja Patriotik 2010 Peringkat Negeri Terengganu dengan jayanya pada 25-27 November 2010 yg diadakan di Angullia Beach House & Resort, Marang. Program ini adalah anjuran Institut Kajian Sejarah & Patriotisme (IKSEP) dengan kerjasama MAPIM. Objektif program ini adalah utk melahirkan semangat cintakan negara @ patriotisme dikalangan generasi muda hari ini. Kem ini disertai seramai 130 orang peserta yg terdiri daripada pelajar2 IPT & gerakan belia 4B drpd beberapa cawangan. Hari pertama apabila melihat peserta2 lain rasa kerdil je diri ni. Yela, umur baru 18 tahun, yg lain2 nampak tua je. Lepas tu UiTM aku ni 3 orang je peserta lelaki, yg lain perempuan.. Aduhhh... Apa2 pun aku x nak buat kesimpulan awal. Aktiviti pertama lepas taklimat adalah bahagi kumpulan. Kira campur2 la setiap kumpulan ni. Kumpulan aku adalah kumpulan oren. Dianggotai seramai 18 orang iaitu 7 lelaki, 11 perempuan. Belum apa2 lagi orang dah cop aku utk jadi ketua. adoiii... Padahal muka ahli lain nampak lebih tua. Macam mana la aku nak buat kerja. Tapi alhamdulillah, mereka ni muka je bengis, tapi baik. Siap boleh buat lawak lagi. Macam2 nama dorang reka utk guna sepanjang kem tu. Nama bujo la, putin la... Hahaha..

Kami kumpulan Oren..
Kem komandan program ini adalah Encik Sabri, tapi aku lebih suka panggil beliau ustaz sebab beliau banyak menyampaikan ilmu2 agama masa kuliah Maghrib & Subuh selain menyampaikan motivasi berkenaan patriotisme mengikut tentatif program.

Bersama Ustaz Sabri
Sekali lagi aku diberi mandat yg agak berat bagi aku, namun aku cuba laksanakan dengan termampu iaitu imam tetap dikalangan peserta utk solat berjemaah & pembaca doa utk perasmian pembukaan & penutupan program.
Doa penutupan program..
Alhamdulillah..
Aktiviti yg diaturkan sangat menarik & berkesan kepada peserta2. Ada aktiviti macam 'explorace' yg memerlukan kerjasama utuh setiap ahli kumpulan, ada malam kebudayaan, & banyak lagi.

Apa yg penting? Kerjasama! hehe..
Oren?? Boleh!!!
Orang2 Portugis yg mengacau di Tanah Melayu.. huhuhu
Kumpulan aku la ni... he3
Kenalkah kalian siapa ini??
Inilah dia Tunku Abdul Rahman.
Bapa kemerdekaan kita...
Merdeka!!!7x
Majlis penyampaian sijil penyertaan..
Peserta UiTM Kuala Terengganu
Kamilah pewaris bangsa!!! :-)
Itu saja coretan mengenai Kem Rakan Remaja Patriotik 2010 Peringkat Negeri Terengganu...
Wassalam...

Sabtu, November 13, 2010

Jamuan Akhir Semester Julai 2010 BMD1TC

8 November 2010 akan tersemat abadi dalam ingatanku sebagai 1 kenangan yg cukup indah untuk ku pahat dalam jiwa sebagai penguat rasa sayangku pada sahabat2 ku di UiTM ni.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg memberi peluang utk ku kenal saudara2 ku di sini (UiTM) dalam satu kelas iaitu BMD1TC. Pada tanggal tersebut bertolak kami ke Pantai Tok Jembal (belakang UMT) mengadakan satu majlis barbeku sempena penutup semester Julai-Nov 2010. Memang meriah. Walaupun tinggal 1 paper lagi masa tu, namun ruang masa seminggu itu kami manfaatkan. Bersama-sama makan ayam bakar hangit, bihun, koktel, keropok  lekor (orang tranung panggil kepok gotel.. hihihi), & lain2 juadah lagi. Seramai 30 orang rasanya yg menghadiri majlis tersebut daripada 36 ahli BMD1TC.

Mula2 sampai, hidupkan api dulu.
Tak sabar2 nak bakar ayam ni. huhuhu....
Kami semua berkumpul kat pantai tu pukul 10 pagi lebih kurang. Susahnya nak hidup api. hehe.. Lamanya main2 kat pantai tu. Sehingga la balik dekat2 pukul 2 petang. Semua kepenatan dalam kereta bila nak balik ke kampus tu. Maklumla, semua buas2, bising2 hari tu.
Woi, makan tunggu aku  la!! Eeiii...

Nyum3.. hehehe




           
           Nor, Amir, & Sue.. (No gosip2 k.. hihihi)

Posing sikit!!! hehe..
A big family of BMD1TC
Jumpa lagi semester depan.. insyaAllah... =)
Wassalam...

Peperiksaan Akhir Semester 1

Assalamualaikum semua!!!! Wah, lame sgt x update blog ni. Lebih kurang sebulan.. Ye la, dlm tempoh tu aku tgh final. Memang sibuk nk update2 blog ni. Alhamdulillah, sekarang dh berada kat rumah memulakan cuti semester pertama aku sbg mahasiswa sejati UiTM Kampus Kuala Terengganu (Cendering)... Scara zahirnya tergambar ukiran senyuman pada wajah manis aku ni (perasan jap.. hihi) tp hati menangis siapa yg thu.. Bercakap mengenai paper2 yg aku hadapi masa final baru2 ni, hmm... Paper2 berikut adalah Business Math (MAT112), Akaun (ACC106), English (BEL120), Management (MGT162), & agama (CTU101).. Final ni start 27 Oktober  hingga 11 November 2010. Mula2 jawab CTU101, agak confident la. Sebelum terlupa, manis sungguh kenangan peperiksaan akhir pertama aku ni. Kad matrik ku dirampas oleh HEA sebab rambut panjang.. Huwaaaa, habis exam je terus pergi kedai gunting rambut. Berkecai harapan nak rambut mcm Farid Kamil. Cewaahhhh... hihihi... Lepas tu BEL120, rasa sedap hati sikit. Next paper, ACC106.. Sempot dh rasanya dada ni slow2. Lepas tu MAT112. Aduhhh, sah tidak sperti yg kuharapkan. Agak sukar. Hati kecil dh mula givap. Paper last dlm jdual aku MGT162. Fakta?? Hmm.. habis r.. Aku sah2 x berani ckap pointer anugerah dekan. Hanya mampu berdoa. Kalau mencecah 3.0 tu pun syukur sgt2.. Ya Allah bantulah hamba-Mu ini... Makin nak habis final, makin kuyu mata ni nak menonton buku, makin berat tangan mencapai soalan2 past year utk diulangkaji. Haih... Bukan berdoa, namun hati x dapat menafikan sesuatu yg mengecewakan akan aku hadapi. Harap masih berpeluang belajar kat UiTM ni lagi. Menyesal.. Nak belajar betul2 dh. Pe nak jadi la aku ni. SEORANG PEMIMPIN HARUS BERILMU... Moga lepas ni dikurniakan Allah azam & tekad yg jitu utk aku terus berusaha.. Aku kena ingat, sebagai lelaki alaf baru ni, aku mesti memiliki segulung ijazah sekurang-kurangnya.. Hmm...Amin...

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..