بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Rabu, September 29, 2010

Pertandingan Dikir Barat IPTA Zon Timur 2010

27 September iaitu 2 hari lalu berlangsungnya Pertandingan Dikir  Barat IPTA Zon Timur 2010 yang diadakan di UiTM Kampus Dungun selaku penganjur sempena program 1Fiesta. Alhamdulillah, walaupun belum sampai 2 bulan pasukan dikir barat UiTM Kampus Kuala Terengganu ditubuhkan kami berpeluang menyertai pertandingan tersebut. Kami bertolak ke sana pada pukul 9 pagi & sampai hampir pukul 11 pagi. Sampai je kat sana x ramai sgt orang sebab pagi kebiasaannya kelas berjalan seperti biasa di kampus tersebut. Jadi team Kencana Irama Purba rehat2 dulu kat mana tempat yg sesuai. Pukul 1 tengahari aku selaku ketua pasukan bersama Farid Amil selaku tukang karut ke bilik mesyuarat utk mendengar taklimat daripada pihak penganjur & juri. Mengikut aturcara, 4 pasukan terawal yg mendapat nombor giliran akan membuat persembahan petang tersebut manakala 3 lagi pasukan pada malamnya. Bila undian dibuat, alhamdulillah, Kencana Irama Purba  mendapat giliran ke-7. Memang giliran persembahan malam yg aku harapkan kerana waktu petang ahli pasukan agak keletihan & penonton pun masih kurang. Jadi sementara menunggu malam, kami semua diminta menjadi penonton kepada pasukan yg giliran petang ini membuat persembahan. 7 pasukan yg bertanding ialah UiTM Kampus Dungun, UiTM kampus Kuala Terengganu, UiTM Machang, UMT, UniSZA, Poli Dungun, dan POLISAS Kuantan. Selesai 4 pasukan tu, kami ke sebuah masjid yg berhampiran dengan taman dipesisir pantai Dungun itu utk solat, warming-up, & bersiap2 sebagai peserta malam. Kenangan x dpt dilupakan apabila terpaksa berlatih di tengah2 taman permainan di mana tempat orang awam berekreasi kerana kami sudah tidak tahu dimana utk berlatih & itulah pengalaman bertebal muka bersama-sama. Hahaha,, Namun pakcik2 & makcik2 yg ada di situ memuji persembahan kami waktu latihan tu. he3.. Selepas solat maghrib di masjid berhampiran tu, kami bersiap dengan baju2 yg lawa utk ke Kampus Dungun semula.

Posing sikit!! hehehe

Dalam perjalanan ke kampus Dungun semula..


2 lagi pasukan yg membuat persembahan bersama kami pada malamnya ialah UniSZA & tuan rumah, UiTM Kampus Dungun. Tidak dinafikan, UiTM Kampus Dungun & Unisza sangat hebat berbanding team kami yg masih baru ni. Jadi apabila keputusan diumumkan kami sekadar mendapat saguhati iaitu antara 4 pasukan selepas Johan, Naib Johan, & ketiga. Walaubagaimanapun aku x tidak kecewa kerana masih mampu melihat wajah keriangan dikalangan team ku. Inilah yg aku cuba wujudkan selama ini. Bukan takhta Johan yg menjadi impian tapi pengalaman, ukhuwah, keriangan & macam2 lagi yg aku lihat muncul pada malam tu. Mereka berlapang dada menerima keputusan juri. Apa yg paling mengharukan semangat mereka semakin berkobar-kobar utk perform dimasa akan datang. Sememangnya terubat kedukaan yg aku tanggung selama ini sepanjang proses utk menubuhkan pasukan dikir barat di UiTM Kampus Kuala Terengganu ini. Syukur pada-Mu ya Allah kerana mengurniakan saat indah ini.. Sesungguhnya Allah itu x zalim utk menggagalkan hamba-Nya yg berusaha.. Jumpa lagi di pertandingan dikir barat selepas ini.. Wassalam.. :-)

Sebelum persembahan

Fared (tukang karut) & Syamim (Tok jogho)

Kami adalah perintis...

Aksi professional tukang karut Kencana Irama Purba

Encik Zaidi selaku penasihat menerima sijil & cenderahati daripada penganjur.

Tengah: Encik Zaidi & encik Azwan. Insan yg banyak membantu kami..

Aku la ni.. Muka puas hati... hehehe

Keputusan:
JOHAN- UiTM Kampus Dungun
Naib Johan- Politeknik Sultan Mizan, Dungun.
Ketiga- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Saguhati:
-UiTM Kampus Kuala Terengganu (Cendering)
-UniSZA
-POLISAS, Kuantan
-UiTM Machang, Kelantan.

3 ulasan:

Syiela O-lala berkata...

congrats utk team dikir uitm :)

Amir Sauti berkata...

Syukran.. Diharapkan warga UiTM KT trus memberikan skongan kpd kami yg msih baru ini. Masih dlm mengorak langkah utk memahat nama UiTM kita dlm bidang seni dikir barat. InsyaAllah...

Pakdo Apih berkata...

teruskan dengan dunia kesenian disamping meneruskan pelajaran..kesenian dikir barat x kan pupus didunia...hidup dikir barat!!! hidup kencana irama purba!!!!!

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..