بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Isnin, Ogos 02, 2010

Bicara Tokoh Dikir Barat...

Dikir barat mampu jadi saluran dakwah kerana mempunyai unsur nasihat, kemasyarakatan dan kasih sayang. BUKAN mudah menjadi tukang karut walaupun ketika persembahan, tonggak persembahan dikir barat kelihatan lancar menyampaikan lagunya.
Tukang karut terkenal di Kelantan, Sulizi Che Awang atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sulizi, membuka rahsia kehandalan tukang karut, iaitu perlu rajin membaca untuk menimba ilmu pengetahuan selain faktor pengalaman. “Ketika persembahan, tukang karut menyanyi lagu tanpa skrip yang terhasil secara spontan. Ini memerlukan mereka berilmu dan peka dengan pelbagai isu semasa,” katanya.
Katanya, persembahan dikir barat ketika pertandingan berbeza kerana mendapat tajuk lebih awal dan sempat membuat rujukan mengenai tajuk berkenaan. Bagaimanapun, tugas ini kelihatan agak mudah kepada tukang karut yang meraih pelbagai anugerah ini kerana Cikgu Sulizi adalah pensyarah di Jabatan Kajian Sosial, Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Bergelumang dengan buku dan menyampaikan ilmu sebagai tugas hariannya membantunya menjadi tukang karut hebat sejak 20 tahun lalu. Keunikan suara membolehkannya menerima pelbagai anugerah dengan pasukan yang disertainya meraih pelbagai gelaran dan beliau sendiri diiktiraf sebagai tukang karut terbaik.
Antara pengalaman yang sukar dilupai ialah mengadakan persembahan di hadapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sempena satu majlis mengenang jasa tokoh itu, sekali gus membuktikan bahawa dikir barat mampu diangkat menjadi persembahan berstatus nasional.
Tukang karut juga membawa Cikgu Sulizi memperkenalkan warisan budaya negeri Cik Siti Wan Kembang ke luar negara seperti Indonesia dan Singapura.

Cikgu Sulizi bersama keluarga di studio rumahnya.

Kejayaannya tidak mengejutkan kerana dilahirkan dalam keluarga seni. Allahyarham datuknya adalah seorang peniup serunai kumpulan wayang kulit, manakala bapanya, Che Awang Che Ali adalah tukang karut disegani. Pembabitan secara serius dalam dikir barat bermula pada 1984, iaitu ketika tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. Pada tahun itu, sekolahnya muncul juara dalam pertandingan peringkat negeri dan lebih membanggakan, beliau berperanan sebagai tukang karut. Anak kelahiran Kampung Besar, Semerak, Cikgu Sulizi, berguru dengan beberapa tokoh dikir barat terkemuka seperti Jusoh Kelong, Zainordin Ismail, Che Awang Anak Ular, Seman Wau Bulan, Hussin Gelang Mas dan Md Gil M Dali. “Saya mendapat tunjuk ajar mereka untuk menguasai beberapa teknik dikir barat seperti ilmu penjuaraan, teknik asas dan ilmu tukang karut serta ilmu muzik dikir barat sendiri,” katanya. Wang, katanya bukan menjadi faktor mendorongnya menjadi tukang karut. Sebaliknya darah seni, minat dan keinginan memartabatkan dikir barat menguatkan semangatnya untuk terus bertahan dalam dunia seni. Katanya, dikir barat bukan sekadar hiburan, tetapi saluran berdakwah apabila kebanyakan lagu yang ciptaannya mempunyai unsur nasihat, kemasyarakatan dan kasih sayang serta boleh dijadikan sebagai alat perpaduan bangsa.
Kehebatan Cikgu Sulizi terserlah kerana mempunyai 21 buah album dikir barat tradisional dan kontemporari. Walaupun sedar suatu hari nanti akan bersara, Cikgu Sulizi, mampu menarik nafas lega kerana dua orang anaknya, Putera Amirul Mukmin, 15 dan Puteri Amirah Solehin, 12, mempunyai minat dan bakat untuk mengikut jejak langkahnya. Malah Putera Amirul Mukmin sering dibawanya membuat persembahan bersama dengan kelebihan anak lelakinya lebih terarah kepada bermain alat muzik seperti rebana dan gendang.

Profil-
Nama: Sulizi Che Awang, 42.
Tarikh lahir: 29 Mac 1968.
Isteri: Wan Mayuni Wan Abdul Rahman, 40.
Anak: Putera Amirul Mukmin, 17.
Puteri Amirah Solehin, 14.
Puteri Amir Mustaqim, 11.
Puteri Aimi Insyirah, 7.
Kerjaya: Pensyarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu.
Pendidikan:
1) Sekolah Kebangsaan Kampung Sepulau Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
2) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
3) SMK Hamzah, Kelantan.
4) Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
5) Diploma Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim.
Pencapaian:
1. Tukang Karut terbaik sebanyak enam kali
2. Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM (1995)
3. Johan Pertandingan Dikir Barat Panjang Akal TV3 (1996)
4. Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM (1998 dan 1999)
5. Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM (2000)
6. Johan Pertandingan Dikir Barat antara universiti/Institut Pengajian Tinggi (1991)
Anugerah:
1) Anugerah Seni Unit Kebudayaan UKM (1991/1992).
2) Anugerah Khas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (1996).
3) Anugerah Tukang Karut Popular, Kerajaan Kelantan (2006).


Sedikit ulasan: Cikgu Sulizi adalah antara tokoh yg disanjungi dalam arena ini kerana beliau menjadi contoh pendikir yg berpelajaran tinggi sekaligus memartabatkan kesenian dikir barat ini kerana dibangunkan oleh golongan intelektual seperti beliau.

Upss!! baru hari ni ku tahu bahawa tarikh lahirku dan beliau kebetulan sama. 29 Mac.. hihihi ^_^

Tiada ulasan:

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..