بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Jumaat, Julai 30, 2010

Aku rindu SMKANI.. !!! :-(

16 Desember 2009.. tu la hari terakhir aku pakai uniform sekolah berlencanakan SMKA Nurul Ittifaq. Hari tu hari terakhir aku mnjawab peperiksaan SPM. Hati ini gembira diisyhtiharkan merdeka daripada penjajahan buku2 teks, nota2 sejarah (GLA), soalan2 skor 12 subjek uh, & mcm2 lg peraturan budak sekolah. hahaha... Tp setelah hmpir 8 bulan berlalu ini, baru datang perasaan sayu jauh di sudut kalbu bila terkenangkan kenangan2 pahit manis aku di zaman persekolahan dlu. hu3.. Yang pasti smestinya kenangan pahit lebih byk.. Budak nakal cm aku ni xkan jadi 'gula' plak kat skolah dulu. hahaha.. Anyway sempat insaf mase form5.. cewaahhh.. he3.. dari form1 smpai form4 aku kire, mesti ade je cikgu nangis sebab kecik ati dipermainkan oleh aku & the geng. Ya Allah.. Jhat nye aku ni. Sbab tu la 4 thun tu result hancur. nasyid, kawad, hebat sgt. Tp pelajaran langsung kosong. Sebab x berkatlah. Haaa.. so igt ye adik2, jge la hati guru2 kite. Tanpa mereka siapa la kite. *dh macam adruce di TV9 plak. hehehe*... Hari ni tiap2 masa aku rindukan insan2 yg pernah menjadi guru aku. guru pelajaran, guru nasyid, guru kawad, & lain2 lg lah... AKu juga rindu giler kat kawan2 aku yg mane pernah buat bising same2 dlm dwan makan asrma, sound pelajar2 muslimah kt ostel, & byk lagi la... hahaha. Aku rindu kt customer2 yg gunting rmbut dgn aku. X lupa juga senior2 yg pernah belasah aku. Jgn risau, x pernah sekali pun aku report kt cikgu yg aku kena belasah kat korang sbb aku dh blas.. cmne aku blas?? rhsia la tu.. hahaha... Form5 pun dalam meniti jmbatan perubahan, byk lg dugaan sbenarnya. Bila insan sekeliling masih memandang aku seperti aku yg dulu. Memandang rendah pd aku dari stiap aspek sperti pelajaran, kpimpinan, kebolehan secara individu, etc... Mereka ptut sedar hidup ini ibrat roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Bukan nak ckap bila berubah aku sedang berada di atas, tapi mereka yg ada di atas mesti akan berada di bawah 1 masa nanti. Kerana tiada manusia sempurna utk menakluki takhta hati masyarakat sekeliling buat selamanya kecuali Nabi apatah lagi kita sbg umat akhir zaman, teramat jauh utk kita mngejar taraf kemuliaan seorang Rasul yg menjadi pemimpin hingga ke hri ini wlaupun sudah beribu tahun wafat.. Tapi alhmdulillah, Allah kuatkan azam aku utk terus berubah di dalam hujan lebat pandangan sinis insan2 skeliling.. Sebab malu aku bertempat & aku x malu dlm melaksanakan sesuatu yg benar. SMKANI.... Jutaan memori disemat. Harapan aku agar dpt anjurkan sebuah perjumpaan semula warga SMKANI yg 1 era dgn aku bersama kwan2 yg aku kire trbesar dlm sejarah alumni SMKANI. Insyaallah.. Mungkin 10-15 thun dari sekarang. nak jumpa guru2 SMKANI ku yg mungkin masa tu dh bercucu belaka.. X sabar menantikan saat itu. bersama kita usahakannya kawan2 semua.. 'Man jadda wa jada, wa man zaro'a hasada' InsyaAllah :-)

Pagar Utama

Lanskap SMKANI

Asrama Putera

1 ulasan:

Adam Takeru berkata...

Assalamualaikum, jenjalan di sini. Saya SMKANIan :) salam ukhwah ye , sekarang abg kamil upper 6. Tak sempat nk kenal akhi, ana jd smkanian mase 2010.

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..