بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Sabtu, Julai 24, 2010

Mudahnya mereka membuat analisis.. :-(

Sekarang aku dah start sibuk sikit. Yela, alat2 dikir barat pun dah dapat. Tapi pinjam je utk pertandingan terdekat nih. Dalam kegembiraan aku berjaya usahakan peminjaman alat2 muzik dikir barat tu, datang pula 1 perasaan kurang senang dlm hati ni apabila kedengaran suara2 merdu mgkritik & memandang negatif usaha aku. Alahai, bila la mereka nak belajar bersikap terbuka & berfikiran positif dalam menilai kewujudan sesuatu di sekeliling mereka ni? Aku ada dengar ayat ni dari suara sorang mahasiswi kat U aku. Beliau berkata, "orang laki ni semua benda nak masuk (join dikir barat salah 1 nya), pas tu study x tahu ke mana".. pedas aku rasa ayat tu. Besar harapan aku kalau dia dapat baca penjelasan aku ni. Aku cuba bergiat mengaktifkan pasukan dikir barat di UiTM ni bukan utk kepuasan diri aku semata-mata. Dalam post blog aku sebelum ni dah aku jelaskan. Tapi mgkin dia yang x alert. Zaman sekolah dulu (form 5 terutamanya), aku terlalu sibuk dengam aktiviti kokurikulum ni sehinggakan aku x ada masa utk buat benda2 x faedah mcm 'fly' kuar lepak2 ke. Sebagai contoh, pagi aku pegi sekolah, balik sekolah pegi kelas tambahan (nak SPM la katakan) sampai pkul 4 or 5 ptg, lepas tu latihan nasyid kebiasaannya sampai kul 7 ptg.. Malam pulak masa nak join tournament dikir barat tu buat latihan dikir barat pulak smpai pkul 10.30 mlm... lepas tu aku buat omwek sebelum tido. Pagi keesokkannya mcm tu la jgk. So dgn kesibukan ni la sebenarnya mengajar aku utk mengurus & mghargai masa. Lastly, sampai jugak aku kat UiTM nih nak banding dgn sebilangan mereka yg x bergiat apa2 di zaman sekolah dlu. Selain tu, aku nak beliau faham, KALAU AKU X FIKIRKAN MASA DEPAN AKU, AKU XKAN BERADA DI UITM NI, XKAN SAMBUNG BELAJAR, MUNGKIN DAH START KERJA KAT MANA2. Penubuhan dikir barat ni bertujuan memberi pendedahan & menyampaikan mesej2 positif kepada para siswa melalui seni lagu warisan. Dikir barat ini melalaikan?? aku pernah rujuk Ustaz Azmi (PK HEM SMKA Nurul Ittifaq) masa kat sekolah aku dulu, beliau menjelaskan dikir barat ini x haram selagi berunsur pengajaran, & sesungguhnya lalai itu adalah sifat individu, bukan pd seni dikir ini. Jika mereka mendalami seni dikir ini dengan cara salah, lalai la mereka. Bukan dikir saja, apa2 kegiatan sekalipun. Tapi selagi pasukan dikir UiTM yg aku cuba ketengahkan ini membawa unsur2 positif & nilai yg berguna, insyaAllah sifat lalai itu tidak akan wujud di kalangan siswa ini. Aku just nak mereka di luar sana (student uitm K.Trengganu khususnya), menilai sesuatu dgn cara professional sebelum membuat kesimpulan terhadap penilaian mereka itu. Tidak aku berada di UiTM ni utk melalaikan diri aku & org lain drpd belajar mencipta kecemerlangan dlm pengajian melainkan ingin berkongsi sesuatu yg bermanfaat. Satu lagi, bukan sifat aku main sembur2 dengan ayat pedas ni kerana sabar itu adalah senjata org mukmin.. Namun begitu, sebagai manusia normal aku juga bisa tersentuh & sabar ku ada batasnya. :-)

3 ulasan:

S.A.B.A.H berkata...

Assalamualaikum adik amir.. mulut manusia sukar ditutup seperti mana mulut tempayan. Sepanjang akak terlibat dengan kelab & persatuan, pelbagai ragam manusia, cabaran.. tapi dengan pengalaman yang ada, ia mematangkan kita, menguatkan semangat kita. Jangan amik peduli kata-kata mereka kerana ia akan melemahkan kita. Ambil sebahagian kritikan mereka sebagai kritikan yang membina dan buktikan diri kita boleh. Bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bangga diri tapi itulah diri kita yang sebenar iaitu insan yang positif, matang dan "open-minded".
Moga terus sukses dalam kehidupan. Wassalam.

Amir Sauti berkata...

Thumbs up!! Bak kata pujangga, Org yg bijak tdk membenarkan krisis mencorakkan hidupnya,tetapi sebaliknya dia mampu mgubah krisis mnjadi peluang & potensi.. Thanks kak. :-)

S.A.B.A.H berkata...

Sama-sama... moga Allah permudahkan segala urusan adik pada hari ini, hari esok dan hari2 yg seterusnya.. amin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..