بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Jumaat, Julai 30, 2010

Pedas Pedih Menyulam Dijiwa :'-(

Hari ni, atau mlm ini khususnya. Sgt trtekan, tapi msih mampu dikawal akal yg waras. Apakah ini hnya sedikit dugaan buat seorang penggiat? Jika betul aku bersyukur agar dugaan ini akan membuat aku lebih kental. Pukul 8.20 mlm tadi, aku berjalan ke dewan utama UiTM Cendering utk latihan dikir barat sempena prtndingan yg dijadualkan pada 3 Ogos yakni 4 hari dari tarikh hari ni. Dengan kedinginan tubuh diselimuti angin mlm, melangkah aku bersama teman karib (jijo), tergerak hati aku ini ingin bertanyakan mengenai status pertandingan kerana selepas seminggu masih belum menerima surat jemputan serta format pertandingan melalui mesin faks di HEP daripada penganjur (mereka hanya maklumkan mengenai pertandingan itu melalui panggilan telefon). Selepas hnya 3 minit, msej prtanyaan ku terbalas. Ya Allah, bila membaca msej itu hnya tuhan shaja dpat mngukur ketinggian tsunami kekusutan yg melanda di minda insan lemah sepertiku ini. Aku dimaklumkan pertandingan itu ditunda ke 1 tarikh yg aku kira teerrrrrlalu lama. Apakah semua ini? Kenapa aku mengetahuinya melalui pertnyaan, bukan makluman. Cuba bayangkan jika tidak terlintas @ trgerak hatiku utk bertnya, mungkinkah kami pasukan dikir barat UiTM Cendering ini akan mngetahuinya ketika dlm perjalanan utk ke lokasi prtndingan??? Hati kecilku membisik mengatakan ada sesuatu yg x kena dlm senario ini. Naluri hati ini dengan 80% kyakinan mengatakan ianya seolah-olah sperti 1 bentuk 'sabotaj' @ unsur yg sama waktu dgnnya. Apa yg bermain dalam fikiran aku sekarang adalah, bagaimana lagi cara utk aku yakinkan pihak pentadbir agar meluluskan penubuhan persatuan dikir barat di UiTM Cendering ni. Jika sebelum ini aku mengharapkan persembahan dipertandingan ini akan lebih mnguatkan usul, tapi hari ni persembahan trsebut hanya menjdi memori yg kabur. Tidak ada lagi pendekatan yg mampu ku usahakan sebagai jaminan kualiti produk yg aku ingin tampilkan dlm masa terdekat ini. Selain itu berbaloikah pengorbanan yg aku taburkan dgn harapan hasilnya tumbuh melata? Hmm.. berpuluh ringgit kredit telefon habis mghubungi pihak2 tertentu yg trlibat, berpusing2 kepala otak memikirkan di mana dpt ku pinjam alat2 muzik dikir barat, berjam2 masa tido ku tangguhkan utk menyiapkan lagu, 2 minggu x balik umah, & pernah sekali sampai tinggal kelas utk pergi ambil alat2 dikir barat. Bukan menurut ketidakpuasan hati yg membara ini aku mngungkit, tapi agar menjadi peringatan & renungan mereka yg ingin mempermainkan usaha org lain. Aku gusar jika kawan2 tidak mahu lagi berlatih dikir barat selepas ni. Tapi dlm masa yg sama semngat aku xkan patah begitu sahaja. Aku tetap akan menantikan penubuhan persatuan dikir barat uitm ni secara rasmi & mewujudkan pasukan dikir barat yg berkualiti... InsyaAllah..

2 ulasan:

cahaya keadilan berkata...

salam ukhwahfillah...
jangan putus asa..teruskan usaha..mungkin ada hikmah yang besar disebalik semua dugaan ni...ingat!Allah takkan membebankan hambaNya melebihi kemampuan yang dimiliki oleh hambaNya...

Amir Sauti berkata...

Salam.. Betul.. Allah itu x zalim lagi maha adil, & kena percaya pada usaha.. Syukran jazilan kathiro ya ukhti.. :-)

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..