بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Pengikut

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah :-)

Jumaat, Mac 26, 2010

SPM 2009...

2009 amat brmkna bg diriku.. thun aku mnduduki SPM.. tp mampu ke aku hdapi jika trus brperangai seperti 2005, 2006, 2007, & 2008???? 4 thun berikut adalah zaman gelap bagi aku. kpale otak aku kosong tnpa ilmu.. sbb aku x prnah sedar untuk belajar.. kalau aku terus begini, mcm mane rsult SPM aku nanti?? mampukah aku gapai cita-cita??? ke mana aku 10 tahun akan datang??? xdpt aku bayangkan ke mana aku & apa aku sedang lakukan utk meneruskan kehidupan...
jadi, aku mula memberanikan diri utk mengubah diri aku & persepsi org sekeliling trhadap aku.. aku bertekad akan cuba berubah agar menjadi insan yg lebih baik pada tahun 2009.. aku mula dgn menyediakan 1 diari.. dan aku tulis pd ruangan 1 Januari 2009, "aku harap tahun ni akan jd mnusia lebih berguna".. tujuan aku menulis ayat trsebut supaya apabila aku mula trleka pd hari persekolahan akan datang, aku akan mmbuka diari tersebut dan ingat semula matlamat dan azam aku tahun 2009 ini. Selain itu, aku pakse diri aku ini untuk menulis setiap hari dlm diari trsebut tentang pristiwa penting yg brlaku ke atas aku kerana ramai cikgu aku bagitahu yg tingkatan 5 adalah zaman prsekolahan paling mnyeronokkan. jadi, aku x nak lupakan semua ini..
Pada hari pndaftaran, aku agak trkejut melihat senarai nama pelajar lelaki kelas aku dan hati kecil aku brkata, "boleh ke aku belajar dgn budak2 ni???". Aku masih di kelas JARIR.. tapi aku x nak fikir panjang sbb aku ada matlamat aku sendiri dan x akan biarkan org lain halang aku utk mencapainya.. jadi tibalah hari perskolahan aku. Guru kelas aku 2009 adalah cikgu Noraida.. dia akan mngajar subjek BM. Hari prtama dia masuk kelas, tp x mngajar lagi.. dia hanya suruh semua pelajar 5IBJ baca novel 'Seteguh Karang'.. aku pun mula baca. Demi menguji sejauh mana diri aku ni nak berubah, aku cuba habiskan buku tu secepat mungkin.. asal ada msa free, aku baca.. alhamdulillah.. akhirnya aku berjaya habiskan mmbaca buku tu pada malamnya pd pukul 12 lebih.. huhuhu..
Aku sedar ramai cikgu yg x berkenan dengan perangai aku selama ni.. jadi tahun 2009 ni aku akan cuba jadi rajin, jaga kelakuan, kurangkan kebodohan, tingkatkan kepandaian.. hehehe.. so aku cuba untuk menyiapkan semua kerja sekolah cikgu bagi walau penat mcm mane skali pun.. sbb aku x nak dengar dh cikgu tuju ayat ni kt aku, "awok ni x prnah nk beruboh".. aku malu dgn cikgu dan diri sendiri.. aku juga ada niat yg agak sukar utk dilaksanakan.. iaitu tidak akan brgiat dengan sebarang aktiviti kokurikulum pd tahun ni dan x akan memegang apa2 jwatan sbb nak fokus pd pelajaran je.. tapi niat tersebut terkubur kerana aku akhirnya memegang jwatan sebagai badan pengawas, timbalan pengerusi Pengakap, pengerusi kelab nasyid, & exco kebersihan asrama.. bila difikir semula, mampu ke aku nak tanggung jwatan2 ni??? ganggu pelajaran aku x??? apa2 pun aku kena cuba kerana mungkin dgn jawatan2 ni juga boleh mmbantu mngubah persepsi cikgu2 & para pelajar SMKANI lain trhadap aku.. x dinafikan, aku mmg penat giler tahun 2009.. tapi aku pikir 1 je, 2009 hanya setahun tempohnya dan aku mesti sabar kerana 2010 ini aku akan rehat hmpir setengah tahun.. jadi aku terus dgn matlamat aku utk belajar.. pd peringkat awal, aku masih x dpt diterima lg sbb prnah 1 hari tu, seorang cikgu aku ni buat takruf utk knal pelajar2 dia. setiap org akan bagitahu name mereka.. sehinggalah sampai giliran aku, cikgu tu cakap 'hok ni xse kenal'... aduhhh.. sangat pedih.. tapi aku cuba tenangkan hati aku.. xpe, masih terlalu awal.. 1 lagi azam aku utk tahun ni iaitu aku xkan meniru dalam peperiksaan start dari TOV hggalah SPM sebenar.. aku mula dgn TOV. memang agak sukar aku tahan keinginan ini sbb dah 4 tahun dgn tabiat meniru ni.. akhirnya syukur sbb aku brjaya x meniru TOV ni wlaupun aku thu result yg akan keluar ni mmg hancur. betul sangkaan aku.. TOV aku dpt 1 je B4 & 6 sbjek dpt G. yg lain tu C,D,E ah...tp aku x mnyesal dan brsedia tanggung malu sbb aku cuma jadi diri aku yang sebenar.. biar org ckp aku bodoh dgn hasil sendiri drpd mndpt pujian dgn hasil org lain. oh ya, aku juga ada ambil subjek tmbahan atas nasihat kluarga iaitu PSV. ade sesetangah pihak yg fikir negatif tentang tindakan aku ini kerana mengambil sbjek tmbahan. tp aku lebih yakin dan prcaya dgn mereka yg prnah mngambil sbjek PSV kerana yg fikir negatif tu hanya nak tunjuk hebat dia dlm menganalisis sedangkan dia x pernah kenal sbjek ini... berbalik tentang result TOV. bila aku sedar tntang kelemahan aku yg sgt kritikal ni, akan lahir 1 perasaan iaitu x puas hati.. jd perasaan ni akan mmbantu aku utk usaha dgn lebih gigih.. Alhamdulillah, OTI1 aku dpt 1 B3 & G aku brkurang ke 5.. it's ok. aku dh rase semakin smngat sbb aku prcaye pd usaha.. so aku terus lagi usha utk trial.. akhirnya trial aku dpt 1 B4, & 3 G.. pada masa ni aku x pikir nk brape A dlm SPM tp aku just pikir mcm mane nk buang G ni.. aku xnak G.. tp saat akhir sbelum SPM aku prnah ckp, 'kalu ada jgk G, biarlah maksima 2 butir je' (ayat org givap).. tp dlm mase yg same jgk aku bertebal muka cari kawan2 yg lbih pndai utk ajar dlm sbjek2 yg aku lemah seperti add math & akaun.. syukur bila SPM sebenar, aku dpt 3A & lulus semua matapelajaran.. walaupun tidak seberapa keputusan aku ni di mata pelajar2 kelas atasan, tp dh ckup bermakna bg aku..
aku terima result SPM kali ni dgn hasil usaha aku sendiri walaupun rmai yg x stuju dan cdangkan aku meniru dlm SPM dulu.. bab kata diorang, 'pandai2 lah nk hidup'.. kalau hidup xde keberkatan lebih baik mati.. dgn SPM ni kita akan sambung belajar dan dpt kerja satu hari nanti.. berkat ke pekerjaan kita akan datang tu jika brmula dgn mnumpang hasil usaha org lain???
Penulisan ni tiada niat utk mmbangga diri kerana xde ape pun yg hendak dibanggakan. tetapi, sebagai 1 peringatan dan kesedaran bersama. Masih ada ruang utk kita berusaha dan mencapai apa yg diinginkan.. dan percayalah, usaha sendiri lebih mendatangkan kepuasan.

Ni mase PMR 2007

Ni bersama Ketua Pengawas SMKANI 2009
(Fakhrullah)

Tiada ulasan:

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Rela Dipimpin Untuk Memimpin

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq

Pemain Perkusi Kongga Soutul Ittifaq
form 1 & form 2 bekap vokal... form 3 - form 5 baru main perkusi (percussion).. Ni gambar di Nasyid PPDa Kebangsaan 2008. Lokasi: SMK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

Pemain Sulung Rebana Ibu Pasukan Dikir SMKA NURUL ITTIFAQ 09

My Family...

My Family...

Pengakap SMKANI 2005..

Pengakap SMKANI 2005..
Aku kat barisan belakang sebelah kiri.. Pandai2 la cari.. hehehe

Menggamit Memori

Menggamit Memori
Syukur apabila mendapat Johan Nasyid Karnival PPDa Negeri Terengganu 2008. Sekaligus melayakkan kami ke peringkat kebangsaan buat pertama kalinya setelah penat bertarung dipentas peringkat negeri beberapa tahun sebelumnya... Alhamdulillah..