بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Jumaat, Julai 30, 2010

Pedas Pedih Menyulam Dijiwa :'-(

Hari ni, atau mlm ini khususnya. Sgt trtekan, tapi msih mampu dikawal akal yg waras. Apakah ini hnya sedikit dugaan buat seorang penggiat? Jika betul aku bersyukur agar dugaan ini akan membuat aku lebih kental. Pukul 8.20 mlm tadi, aku berjalan ke dewan utama UiTM Cendering utk latihan dikir barat sempena prtndingan yg dijadualkan pada 3 Ogos yakni 4 hari dari tarikh hari ni. Dengan kedinginan tubuh diselimuti angin mlm, melangkah aku bersama teman karib (jijo), tergerak hati aku ini ingin bertanyakan mengenai status pertandingan kerana selepas seminggu masih belum menerima surat jemputan serta format pertandingan melalui mesin faks di HEP daripada penganjur (mereka hanya maklumkan mengenai pertandingan itu melalui panggilan telefon). Selepas hnya 3 minit, msej prtanyaan ku terbalas. Ya Allah, bila membaca msej itu hnya tuhan shaja dpat mngukur ketinggian tsunami kekusutan yg melanda di minda insan lemah sepertiku ini. Aku dimaklumkan pertandingan itu ditunda ke 1 tarikh yg aku kira teerrrrrlalu lama. Apakah semua ini? Kenapa aku mengetahuinya melalui pertnyaan, bukan makluman. Cuba bayangkan jika tidak terlintas @ trgerak hatiku utk bertnya, mungkinkah kami pasukan dikir barat UiTM Cendering ini akan mngetahuinya ketika dlm perjalanan utk ke lokasi prtndingan??? Hati kecilku membisik mengatakan ada sesuatu yg x kena dlm senario ini. Naluri hati ini dengan 80% kyakinan mengatakan ianya seolah-olah sperti 1 bentuk 'sabotaj' @ unsur yg sama waktu dgnnya. Apa yg bermain dalam fikiran aku sekarang adalah, bagaimana lagi cara utk aku yakinkan pihak pentadbir agar meluluskan penubuhan persatuan dikir barat di UiTM Cendering ni. Jika sebelum ini aku mengharapkan persembahan dipertandingan ini akan lebih mnguatkan usul, tapi hari ni persembahan trsebut hanya menjdi memori yg kabur. Tidak ada lagi pendekatan yg mampu ku usahakan sebagai jaminan kualiti produk yg aku ingin tampilkan dlm masa terdekat ini. Selain itu berbaloikah pengorbanan yg aku taburkan dgn harapan hasilnya tumbuh melata? Hmm.. berpuluh ringgit kredit telefon habis mghubungi pihak2 tertentu yg trlibat, berpusing2 kepala otak memikirkan di mana dpt ku pinjam alat2 muzik dikir barat, berjam2 masa tido ku tangguhkan utk menyiapkan lagu, 2 minggu x balik umah, & pernah sekali sampai tinggal kelas utk pergi ambil alat2 dikir barat. Bukan menurut ketidakpuasan hati yg membara ini aku mngungkit, tapi agar menjadi peringatan & renungan mereka yg ingin mempermainkan usaha org lain. Aku gusar jika kawan2 tidak mahu lagi berlatih dikir barat selepas ni. Tapi dlm masa yg sama semngat aku xkan patah begitu sahaja. Aku tetap akan menantikan penubuhan persatuan dikir barat uitm ni secara rasmi & mewujudkan pasukan dikir barat yg berkualiti... InsyaAllah..

Aku rindu SMKANI.. !!! :-(

16 Desember 2009.. tu la hari terakhir aku pakai uniform sekolah berlencanakan SMKA Nurul Ittifaq. Hari tu hari terakhir aku mnjawab peperiksaan SPM. Hati ini gembira diisyhtiharkan merdeka daripada penjajahan buku2 teks, nota2 sejarah (GLA), soalan2 skor 12 subjek uh, & mcm2 lg peraturan budak sekolah. hahaha... Tp setelah hmpir 8 bulan berlalu ini, baru datang perasaan sayu jauh di sudut kalbu bila terkenangkan kenangan2 pahit manis aku di zaman persekolahan dlu. hu3.. Yang pasti smestinya kenangan pahit lebih byk.. Budak nakal cm aku ni xkan jadi 'gula' plak kat skolah dulu. hahaha.. Anyway sempat insaf mase form5.. cewaahhh.. he3.. dari form1 smpai form4 aku kire, mesti ade je cikgu nangis sebab kecik ati dipermainkan oleh aku & the geng. Ya Allah.. Jhat nye aku ni. Sbab tu la 4 thun tu result hancur. nasyid, kawad, hebat sgt. Tp pelajaran langsung kosong. Sebab x berkatlah. Haaa.. so igt ye adik2, jge la hati guru2 kite. Tanpa mereka siapa la kite. *dh macam adruce di TV9 plak. hehehe*... Hari ni tiap2 masa aku rindukan insan2 yg pernah menjadi guru aku. guru pelajaran, guru nasyid, guru kawad, & lain2 lg lah... AKu juga rindu giler kat kawan2 aku yg mane pernah buat bising same2 dlm dwan makan asrma, sound pelajar2 muslimah kt ostel, & byk lagi la... hahaha. Aku rindu kt customer2 yg gunting rmbut dgn aku. X lupa juga senior2 yg pernah belasah aku. Jgn risau, x pernah sekali pun aku report kt cikgu yg aku kena belasah kat korang sbb aku dh blas.. cmne aku blas?? rhsia la tu.. hahaha... Form5 pun dalam meniti jmbatan perubahan, byk lg dugaan sbenarnya. Bila insan sekeliling masih memandang aku seperti aku yg dulu. Memandang rendah pd aku dari stiap aspek sperti pelajaran, kpimpinan, kebolehan secara individu, etc... Mereka ptut sedar hidup ini ibrat roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Bukan nak ckap bila berubah aku sedang berada di atas, tapi mereka yg ada di atas mesti akan berada di bawah 1 masa nanti. Kerana tiada manusia sempurna utk menakluki takhta hati masyarakat sekeliling buat selamanya kecuali Nabi apatah lagi kita sbg umat akhir zaman, teramat jauh utk kita mngejar taraf kemuliaan seorang Rasul yg menjadi pemimpin hingga ke hri ini wlaupun sudah beribu tahun wafat.. Tapi alhmdulillah, Allah kuatkan azam aku utk terus berubah di dalam hujan lebat pandangan sinis insan2 skeliling.. Sebab malu aku bertempat & aku x malu dlm melaksanakan sesuatu yg benar. SMKANI.... Jutaan memori disemat. Harapan aku agar dpt anjurkan sebuah perjumpaan semula warga SMKANI yg 1 era dgn aku bersama kwan2 yg aku kire trbesar dlm sejarah alumni SMKANI. Insyaallah.. Mungkin 10-15 thun dari sekarang. nak jumpa guru2 SMKANI ku yg mungkin masa tu dh bercucu belaka.. X sabar menantikan saat itu. bersama kita usahakannya kawan2 semua.. 'Man jadda wa jada, wa man zaro'a hasada' InsyaAllah :-)

Pagar Utama

Lanskap SMKANI

Asrama Putera

Rabu, Julai 28, 2010

Apabila 'Orang Hebat' berbicara... :-)

Sekarang sudah bermula latihan dikir barat yang aku cuba ketengahkan di UiTM kmpus KT ni. Sudah lumrahnya kita akan berhadapan dengan sambutan yg kurang memberangsangkan di awal pergerakkan sesebuah kumpulan persembahan ni. Bermacam komen, pandangan, sinis, lagak, & byk lg aku hadapi. Pandangan, sinis itu sudah biasa. Tapi agak terdetik jiwa kecilku utk kongsikan 1 bentuk pemikiran sekumpulan insan yg memerhatikan percambahan pasukan dikir barat ini secara dekat. Pada 1 sesi latihan yg kurang memuaskan secara kasarnya (maklumla org bru nk kenal2 dgn seni ni), ade yg dtang latihan awal, ade yg dtang lewat, ade yg dtang x lewat sgt, tp x awal sgt. Tertarik aku dengan 1 kumpulan kecil ni (terdiri drpd 3 4 org je), yg mane mereka dtang latihan lewat, tp 'blah' awal plak. Nak kata dorang x brminat, dorang dtang latihan. nak kata dorang brminat, 'blah' awal ni gaya org xde komitmen. So, aku cuba dapatkan kepastian disebalik stuasi yg mereka wujudkan tu. Bila jumpe aku tnye la,ckap nak join tp 'blah' awal mase latihan. Camne tu? jawapan dorang simple je, "doh napok latihan 'gituuuuu' je".. Gitu? Ooo, cm x hebat la? klau dah hebat, x perlulah buat latihan. Tp dorang ckap, "YANG DAH RETI (PRO AH KNON) NI X PERLU LA TURUN LATIHAN AWAL2". Ooo, mksudnye dorang x perlu mngikuti latihan asas bersama pendikir2 amatur ni? Kenape la mereka x terfikir utk berkongsi apa yg dinamakan 'pro' dorang tu pd yg amatur ini? knape msti 'blah' camtu apabila golongan amatur ni mula bertatih di hadapan mereka? Klau camtu, aku pun boleh lepak or tidow je (sbg insan yg dh menceburkan diri dlm arena ni sejak usia 10 tahun) bagi mewujudkan sebuah pasukan dikir barat yg berkualiti. Bukan camtu? Mereka sebenarnya berkata 'ya' utk menyertai pasukan ni diawal perancangan baru2 ni mgkin sekadar mnurut kata2 hati yg 'kosong'.. Yakni tnpa sebarang tujuan or misi. Apakah ini yg mereka mksudkan 'pro'? hmm.. aku x pernah mengakui diriku ini insan professional dlm bidang2 tertentu. Tapi jika begini tanggapan dorang, maaf la. Terus terang ku katakan, mereka merasakan diri mereka hebat, professional, tp hakikatnye professionalisme itu 'zero' dlm diri mereka & kemahiran berdikir barat itu pun aku kira belum tumbuh ditanah kehidupan mereka sebenarnya.. So, dlm membangunkan atau menaikkan sesebuah kumpulan & komuniti yg berkualiti, kerjasama itu amat diperlukan. Jgn kita berbangga dgn secebis ilmu bagi mengangkat kita ditahap yg lebih tinggi utk kepentingan yg bersifat peribadi dan sekaligus mengabaikan pembangunan komuniti.. :-)

Sabtu, Julai 24, 2010

Mudahnya mereka membuat analisis.. :-(

Sekarang aku dah start sibuk sikit. Yela, alat2 dikir barat pun dah dapat. Tapi pinjam je utk pertandingan terdekat nih. Dalam kegembiraan aku berjaya usahakan peminjaman alat2 muzik dikir barat tu, datang pula 1 perasaan kurang senang dlm hati ni apabila kedengaran suara2 merdu mgkritik & memandang negatif usaha aku. Alahai, bila la mereka nak belajar bersikap terbuka & berfikiran positif dalam menilai kewujudan sesuatu di sekeliling mereka ni? Aku ada dengar ayat ni dari suara sorang mahasiswi kat U aku. Beliau berkata, "orang laki ni semua benda nak masuk (join dikir barat salah 1 nya), pas tu study x tahu ke mana".. pedas aku rasa ayat tu. Besar harapan aku kalau dia dapat baca penjelasan aku ni. Aku cuba bergiat mengaktifkan pasukan dikir barat di UiTM ni bukan utk kepuasan diri aku semata-mata. Dalam post blog aku sebelum ni dah aku jelaskan. Tapi mgkin dia yang x alert. Zaman sekolah dulu (form 5 terutamanya), aku terlalu sibuk dengam aktiviti kokurikulum ni sehinggakan aku x ada masa utk buat benda2 x faedah mcm 'fly' kuar lepak2 ke. Sebagai contoh, pagi aku pegi sekolah, balik sekolah pegi kelas tambahan (nak SPM la katakan) sampai pkul 4 or 5 ptg, lepas tu latihan nasyid kebiasaannya sampai kul 7 ptg.. Malam pulak masa nak join tournament dikir barat tu buat latihan dikir barat pulak smpai pkul 10.30 mlm... lepas tu aku buat omwek sebelum tido. Pagi keesokkannya mcm tu la jgk. So dgn kesibukan ni la sebenarnya mengajar aku utk mengurus & mghargai masa. Lastly, sampai jugak aku kat UiTM nih nak banding dgn sebilangan mereka yg x bergiat apa2 di zaman sekolah dlu. Selain tu, aku nak beliau faham, KALAU AKU X FIKIRKAN MASA DEPAN AKU, AKU XKAN BERADA DI UITM NI, XKAN SAMBUNG BELAJAR, MUNGKIN DAH START KERJA KAT MANA2. Penubuhan dikir barat ni bertujuan memberi pendedahan & menyampaikan mesej2 positif kepada para siswa melalui seni lagu warisan. Dikir barat ini melalaikan?? aku pernah rujuk Ustaz Azmi (PK HEM SMKA Nurul Ittifaq) masa kat sekolah aku dulu, beliau menjelaskan dikir barat ini x haram selagi berunsur pengajaran, & sesungguhnya lalai itu adalah sifat individu, bukan pd seni dikir ini. Jika mereka mendalami seni dikir ini dengan cara salah, lalai la mereka. Bukan dikir saja, apa2 kegiatan sekalipun. Tapi selagi pasukan dikir UiTM yg aku cuba ketengahkan ini membawa unsur2 positif & nilai yg berguna, insyaAllah sifat lalai itu tidak akan wujud di kalangan siswa ini. Aku just nak mereka di luar sana (student uitm K.Trengganu khususnya), menilai sesuatu dgn cara professional sebelum membuat kesimpulan terhadap penilaian mereka itu. Tidak aku berada di UiTM ni utk melalaikan diri aku & org lain drpd belajar mencipta kecemerlangan dlm pengajian melainkan ingin berkongsi sesuatu yg bermanfaat. Satu lagi, bukan sifat aku main sembur2 dengan ayat pedas ni kerana sabar itu adalah senjata org mukmin.. Namun begitu, sebagai manusia normal aku juga bisa tersentuh & sabar ku ada batasnya. :-)

Sabtu, Julai 17, 2010

Kehidupan baruku di UiTM... hehehe :-)

Assalamualaikum... wah, dh lame sgt ku x update blog ni. yela, dh smbung blaja. bkan duk makan tido je kat umah cm sbelum ni. Camne aku kt uitm ni? haaa... best la jugak. Juz Minggu Destini Siswa (MDS/orientasi) tu memang penat. Bgun pagi pkul 4, mlm tido pkul 1. Mandi mksima sempat 2x sari je. Tp itu semua pengalaman yg akan buat aku trus kental dlm mghadapi dugaan sbg mahasiswa di uitm ni. Amat mengejutkan la bg aku dlm MDS ni apabila buat pertama kalinya mengepalai doa dlm 1 mjlis sbesar itu yakni majlis perasmian MDS yg disempurnakan oleh pengarah uitm Terengganu. Anyway, jika mahu menjadi pemimpin, kita harus berani mghadapi 'kali pertama'. Itulah kata2 yg aku sematkan di hati utk meyakinkan diri dlm mningkatkan potensi peribadiku di tempat baru ini. Tamatnya MDS, maka bermulalah perjuangan sbenarku di uitm ni iaitu menuntut ilmu hingga ke peringkat ijazah sekurang-kurangnya.. insyaAllah... Sekarang aku dh kenal GPA, CGPA, & aku mesti berusaha meningkatkan kedua-duanya itu. Minggu ke-3 aku dah mulakan 1 strategi utk kembali bergiat sperti di skolah dlu. Aku mula menyiapkan kertas kerja utk mnubuhkan sebuah pasukan dikir barat di uitm ni. Ianya bukan bertujuan bg kpuasan diriku smata-mata dlm asyik dgn irama warisan ni, tp juga utk mncipta 1 landasan bagi aku brkongsi sdikit sbanyak ilmu seni ini yg aku kira antra cbang utk mnarik golongan remaja hari ini daripada mlakukan aktiviti2 yg kurang sihat.. Wlaubagaimanapun, mnurut senior2 proses pnubuhan pasukan sebegini memakan masa yg agak lama. Kebiasaannya sebulan atau lebih.. It's okay, aku akan trus mnunggu dgn harapan yg mggunung. cewaahhh... Ramai senior2 & staf pjabat skong usaha ku ini. yela, majoriti org Terengganu & Kelantan je kat ni. Jadi x asinglah dikir barat ini bg dorang. semoga ianya berjaya... UiTM kmpus Dungun dh invite join tournament dikir barat kat dorang 3 Ogos 2010 ni. Dengan bantuan Encik Zaidi, pegawai HEP uitm ni diharapkan dpatlah join tournament tu. InsyaAllah... :-)

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..