بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Selasa, Ogos 24, 2010

Siapa dia Ahmed Deedat?


Ahmed Hoosen Deedat dilahirkan di daerah Surat, India, pada tahun 1918. Beliau tidak dapat kekal bersama dengan ayahnya sehingga tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit, akibat dari profesinya itu (ayah Deedat) telah berhijrah / berimigrasi ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmed Deedat.
Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindari dari kemiskinan yang amat larat, Ahmed Deedat telah pergi ke Afrika Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan).
Di negeri yang asing, seorang anak lelaki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggeris telah mula menyiapkan peran yang harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disedarinya.
Dengan ketekunannya dalam belajar, anak laki-laki kecil tersebut (yakni Deedat) tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa asing, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran dan hobi Deedat dalam membaca telah menolongnya untuk memudahkan dirinya mendapatkan promosi pendidikan sehingga beliau tamat pendidikan pada darjah 6. Kekurangnya pembiayaan pelajaran menyebabkan sekolahnya tertunda dan di awal usia 16 tahun untuk pertama kalinya ia bekerja dalam bidang retail (eceran).
Yang terpenting sekali adalah pada tahun 1936, sewaktu beliau bekerja di kedai / toko Muslim berdekatan sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal. Penghinaan yang tidak henti-henti dari siswa Misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim telah menanamkan keinginan beliau yang membara untuk melakukan aksi menghentikan propaganda Kristian yang salah itu.

[sunting]Mempelajari kitab Bible

Ahmed Deedat telah berjaya menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam membalas gangguan Misionaris Kristian selama penaklukan Inggeris dan pemerintahan India. Secara khusus, idea untuk menangani debat telah berpengaruh besar dalam jiwa dan diri Ahmed Deedat. Ahmed Deedat juga turut menghafaz Al-Quran sehinggakan beliau digelar Al-Hafiz.
Beberapa minggu setelah itu, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mula melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionaris. Ketika siswa misionaris tersebut mundur dalam menghadapi argumen balik Ahmed Deedat, secara peribadi telah memanggil guru teologi Kristian kepada siswa-siswa misionaris untuk berdebat bersamanya, bahkan pendeta-pendeta Kristian di daerah tersebut juga turut diajak berdebat bersama Deedat.
Keberhasilan-keberhasilan ini telah memacu Ahmed Deedat untuk berdakwah. Bahkan perkahwinan, kelahiran anak, dan persinggahan sebentar selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tidak mengurangi keinginannya untuk membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan hasil dari para misionaris Kristian yang tidak bertanggungjawab.
Dengan semangat misionaris untuk menyebarkan agama Islam, Ahmed Deedat telah membenamkan dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekad yang akan datang. Beliau memimpin kelas bagi matapelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah ilmu. Beliau mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk melatih para pendakwah Islam. Ahmed Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk Masjid yang masih dikenali sehingga saat ini.
Ahmed Deedat adalah anggota paling awal yang menganggotai Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi Presidennya, sebuah posisi yang dipegangnya sampai tahun 1996. Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. Ahmed Deedat mengirim beribu-ribu materi kuliah ke seluruh dunia dan mendebat dengan pengabar-pengabar Injil pada debat umum. Beribu orang telah memeluk Islam atas rahmat Allah serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah.
Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk prestasinya yang bersejarah itu, beliau telah dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan bergengsi yang sangat berharga dalam dunia Islam.

[sunting]Akhir hayat

Sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmed Deedat hanya boleh berbaring di tempat tidurnya di VerulamAfrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi KwaZulu-Natal, Durban. Beribu orang yang kebanyakan dari umat Islam telah berhimpun dirumahnya dan menunaikan Solat jenazah untuknya. Lantas jasad beliau dimakamkan di pemakaman Verulam.

[sunting]Karya tulisan

Buku The Choice: Dialog Islam-Kristian adalah buku antara paling terlaris dijual didunia yang ditulis oleh Ahmed Deedat. Buku ini telah disebarkan secara meluas ke Afrika Selatanhingga ke EropahAsiaOceania, bahkan Amerika Utara dan Selatan.
Dalam buku ini Deedat mengupas tentang perbezaan antara Islam dan Kristian. Beliau mengupas habis-habisan beberapa kesalahan yang beliau temukan dalam Alkitab baik dalamPerjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Berkat usaha penulisan dan penerbitan buku ini pula, beberapa tokoh Kristian telah memeluk Islam. Diantaranya adalah Kenneth Jenkins (sekarang berganti nama menjadi Abdullah al-Faruq) dan mantan misionaris Gary Miller (sekarang namanya adalah Abdul-Ahad Omar).
Terdapat juga naskah pita kaset rakaman suara yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Da'i dengan judul Benarkah Jesus Tuhan: Debat Kontemporer Ahmed Deedat vs Dr Anis Shorosh. Pita kaset rakaman ini diambil dari suatu sesi perdebatan berprestij antara Ahmed Deedat(sebagai pendebat Islam) dan Dr Anis Shorosh (sebagai pendebat Kristian) pada tahun 1985. Perdebatan telah berlaku di Dewan Utama Royal Albert HallLondonBritain. Beribu pendengar telah hadir ke dalam sesi perdebatan antaranya adalah Yusuf Islam. Hasil sesi perdebatan tersebut telah berjaya mengajak lebih banyak masyarakat dunia khususnya masyarakat London untuk memahami Islam secara lebih mendalam.

Ahad, Ogos 15, 2010

TEST 1 Business Mathematics

 Kelmarin 14 Ogos 2010 telah berlangsung Test 1 Business Mathematics untuk semua pelajar fakulti pengurusan perniagaan sem 1 di UiTM KT ni pada pukul 8.30 pagi di dewan utama. Sedikit ingin aku kongsikan apa yang berlaku terhadap diri aku sepanjang test yang berlangsung selama satu jam setengah itu. Tidak dinafikan, sebagai junior test ini sudah cukup untuk mendebarkan aku kerana markahnya juga akan dikira untuk final nanti. Bila mendapat soalan & diberi kebenaran untuk membukanya, alhamdulillah. Hati kecil aku membisik kesyukuran kerana apa yang dilihat depan mata masa tu adalah soalan2 yang masih segar konsepnya di dalam buah fikiran ini kerana aku baru ulangkaji kurang 24 jam dari masa test tersebut. Walaubagaimanapun itu tidak menjanjikan untuk aku memperolehi  full mark kerana mengakui kelemahan aku dalam pelajaran. Aku sangat suka business math ni walaupun tidak berapa mahir kerana apabila aku mempelajarinya & cuba menjawab soalannya dengan betul, aku dapat merasai 1 nikmat kepuasan jauh di sudut kalbu ini yang mana menyedarkan aku bahawa potensi untuk berjaya itu adalah milik setiap insan. Namun jika percubaan aku untuk menjawab soalan itu dengan betul adalah gagal, akan datang perasaan tidak puas hati yang secara rasionalnya akan mendorong aku untuk terus mencuba bagi mencapai nikmat kepuasan tadi. Jadi ianya dapat menerapkan 1 nilai yang berguna dalam diri aku yang dinamakan 'Practice makes perfects'. Berbalik pada test tadi, soalan 1 yang sedikit bercelaru (maklumla, fokus chapter yang latest je) di minda aku ini aku tinggalkan seketika bagi menjimatkan masa dengan menjawab soalan yang aku kira mampu untuk dilunaskan dengan yakin iaitu soalan 2,3, & 4. Namun begitu, ketika menjawab soalan 3, sedikit kecuaian berlaku yang mana menyebabkan aku terpaksa menjawab semula kerana sedikit salah faham ketika membaca soalan. Walaupun kesalahan pengiraan itu sedikit, ianya mempengaruhi keseluruhan jalan pengiraan yang saling berkait yang mana memakan masa yang agak lama juga. Ya Allah, sebagai insan lemah sangat menggelabah diri ku ketika tu. Betul cakap orang bijak pandai.'Kita mesti tenang menghadapi kesulitan'. Tapi apa yang aku lalui adalah sebaliknya.  Kekalutan makin bergelora apabila pensyarah yang bertugas mengumumkan masa menjawab hanya berbaki 15 minit. Subhanaallah.. Apa yang berlaku terhadap aku ni??? Berbaloikah aku tidur lewat malam & bangun diawal pagi untuk untuk study tapi begini perjalanan persembahan usaha ku? Seperti dijangkakan, soalan 1 hanya rumusnya @ formula sahaja sempat ditulis. Segala bentuk jalan kira langsung kosong untuk memperolehi markah. Ya Allah, sesungguhnya aku berpuasa ketika itu untuk meluahkan kekecewaan dengan madah yang negatif. Apa yang mampu hanyalah berserah kepada-Mu di atas segala usaha yang telah dihamparkan. Aku beranggapan mungkin ini semua dugaan atau balasan di atas segala dosa2 lalu ku. Sesungguhnya Engkau maha adil lagi maha pengampun ya Allah... Ingin diingatkan kepada diri aku sendiri & rakan2 di blog ini, balasan Allah itu tidak semestinya di akhirat. Jadi jangan kita terlalu selesa melakukan kemungkaran di bumi Allah ini ketika hayat masih dikandung usia muda terutamanya. Sesungguhnya dugaan @ balasan yang menimpa aku ini hanyalah kecil & sedikit berbanding kemampuan sebenar Allah untuk menduga hamba-Nya.. Sama-sama ambil iktibar. Wassalam...

Jumaat, Ogos 13, 2010

Memandang Negatif Majlis Berbuka Puasa Berjemaah (Iftar Jamaie)

Syukur alhamdulillah.. Hari ini masuk hari ke 3 Ramadhan 1431 & aku masih diberi peluang untuk menjalani ibadah di bulan yg penuh barakah ini. Jam menunjukkan pukul 5.20 pagi (baru selesai sahur bersama rakan2). Kurang drpd sejam sebelum masuknya waktu subuh. Tergerak aku utk menulis di blog sekejap sebelum meneruskan agenda seterusnya yakni solat subuh di surau Kolej Kerawang UiTM KT ini. Apa yg ingin ku coretkan di hening Ramadhan ini adalah mengenai rasa sedikit kecewa aku mendengar kata2 seorang pak ustaz kononnya dlm kolej ni. Junior yg 1 semester dgn aku. Masih terngiang-ngiang ayat yg beliau keluarkan dr mulut nya sebentar tadi terhadap aku & rakan2 yg bersahur & berbuka secara berjemaah di surau ini. "berbuka kat sini, bersahur kat sini, & solat pun kat sini juga".. Ayat itu menunjukkan kurang rasa senang dihati beliau melihat situasi yg dicetuskan oleh kami kerana gusar perbuatan kami akan mencemarkan surau. Subhanallah... Apa beliau tidak menyedari Iftar Jamaie juga salah satu sunnah & sgt digalakkan dlm agama kerana terdapat byk kebaikan di dalamnya? & kami bukanlah kanak2 berumur 11 tahun atau kurang yg kebiasaannya tidak reti menjaga etika serta adab menjaga kebersihan di tempat2 suci utk beribadah sperti surau tersebut. Alhamdulillah, 2 hari Iftar Jamaie dilaksanakan di surau kolej ini dilihat masih terjaga kebersihan di dalamnya. Beliau patut membuka sedikit pandangan ke arah yg lebih positif di bulan Ramadhan ini terhadap ibadah yg dilakukan oleh insan2 sekeliling beliau. Sesungguhnya di bulan mulia ini kita sama2 mengejar pahala2 besar yg dijanjikan oleh Allah s.w.t. Menilai ibadah org lain berpandukan amalan2 Rasulullah. "Lebih meriah di universiti atau asrama sekolah apabila berbuka puasa menjadi acara rutin harian sepanjang bulan Ramadhan. Bagi yang berdikari, eloklah berbuka berjemaah kerana fadhilat dan pahalanya cukup banyak". Itulah kata2 yg biasa ku kutip & sematkan di dlm jiwa dari beberapa siri ceramah oleh ustaz2 utk dijadikan panduan dalam beribadah. Baginda Rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku baik kepada jirannya.” (Hadis sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48). Apakah mengajak berbuka puasa bersama-sama ini bukan salah satu cara berlaku baik & memuliakan jiran atau org terdekat dgn kita? Allah swt berfirman yang bermaksud : “Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36)... Bayangkan betapa meriahnya puasa ini, jika diisi dengan jalinan kerjasama, ukhuwah dan sikap bertolong-menolong di dalam perkara taqwa. Disamping mengeratkan semangat kejiranan dan memenuhi seruan Islam. Allahuakbar... Semoga Allah membuka sedikit ruang difikiran beliau utk menerima amalan2 yg dilakukan oleh rakan2 ini berlandaskan syariat-Nya kerana antara rasional lain Iftar Jamaie ini ialah menghidupkan suasana surau, menerapkan nilai kebiasaan utk berada di surau dgn ibadah2 tertentu dikalangan siswa, & byk lagi. Bersama Menjana Kualiti Ummah. Wassalam...  
Hari pertama puasa 2010. Alhamdulillah, dapat kami sama2 berbuka di surau kolej Kerawang
UiTM KT.

Rabu, Ogos 11, 2010

Perjumpaan Rasmi Pertama Kali Kelab Dikir Barat UiTMKT

4 Ogos lalu, aku telah menerima 1 SMS drpd CEO HEP uitm KT yg memaklumkan bahawa kertas kerja penubuhan pasukan dikir barat uitm KT telah diluluskan oleh penyelaras kampus. Syukur sgt2. Jadi perancangan utk mengadakan perjumpaan pertama kali kelab ini terus dibincangkan bersama Mohd Afizi a.k.a PAKDO selaku presiden jwatankuasa penubuhan.

Semalam 10 Ogos 2010 menjadi memori abadi buatku setelah berlangsungnya mesyuarat atau perjumpaan kelab dikir barat uitm KT buat pertama kalinya setelah ditubuhkan secara rasmi. Semalan juga mula terawih sempena Ramadhan 1431 H ini. So perjumpaan itu terpaksa ditangguh daripada pukul 9.30 mlm ke 10 mlm. Mungkin atas sebab penangguhan ini menjadi faktor kurang sambutan akibat ramai menganggap perjumpaan tersebut dibatal atau ditunda ke hari lain. Kehadiran disahkan hanya dlm 30 org lebih sahaja. Namun bagitu ia tetap berjalan lancar dgn perlantikan beberapa org AJK bagi mengurus kelab sepanjang penubuhan bagi sesi semester ini.. Alhamdulillah.. Sedikit makluman bg pelajar uitm KT,  penasihat kelab adalah encik Zaidi bin Zakaria (CEO HEP), tim. penasihat encik Che Azmi b. Che Hasim (pen. pegawai keselamatan) presiden adalah Mohd Afizi bin nawi, tim. presiden adalah Tuan Mohd Naim, s/u pula adalah aku sendiri, bendahari adalah Ariff Akram. Itulah barisan kepimpinan tertinggi kelab buat semester ini. Antara perancangan aktiviti kelab adalah perasmian kelab, persembahan di fiesta MPP 2010, & lawatan ke pusat2 kesenian warisan dikir barat. Diharapkan setiap aktiviti yg dianjurkan oleh kelab ini dimasa akan datang mendapat sambutan yg lebih memberansangkan & diterima umum. Sesungguhnya cabang dakwah itu pelbagai. BERSAMA MENGENERASIKAN KESENIAN WARISAN. InsyaAllah.... ^_^

Selasa, Ogos 10, 2010

Sedikit Pengisian Sebelum Ramadhan 1431 (isu: freehair)...

Assalamualaikum semua.. ahlan wasahlan buat pelawat & follower blog ini.. Dalam seminggu ku x update blog ni, maybe la... Saje je tunggu dekat2 ramadhan sbb nak kongsi sedikit isu & kupasannya buat panduan kita semua sempena Ramadhan kali ni. InsyaAllah.. Ramadhan tahun ni akan menjelma dlm kurang 24 jam lagi. Dah bersedia ke? Makan la tghari esok byk2 ye sbb lusa dh xbleh slama 30 hari ni. hihihi... Diharapkan Ramadhan kali ni dpt mengubah kearah yg lebih baik & meningkatkan lagi iman kita semua kerana x terkiranya dosa kita selama ini. Aku juga bukan sorg yg warak alim utk mengupas sesuatu secara mendalam, tp sesama kita hamba Allah ini x salah malahan sgt2 digalakkan saling berpesan-pesan. Hanya mengetengahkan sesuatu yg simple (sedia maklum) yakni aurat, kaum hawa terutamanya.. Kaum Adam juga mudah leka bila suka berseluar pendek atau hnya pakai boxer depan rakan2 sama jantina bila mana hal itu menjadi rutin & tidak dihiraukan hukum hakamnya.. Namun lebih kasihan bila memikirkan keadaan wanita Islam yg kita lihat segelintir dari mereka lebih selesa & tnpa segan silu tidak bertudung walaupun menyedari hakikat agama bahwa bertudung atau menutup rambut itu adalah wajib ke atas mereka (wanita muslim). HADITH NABI S.A.W: "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Subhanallah.. Mahu kita pertikaikan lagi? Cuba bayangkan, sebagai contoh seorang wanita yg freehair ini solat 5 waktu sehari tapi membenarkan dosa mereka terus dihitung bila mereka keluar rumah atau ke tempat kerja atau ke kolej & universiti tanpa menutup aurat yakni rambut setelah rambut mereka itu dilihat oleh bukan mahramnya. Berbaloikah mereka mengejar pahala 5 kali sehari itu apabila dihitung juga dosa sepanjang hari? Begitu juga ingin dikaitkan di sini utk beramal di bulan Ramadhan al-Mubarak. Mereka berpuasa menahan diri drpd nafsu makan utk mendpat pahala berpuasa yg menjdi salah satu item dlm rukun Islam, tapi dlm masa yg sama tidak menutup aurat mereka sperti rambut contohnya yg biasa kita lihat. Jika selama ini kita tidak menyedari hakikat perjalanan amalan kita seharian yg sebegitu rupa yakni pahala yg sedikit berbanding dosa yg berterusan, sama2 kita mula lakukan perubahan pada rohani & jiwa kita sebagai umat Islam, umat nabi Muhammad s.a.w, & sebagai hamba Allah yg bernaung di bawah rahmat-Nya. Usah risau disinis manusia dlm memulakan perubahan ke arah kebaikan (mahmudah) tapi risaulah dgn kemurkaan Allah trhadap kita diakhirat kelak. Masih belum terlambat utk wanita2 yg biasa freehair ini mula brtudung serta memohon ampun di atas dosa2 lalu kerana Allah itu maha pengampun. Jika melihat rakan2 sekeliling kita masih mendedahkan aurat atau apa2 perkara yg kurang elok hendaklah juga kita menegur mereka kerana RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka HENDAKLAH dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman." (riwayat Muslim)... Namun begitu, artikel ini dicoretkan bukan hanya utk membaiki atau memperingati sesama kita pada bulan Ramadhan ini saja, tapi utk selama-lamanya. Jadi renung2kan & selamat beramal saudara2 seagamaku.. :)



Rabu, Ogos 04, 2010

Hadis tentang sanggul tinggi bagi wanita (Bonggol)..

Salam...
selama ni aku jarang sangat nak menyentuh pasal isu keagamaan di dalam blog ini. tapi kali ni aku rasa terpanggil untuk mengetengahkan tentang isu sanggul tinggi yang kini menjadi trend masa kini. nampak cool je kan pakai sanggul tinggi2x kan.. tapi tahukah anda ada hadis tentang sanggul tinggi ini. Aku tau pun melalui facebook. Ummi tercinta yang bagi message kat facebook tentang isu ini.

Berikut adalah hadis mengenai sanggul tinggi di dalam tudung ini.

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

So kawan-kawan di luar sana serta untuk diri sendiri. Sedarilah dunia kini semakin hampir kepada penghujungnya. Kita ni kadang kadang alpa. Selalu leka dengan duniawi. terutama aku ni haaa.. heboh kejar duniawi sampaikan kadang2x aku lupa dengan zaman yang lagi satu yang sepatutnya kita lebih dalam membuat ibadah. Entahlah. “Ya Allah bantulah hambamu yang kian alpa ini.”

Contoh antara 'bonggol' yg ada pd wanita hari ini.

Isnin, Ogos 02, 2010

Bicara Tokoh Dikir Barat...

Dikir barat mampu jadi saluran dakwah kerana mempunyai unsur nasihat, kemasyarakatan dan kasih sayang. BUKAN mudah menjadi tukang karut walaupun ketika persembahan, tonggak persembahan dikir barat kelihatan lancar menyampaikan lagunya.
Tukang karut terkenal di Kelantan, Sulizi Che Awang atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sulizi, membuka rahsia kehandalan tukang karut, iaitu perlu rajin membaca untuk menimba ilmu pengetahuan selain faktor pengalaman. “Ketika persembahan, tukang karut menyanyi lagu tanpa skrip yang terhasil secara spontan. Ini memerlukan mereka berilmu dan peka dengan pelbagai isu semasa,” katanya.
Katanya, persembahan dikir barat ketika pertandingan berbeza kerana mendapat tajuk lebih awal dan sempat membuat rujukan mengenai tajuk berkenaan. Bagaimanapun, tugas ini kelihatan agak mudah kepada tukang karut yang meraih pelbagai anugerah ini kerana Cikgu Sulizi adalah pensyarah di Jabatan Kajian Sosial, Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Bergelumang dengan buku dan menyampaikan ilmu sebagai tugas hariannya membantunya menjadi tukang karut hebat sejak 20 tahun lalu. Keunikan suara membolehkannya menerima pelbagai anugerah dengan pasukan yang disertainya meraih pelbagai gelaran dan beliau sendiri diiktiraf sebagai tukang karut terbaik.
Antara pengalaman yang sukar dilupai ialah mengadakan persembahan di hadapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sempena satu majlis mengenang jasa tokoh itu, sekali gus membuktikan bahawa dikir barat mampu diangkat menjadi persembahan berstatus nasional.
Tukang karut juga membawa Cikgu Sulizi memperkenalkan warisan budaya negeri Cik Siti Wan Kembang ke luar negara seperti Indonesia dan Singapura.

Cikgu Sulizi bersama keluarga di studio rumahnya.

Kejayaannya tidak mengejutkan kerana dilahirkan dalam keluarga seni. Allahyarham datuknya adalah seorang peniup serunai kumpulan wayang kulit, manakala bapanya, Che Awang Che Ali adalah tukang karut disegani. Pembabitan secara serius dalam dikir barat bermula pada 1984, iaitu ketika tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. Pada tahun itu, sekolahnya muncul juara dalam pertandingan peringkat negeri dan lebih membanggakan, beliau berperanan sebagai tukang karut. Anak kelahiran Kampung Besar, Semerak, Cikgu Sulizi, berguru dengan beberapa tokoh dikir barat terkemuka seperti Jusoh Kelong, Zainordin Ismail, Che Awang Anak Ular, Seman Wau Bulan, Hussin Gelang Mas dan Md Gil M Dali. “Saya mendapat tunjuk ajar mereka untuk menguasai beberapa teknik dikir barat seperti ilmu penjuaraan, teknik asas dan ilmu tukang karut serta ilmu muzik dikir barat sendiri,” katanya. Wang, katanya bukan menjadi faktor mendorongnya menjadi tukang karut. Sebaliknya darah seni, minat dan keinginan memartabatkan dikir barat menguatkan semangatnya untuk terus bertahan dalam dunia seni. Katanya, dikir barat bukan sekadar hiburan, tetapi saluran berdakwah apabila kebanyakan lagu yang ciptaannya mempunyai unsur nasihat, kemasyarakatan dan kasih sayang serta boleh dijadikan sebagai alat perpaduan bangsa.
Kehebatan Cikgu Sulizi terserlah kerana mempunyai 21 buah album dikir barat tradisional dan kontemporari. Walaupun sedar suatu hari nanti akan bersara, Cikgu Sulizi, mampu menarik nafas lega kerana dua orang anaknya, Putera Amirul Mukmin, 15 dan Puteri Amirah Solehin, 12, mempunyai minat dan bakat untuk mengikut jejak langkahnya. Malah Putera Amirul Mukmin sering dibawanya membuat persembahan bersama dengan kelebihan anak lelakinya lebih terarah kepada bermain alat muzik seperti rebana dan gendang.

Profil-
Nama: Sulizi Che Awang, 42.
Tarikh lahir: 29 Mac 1968.
Isteri: Wan Mayuni Wan Abdul Rahman, 40.
Anak: Putera Amirul Mukmin, 17.
Puteri Amirah Solehin, 14.
Puteri Amir Mustaqim, 11.
Puteri Aimi Insyirah, 7.
Kerjaya: Pensyarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu.
Pendidikan:
1) Sekolah Kebangsaan Kampung Sepulau Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
2) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
3) SMK Hamzah, Kelantan.
4) Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
5) Diploma Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim.
Pencapaian:
1. Tukang Karut terbaik sebanyak enam kali
2. Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM (1995)
3. Johan Pertandingan Dikir Barat Panjang Akal TV3 (1996)
4. Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM (1998 dan 1999)
5. Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM (2000)
6. Johan Pertandingan Dikir Barat antara universiti/Institut Pengajian Tinggi (1991)
Anugerah:
1) Anugerah Seni Unit Kebudayaan UKM (1991/1992).
2) Anugerah Khas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (1996).
3) Anugerah Tukang Karut Popular, Kerajaan Kelantan (2006).


Sedikit ulasan: Cikgu Sulizi adalah antara tokoh yg disanjungi dalam arena ini kerana beliau menjadi contoh pendikir yg berpelajaran tinggi sekaligus memartabatkan kesenian dikir barat ini kerana dibangunkan oleh golongan intelektual seperti beliau.

Upss!! baru hari ni ku tahu bahawa tarikh lahirku dan beliau kebetulan sama. 29 Mac.. hihihi ^_^

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..