بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Ahad, April 25, 2010

Menjiwai SOUTUL ITTIFAQ ^_^

Melangkahnya aku ke dunia nasyid ini apabila memasuki SMKA Nurul Ittifaq pada tahun 2005 di usia 13 tahun (form 1). Ustazah Rubiha mula interview aku secara x rasmi masa minggu ke-2 masuk SMKANI. orientasi form 1 pun x slesai lg mase tu. Bila fez time ustazah dgr suara aku, wajah ragu2 mula kelihatan sebab aku mane la pernah nyanyi. hahaha.. suare, hampeh. hu3.. tapi setiap kali latihan nasyid, aku diajak. Persembahan pentas ku yg pertama pd bulan 2 di SMK Saujana, Setiu sempena majlis anti dadah pe ntah. aku pn dh lupe.. 2005 dulu.. hu3.. Soutul Ittifaq dijemput utk buat persembahan. Itu lah prsembahan pertama & terakhir disaksikan oleh kedua ibubapa aku sepanjang aku brgiat dalam bidang nasyid bersama Soutul Ittifaq ni.. Alhamdullilah, aku dpt juga msuk prtandingan nasyid PPDa tahun tu sebagai bekap vokal.. Festival nasyid bagi kat senior2 dlu.. PPDa ni yg bulan 7. Pertama kali masuk pertandingan pun aku x gugup sebab nampak muka2 senior yg confident & bersemangat untuk bertanding.. so karakter diorang telah mempengaruhi aku.. di pertandingan peringkat daerah tu kami Johan.. hepi nye aku. kali prtama join dh menang. senior2 rilex je sbb dorang dh biase naik pentas peringkat negeri.. aku je 'darak'. huhuhu.. so, bertolak la kami ke SMK Tg Ampuan Intan Kuala Berang untuk pertandingan peringkat negeri Terengganu.. hohoho.. kami menginap di SMK Matang. di pertandingan ni juga aku jumpa abang aku, Ammar.. dia team nasyid Setiu, aku team Besut. Syukur, Soutul Ittifaq dpt tempat ke-3 tahun tu.. ok la tu bagi aku yg belum sampai setahun join ni.
2005.. Try cari sendiri yg mane 1 aku. huhuhu..
2006 aku form 2. join nasyid lagi.. masih bersama senior2 yg sama. Tahun ni kami ke peringkat negeri lagi yg diadakan di Dungun. Menetap di asrama UiTM Dungun, dan bertanding di SM Teknik Dungun.. tahun ni kami dpt Naib Johan Negeri.. & masa ni Soutul Ittifaq tewas dgn markah yg tipis je dgn johan.. xpela, mgkin xde rezeki lg nk ke pringkat kebangsaan.. 2006 tu je prtandingan aku brsama Soutul Ittifaq sbb utk festival masih diwakili oleh senior2..

2007 aku dh nk PMR. tp tetap join.. sakit telinga dgr sindiran2 guru yg mndesak aku stop dulu nasyid & fokus pd PMR.. tp dah degil sgt, join jgk.. tahun ni brlaku perubahan yg besar kesan drpd tamat prsekolahan senior2 aku dulu.. drpd bekap vokal, aku disuruh brmain prcussion iaitu yenki. Secara jujurnya, aku x minat main yenki, tp minat nak main kongga.. tp mgkin xde rezeki aku lagi kot nak main kongga.. so senior aku yg setahun lebih tua main kongga tu, dia ialah Umar Mokhtar a.k.a Yad.. huhuhu. aku tetap di posisi yenki. tp yg best tahun ni aku dh boleh msuk prtandingan festival yg selalu diberi pd senior2... huhuhu.. Syukur, dlm festival dpt ke pringkat negeri yg diadakan SMK Tg Ampuan Intan Kuala Berang.. juga tuan rumah mase aku form 1 dulu utk prtndingan PPDa prngkat negeri 2005. Festival tu dpt ke-3 je.. Untuk PPDa 2007 mmg amat brtuah kerana Soutul Ittifaq menang tnpa brtnding utk mewakili Besut.. tahun tu Besut tuan rumah utk peringkat negeri dan prtndingan brlangsung di SMK Nasirudin Shah.. Yg best lg aku dh start main kongga utk PPDa ni. Besar harapan utk mndapat johan pd thun tu.. tp apakan daya, hanya meraih naib johan.. xde rezeki lg la tu.

Permulaan nasyid 2008 ni agk kecewa kerana tewas di festival peringkat daerah lg dgn SMKA WAtaniah.. tp mula mngorak langkah di prtndingan PPDa. Alhamdulillah, menang di peringkat daerah & lyk mewakili Besut ke peringkat negeri.. huhuhu.. tahun tu diadakan di kemaman.. dwn majlis perbandaran Kemaman. Menginap di SMK Chukai. Syukur sgt2 pd thun ni kerana brjaya menamatkan penantian Soutul Ittifaq selama 7 tahun utk ke kebangsaan.. Kami diumumkan johan negeri thun tu.. hepi giler.. maka brtolaklah kami ke kebangsaan thun tu yg diadakan di SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu & menginap di SMK Dato' Ahmad Maher.. Hanya mndapat saguhati, tetapi tidak kecewa kerana dpt ke kebangsaan pun sudah 1 kepuasan bg kami.. huhuhu..
Abang Kongga di PPDa Kebangsaan 2008.. hehehe
2009 pula permulaan yg baik apabila mndapat johan utk festival.. berjaya ke peringkat negeri yg diadakan di SMKA Durian Guling, Marang. Tahun tu x dapat no terus di peringkat negeri.. huhuhu.. xpela.. Untuk PPDa pula lg la kecewa.. tewas di peringkat daerah lg dgn SMKA Wataniah.. 5 tahun join nasyid, tu la kekalahan yg pertama mngeluarkan air mata aku.. hohoho.. tp nk wat cmne dh xde rezeki.. itulah perjalanan aku bersama Soutul Ittifaq di dlm wadah nasyid ni.. 6 kali ke pringkat negeri, & 1 kali ke pentas kebangsaan. saat yg xkan ku lupakan sepanjang hayat ku.. terima kasih sangat2 buat Ustazah Rubiha & suami, cg Lan kerana membimbing ku... Kini hasrat utk mngembangkan industri nasyid & muzik berkobar-kobar dlm jiwa ku.. huhuhu. semoga TIADA HALANGAN, HANYA PELUANG.. amin..
2009.. Gambar sewaktu pertandingan pertama ku untuk tahun ini.

2 ulasan:

safuan berkata...

huhu...second pic tu mcm panglima lah..bravo2 Mr Amir....nasyid saya kurg lah tp minat jugak...ms sy sek dlu sy msuk kelab Metal..hahaha..

Amir Sauti berkata...

hahaha.. metal uh.. pergh.. ebat lg.

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..